September 11

2.2K 85 12
                                    

Satu pagi, ketika menikmati cuti sekolah Sukan SEA, aku dikejutkan dengan ibu aku seolah-olah ada satu kecemasan telah berlaku. Pada malam itu, aku tidur agak lewat sebab asyik main game SIM City, kerana sejak Napster dah tak boleh nak on sejak Julai, aku rasa tak ada point nak melayan Internet lagi, jadi aku jadi game addict masa tu.

Tapi cara ibu aku kejut aku macam lain macam, macam ada satu perkara yang sangat penting. 

"Ada apa ni, ma?" aku menggosok-gosok mata aku.

"Amerika kena serang dengan terrorist!"

Pada mulanya aku berfikir, "Duh, apa benda yang penting sangat?" tapi aku tahu, yang ibu aku ni seorang yang suka ilmu pengetahuan dan ilmu semasa, jadi aku mula berfikir satu perkara yang sangat dalam dan sangat serius mengikut kemampuan aku ketika itu, berusia 17 tahun.

Perang Dunia Ketiga bakal berlaku selepas ini.

Serangan 11 September 2001 (juga digelar 9/11) ialah empat siri yang teratur oleh ke atas pada 11 September 2001. Pada pagi itu, 19 orang al-Qaeda empat buah komersil. Para perampas itu sengaja menghempaskan dua pesawat ke arah Menara Berkembar (Pusat Dagangan Dunia), sekaligus mengorbankan nyawa semua penumpang dan kebanyakan pekerja dalam bangunan terbabit. Kedua-dua menara runtuh dalam masa dua jam, menyebabkan bangunan berdekatan turut musnah atau mengalami kerosakan. Mereka juga menghempaskan pesawat ketiga ke arah bangunan Pentagon. Kapal terbang yang keempat pula terhempas di kawasan berdekatan pekan di negeri Pennsylvania setelah beberapa penumpang dan kakitangannya cuba merampas semula kapal terbang itu yang dihalakan oleh perampas ke arah Washington, D.C., untuk menyasar ke White House. Semua penumpang keempat-empat pesawat terkorban. 

Presiden George W. Bush sedang berada di sebuah sekolah rendah di Florida semasa sedang mempromosi No Child Left Behind Act yang merupakan manifestonya pada pilihan raya 2000, diberitahu oleh agen perisikannya dan duduk tercengang selama tiga minit, dan tak tahu apa nak buat. George pulang ke Washington sebelum mengisytiharkan darurat kepada seluruh Amerika Syarikat, dan semua kapal terbang dikehendaki mendarat di lapangan terbang berhampiran.

Lapangan terbang di seluruh dunia semuanya penuh dengan orang ramai yang tersangkut kerana pembatalan penerbangan oleh semua syarikat penerbangan seluruh dunia. Buat pertama kali semenjak Disember 1903 di mana kali pertama dalam sejarah moden adik beradik Wright menerbangkan kapal terbang mereka di Kitty Hawk, North Carolina - ruang udara bumi ini dikosongkan dari laluan kapal terbang. 

Kecuali kapal terbang Air Force One, yang dinaiki oleh Bush dan penasihatnya.

Seramai 3,000 mangsa dan kesemua 19 perampas terkorban dalam serangan. Menurut Jabatan Kesihatan Negeri New York, sehingga Jun 2009, sejumlah 836 orang yang bertindak memberi bantuan untuk tragedi ini, termasuk anggota bomba dan polis telah meninggal dunia. Di kalangan 2,752 mangsa yang terkorban dalam serangan di World Trade Center adalah 343 orang bomba dan 60 orang polis dari Bandar Raya New York dan Lembaga Pelabuhan. 184 orang lagi terkorban dalam serangan ke atas Pentagon. Kebanyakan besar mangsa korban ialah orang awam, termasuk warga 70 negara. Selain itu, terdapat sekurang-kurangnya satu kematian tak langsung, akibat penyakit paru-paru kerana terdedah kepada habuk runtuhan World Trade Center.

Nama Osama bin Laden mula dipetik. Al-Qaeda mula disebut-sebut di semua berita. Dunia menjadi gempar. Perang menentang keganasan telah dipukul canangnya oleh semua media ketika itu. George W. Bush telah mengisytiharkan perang ke atas Osama bin Laden, Al-Qaeda, dan Taliban yang bersarang di Afghanistan.

War On Terror, Perang Ke Atas Keganasan, dilancarkan oleh George Bush pada 20 September, 2001, dan George W. Bush dilihat sebagai seorang penyelamat kepada kebebasan menentang keganasan golongan fundementalis ekstremis yang melakukan serangan tersebut.

Tiga hari selepas September 11, tiba-tiba ada ramai orang Melayu mendakwa ada kapal terbang, terbang rendah di Menara Berkembar Petronas, dan semua orang panik dan keluar dari bangunan macamlah diserang oleh pengganas. Aku tak berada di situ tapi semua orang kata begitu, pun begitu aku mencari dan mencari bukti, tapi tak jumpa, aku assume benda tu, poyo je lah.

Pada Oktober 2001, Amerika bersama sekutunya NATO menyerang Afghanistan. Setiap hari pada bulan-bulan tersebut, aku melihat peta Afghanistan dan mengikuti peperangan ini sampai aku boleh hafal nama-nama bandar di Afghanistan seperti Kabul, Kandahar, Mazhar el-Sharif dan Herat, yang satu demi satu bandarnya ditawan oleh Amerika dan sekutunya, Pakatan Utara (Northern Alliance). Taliban ditumpaskan, dan mereka semua menyorok di gua-gua di pergunungan Afghanistan. Peluru berpandu mengejar pengganas tetapi walaupun kecanggihan senjata Amerika, mereka tidak mampu membunuh kesemua pengikut Osama bin Laden pun.

Tetapi apa yang penting dalam kejadian ini, bukanlah perang ke atas keganasan, atau berapa ramai Yahudi yang bercuti pada hari itu mengikut teori konspirasi, tetapi cara masyarakat hari ini berfikir sangat berbeza dari abad yang lepas, kerana peristiwa ini. Jika aku ingin senaraikan apa perkara yang paling mengubah dunia pada abad ini, setakat ini - sudah semestinya September 11 berada di tempat teratas.

Lapangan terbang hari ini dikawal ketat kerana September 11. Polis mula mengutip data kita dan tahu apa kita buat, apa kita cakap, dan mereka memerhatikan gerak geri kita dengan satelit dan mendengar panggilan telefon kita sejak September 11. Sejak September 11, pergerakan rakyat tidak lagi bebas.

Bush pernah berkata dalam ucapannya di Kongres Amerika, "whether you're with me, or the enemy" mewujudkan satu masyarakat yang berpolarisasi. Cara kita berpolitik hari ini sangat polarisasi. Sama ada kau di puak ini, atau puak sana. Kau Demokrat, atau kau Republikan. Kau Barisan Nasional, atau kau Pakatan Rakyat, atau Harapan, whatever. Kau tidak boleh lagi berada di zon yang tidak dikenalpasti. Semua benda kini perlu dikenalpasti. Dari cara kau berpakaian, dari cara kau berfikir, muzik apa kau dengar, buku apa kau baca, website apa kau buka, semua dikaji dan semuanya akan dikumpulkan. Kita akan menjadi manusia yang berkelompok sesama sendiri - dan kita sedang menuju ke arah itu.

Perang Ke Atas Keganasan ini adalah satu ironi. Bukankah berperang itu satu keganasan, kenapa kau nak menentang keganasan, dengan cara keganasan?

Dunia juga semakin serius dan minda semakin tertutup sejak dari itu. Manusia hari ini cepat sensitif dan cepat marah ke atas sesuatu. Manusia pada hari ini terlalu mudah sensitif, kerana apa yang berlaku pada September 11 mengubah segalanya. Dasar Presiden Bush yang censored apa sahaja yang berbunyi anti-establishment kerana seringkali dikaitkan dengan dasar Perang Ke Atas Keganasan Bush. Pelawak komedi tidak lagi boleh melawak pada masa itu kerana dasar ini, disamping mereka memainkan sentimen ini berterusan.

Dalam Perang Menentang Keganasan ini, ini bukan Perang antara Amerika dan Al-Qaeda, tetapi antara tirani yang bertopengkan kebebasan menentang kebebasan itu sendiri.

Perang ini sungguh ironi, sehingga kita semua hari ini terpinga-pinga, sampai bila perang ni nak berlangsung. Bila perang ini nak berakhir?

Sejak hari Selasa itu, dunia tidak lagi sama seperti dulu.

 

2000sWhere stories live. Discover now