Tsunami Asia

1.6K 76 5
                                    

Pada petang hari selepas Krismas, sedang santai di rumah, sambil membantu ibu saya dalam kerja rumah. Tiba-tiba SMS masuk ke Nokia butterfly saya. Dari girlfriend saya.

"Have you turn on your TV? Ada tsunami berlaku kat Penang."

Haa? Tsunami? Setahu saya tsunami berlaku di tempat yang ada gempa bumi. Macam mana ia boleh berlaku di Penang?

Saya buka TV, berita terkini melaporkan tentang kejadian tsunami yang melanda Pulau Pinang dan bahagian utara negara. Begitu juga di pulau-pulau di Thailand, dan yang paling teruk ialah di Acheh, Indonesia dan Sri Lanka, serta selatan India. Tsunami ini begitu besar sehingga ke benua Afrika, termasuk Somalia dan Madagascar terkena teruk.

Dunia tercengang seketika. Belum ada bencana yang sebegini besar dan hebat pernah berlaku pada skala sebegini pada abad ke-21.

Dunia baru menyedari bahawa sebenarnya kita masih lagi belum bersedia dari bencana seepik ini.

Beratus ribu manusia mati, samada dihempap bangunan atau ditenggelami air masin dari laut, atau ketika huru-hara menyebabkan berlakunya kemalangan.

Dunia hampir kiamat pada hari itu, tetapi itu cuma permulaan dari sepenuh cerita.

Sejak berlakunya tsunami, golongan fundamentalis agama mula bertapak dan berkuasa di Acheh, wilayah yang paling teruk terjejas dengan tsunami.

Mereka percaya antara punca berlakunya tsunami ialah kerajaan tidak melaksanakan hukum Allah iaitu hukum hudud. Mereka percaya jika hukum hudud dilaksanakan, maka Allah tidak akan menurunkan bencana lagi.

Aduh.

Jadi, sejak itu, golongan fundamentalis ini, berbekalkan kuasa dan sifat holier than thou, membuli dan menghukum orang yang tidak mahu menjadi seperti orang Arab. Imej tidak bertudung atau nampak peha tidak boleh diterima. Mereka yang berzina akan direjam batu, dilibas, dan lama kelamaan, benda ini sudah terpesong dari kedamaian yang mereka selalu kata apabila berdakwah.

Bukankah Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang? Kalau begitu kenapa hukuman yang begini teruk, memalukan orang yang bersalah, dan menghina wanita, bukankah ini yang dilakukan oleh masyarakat Jahiliah sebelum Muhammad?

Ada seseorang pernah tanya pada saya, "adakah kamu percaya dengan Allah?". Jika orang itu bukan rapat atau kerjanya nak brainwash orang macam mat tabligh saya akan jawab secara sarkastik. Tapi dia orang yang istimewa bagi saya, jadi saya jawab begini.

"Saya percaya ramai di kalangan kita, telah dipesongkan oleh orang-orang yang gila kuasa dan mempunyai kuasa, tentang Tuhan yang sebenar. Saya cuma manusia yang keliru. Kita ini masyarakat yang keliru."

Kita semua keliru kerana kita sendiri tidak kenal Tuhan. Kita dakwa kita kenal sebab kita nak sedapkan hati kita dengan segala dosa yang kita telah lakukan.

Apakah yang akan berlaku jika tsunami berlaku di negara yang rakyat majoriti atheis seperti di Jepun?

Mereka akan bina infrastruktur yang lebih baik dari sebelum ini dengan harapan rumah atau bangunan mereka akan tahan gempa.

Mereka tidak akan gunakan alasan Tuhan untuk berkuasa dan menghukum orang untuk mengelakkan dari bencana tsunami.

Selain Acheh, negara Islam yang teruk kena tsunami ialah Maldives.

Seperti Acheh, Maldives juga melaksanakan hukum hudud dan mendera rakyatnya sendiri.

Tapi negara mereka juga sedang diancam satu lagi bencana baru - global warming, yang bakal menenggelamkan negara mereka dengan air laut.

Jika dengan hukum hudud dapat menenteramkan alam, kenapa negara itu terus tenggelam? Kenapa Acheh masih ada lagi gempa?

Gempa akan terus berlaku, tsunami akan terus berlaku, bencana alam akan terus berlaku. Tapi apa beza antara Jepun yang atheis, dengan Acheh dan Maldives?

Kalaulah Tuhan ni kerja nak pelangkung orang je, itu bukan Tuhan. Itu Judge Dredd. Tuhan yang saya percaya, bukanlah Tuhan yang nak pelangkung orang je.

Sebab yang kerja nak pelangkung, nak hukum, nak hakim, nak haramkan semua benda ni, manusia je. Manusia yang gila kuasa. Tuhan Maha Berkuasa, jadi dia tidak perlu jadi gila kuasa.

2000sWhere stories live. Discover now