Ekonomi adalah kitaran yang hidup. Tak percaya, cuba tengok ini. Dunia sudah menyaksikan sudah berapa kali kemakmuran dan kegawatan ekonomi berulang-ulang kali. Bangun dan jatuh sudah berkali-kali.
Dan paling teruk, dalam hayat kita, ialah kejatuhan ekonomi dunia tahun 2007, apabila ekonomi kuasa terbesar dunia, Amerika Syarikat, dilanda krisis subprima akibat peminjam wang yang membeli rumah di sana tidak mampu membayar hutang bank, dan apabila terlalu banyak yang gagal, maka keruntuhan syarikat besar menjadikan krisis ekonomi ini berlaku.
Bagi kita, krisis ekonomi Asia 1997 adalah yang terburuk dalam hayat kebanyakan orang yang membaca buku ini, tetapi kalau sebelum ini, yang paling teruk berlaku pada abad ke-20 ialah The Great Depression, yang berlangsung di sepanjang dekad 1930an.
The Great Depression pada 1930an itu berlaku kerana selepas Perang Dunia Pertama, ketika Eropah bergolak dan Amerika campur tangan pada 1914 hingga 1918 - dengan kemenangan di pihak Berikat, dan menyebabkan Jerman kehilangan banyak sumber, Turki Uthmaniyyah kehilangan banyak tanah jajahan dan pemenang utama, British, Perancis dan Amerika Syarikat memperolehi apa yang lawan mereka hilang.
Dan selepas kemenangan itu, rakyat negara yang menang (dan tanah jajahan mereka) seperti British (Malaya), Perancis (Indochina) dan Amerika (Filipina) mengalami kemakmuran ekonomi pada dekad 1920an, dipanggil Roaring Twenties. Tetapi kerana kemewahan itu datang dalam bentuk kredit, maka orang terus berhutang dan terus berhutang dengan bank. Sampai satu tahap, rakyat tidak mampu membayar hutang bank, jadi jatuh bankrap. Seorang, dua, tiga lama-lama ramai orang tidak mampu bayar - maka bank itu pun jatuh.
Bank, yang selama ini menyokong peperangan - menuntut negara untuk membayar hutang mereka, tetapi mereka juga tidak mampu membayar hutang - maka semuanya jatuh bersepai. Jadilah The Great Depression.
Selepas Perang Dunia Pertama, perindustrian berkembang pesat dengan banyak sumber dihasilkan menjadi produk industri yang banyak menyebabkan lebih murah harganya, lama kelamaan - ia terlalu murah hingga ia tidak bernilai, menyebabkan harga komoditi jatuh dan akhirnya berlakulah The Great Depression.
Bak kata Tomok, "sejarah mungkin berulang."
Perkara yang lebih kurang sama berlaku pada tahun 2007 ini, menyebabkan kemerosotan ekonomi seluruh dunia termasuk di negara ini.
Di Amerika, apabila orang mula membeli rumah dengan kredit hutang yang mudah (dan murah) dan mendapat pinjaman sehingga 120%, kita macam seolah-olah tak perlu pakai duit pun untuk beli rumah. Dengan perjanjian serta slip gaji kita yang membuktikan kita mampu bayar tiap-tiap bulan, hanya tandatangan, dan kita dapat kunci rumah.
Apabila harga rumah dibeli untuk sekadar pelaburan, harga rumah naik dan orang beli hanya untuk menjualnya kembali pada harga yang lebih tinggi. Dan semakin tinggi ia pergi, hingga ke satu tahap, ia tidak lagi mampu dibeli.
Dan pada masa itu, kalau kau belajar ekonomi asas - kau tahu apa itu 'ceteris paribus' - permintaan dan penawaran perlu ada keseimbangan - kalau tidak, mampuslah.
Contoh, katakan sebiji epal berharga RM1. Kau beli epal itu untuk kau jual pada RM2, dan kau mendapat untung RM1.
Tapi kau bayangkan kalau semua orang beli epal bukan untuk makan, tapi untuk keuntungan - kau akan tengok harga epal itu akan melambung sampai beratus-ratus ringgit, untuk sebiji.
Kalau dah harga macam tu, siapa je nak beli epal?
Dan pada akhirnya, orang yang jual epal pun akan merasakan ini tidak bernilai, orang yang tanam epal pun rasa ia tak bernilai, dan pada akhirnya berlakulah lambakan pasaran dan harga jatuh menjunam.
Korang tengok harga rumah di negara ni, harganya terus naik dan naik. Syarikat perumahan lebih berminat untuk membangunkan kawasan perumahan high end kerana ia lebih mudah dapat keuntungan. Kebanyakan dari generasi millennials (lahir 1980-1995) ialah generasi penyewa. Tak ramai millennials yang mampu memiliki rumah.
Dan selagi pemaju perumahan ini degil dengan sibuk nak bina rumah mahal dan letak nama mat salleh atau acah-acah Itali yang bersepah di kawasan selatan Selangor tu, aku nak tengok berapa lama lagi diorang boleh pergi sampai diorang realized yang orang tak mampu beli rumah.
Dan pada saat kejatuhan harga rumah itu, pada masa itu memang aku ucapkan padan muka pada kapitalis pemaju perumahan ini sebab ketamakan mengatasi akal fikiran.
Krisis ekonomi 2007 berlanjutan hingga 2010, tetapi sebenarnya kesannya masih belum hilang lagi sampai sekarang (setakat tulisan ini ditulis), bahkan sebab itulah kerajaan kita gabra sampai nak buat GST, naikkan harga itu, harga ini, penulis buku alternatif dikejar LHDN, dan macam-macam lagi, kerana kerugian yang datang dari ketamakan mereka, dan kita - rakyat, terpaksa menggantikan semuanya.
Bila untung, bagi kapitalis. Bila rugi, rakyat kena tanggung.
Apa gunanya ada kerajaan kalau macam ni?
YOU ARE READING
2000s
Ficción históricaMenceritakan tentang dekad yang baru lepas tidaklah secool cerita dekad yang 2-3 dekad lepas. Tapi oleh sebab belum ada orang buat, aku buat. Buku ini untuk mereka yang ingin sandarkan pada kenangan mereka ketika berhubung dengan makwe dengan handph...