Hujan

1.7K 78 8
                                    

ahmoi cantekkaulah gadis rupawan
ahmoi cantek, lain dari yang lain
aku tunggu, selalu
kehadiranmu suatu yang baru

pergi aku, pergi aku buat sementara
engkau yang sanggup menunggu
menunggu hampir setiap masa

Pagi itu, saya bangun agak pagi sedikit. Saya capai seluar jeans skinny saya apabila saya baru selesai mengelap badan saya dengan tuala. Radio kawan saya berkumandang lagu-lagu dari XFresh FM. XFresh FM adalah channel radio paling diplomatik - semua orang boleh terima. Orang bandar macam saya boleh dengar, orang kampung macam roommate saya pun boleh dengar.

XFresh FM meningkatkan nama-nama seperti Ahli Fiqir, Pretty Ugly atau Meet Uncle Hussain, dan sudah pastilah Hujan. Kumpulan Hujan ini saya kenali agak awal juga - sebelum dia masuk arena mainstream lagi. Pada masa itu kawan-kawan saya yang baru balik dari Layar Tanchap di Shah Alam sibuk post gambar mereka di Myspace mereka. Selain itu, mereka juga ada Myspace Music (satu benda yang paling best dalam dekad ini ialah ini, Myspace Music is effing awesome!) dan apabila mereka masuk mainstream, sudah pastilah saya akan minat kumpulan ini.

Saya akui saya fenboi Hujan. Siap ada baju Hujan lambang payung. Kumpulan yang penyanyinya nyanyi malas-malas ala-ala Julian Calablancas ni memang menjadi trend yang happening pada masa ini. 

Band ini diasaskan pada 2005, tapi ia meningkat naik pada 2007, terutamanya pada zaman masa saya sedang bercinta indah dengan si adik ex saya. Begitu juga semasa zaman saya praktikal (kini dikenali sebagai intern), lagu-lagu dari kumpulan ini yang sering menemani saya dengan MP3 menemani saya pergi dan pulang dari tempat praktikal yang gila babi membosankan.

Hujan ini juga membawa satu lagi wave baru untuk anak muda selepas muzik underground dikuburkan pada awal dekad ini selepas dibunuh Mastika dan Harian Metro. Tidak begitu keras seperti generasi sebelumnya, tetapi lebih 'berlapik', mungkin?

2007 adalah tahun sukar untuk saya. Kematian si adik ex saya pada Julai 2007 adalah satu titik hitam yang hanya pada baru-baru ini sahaja saya boleh move on dan redho. Dan ada banyak lagu yang menemani saya ketika saya sedang bermuram durja, selain band-band indie dari seberang seperti Changcuters atau The Upstairs, Hujan juga menemani hidup saya.

Saya ingin bercerita satu pengalaman saya dengan kumpulan Hujan. Ketika itu, kerana CGPA saya drop dari 3.46 hingga 1.62 kerana kemurungan total (tak datang kelas, tak ambil peduli semua benda dan perkara), menyebabkan saya dicutikan satu semester. Tapi oleh kerana subjek yang saya perlu habiskan ada pada semester akan datang, maka alang-alang saya ambil cuti setahun terus. 

Jadi, saya bekerja sebagai pencedok aiskrim Baskin Robbins pada sebelah pagi dan pada sebelah malam saya bekerja sebagai tukang masak burger. Saya dengan bangganya mengaku saya cekap memasak burger lapan tahun lalu. Bawak datang sepuluh burger special cheese double sos banjir saya akan dengan tenang mampu menyiapkannya sambil menyanyi lagu Ah Moi Chantek.

Jadi, satu hari saya dapat tahu yang Hujan datang. Saya tahu adalah susah untuk mendapat cuti hari Ahad dengan bos saya, jadi saya kata dengan bos saya bahawa abang saya (saya anak sulung, mana ada abang) nak kahwin dan balik kampung. Hujan perform konsert di Georgetown, Pulau Pinang.

OK, ini mulanya cerita. Di kedai jual burger saya ini, ada satu awek ni. Dia ni cun lah jugak. Selalu saya cuba nak menegur, tapi sombong yang amat. Bukannya nak ngorat pun, aku pun belum move on lagi dari awek aku meninggal, relax lah.

Jadi, perbualan saya dan awek ni tidak lebih dari "burger daging cheese dua ringgit setengah, terima kasih", itu sahaja. Jadi, pada hari Ahad itu mengubah segalanya.

Saya ke konsert Hujan di Pulau Pinang pada hari itu. Saya punyalah seronok pada hari itu kerana dalam tahun yang murung, takkan nak sentiasanya murung, betul tak? Jadi saya hiburkan hati saya sepuasnya mendengar kumpulan Hujan yang perform pada hari itu.

Dan apabila saya mahu pulang menaiki bas, saya seorang diri menunggu bas yang masih tak sampai-sampai. Van buruk Vanette 90an tiba-tiba berhenti di depan bus stop.

"Bro, nak pergi mana?" tanya Noh Hujan.

Of course-lah aku starstruck, doh!

"Err, balik?" jawab aku, pendek.

"Balik mana?"

"USM."

"Naiklah," kata AG pula.

Saya pandang kiri, pandang kanan. Kemudian naik. Kemudian itulah setengah jam yang paling indah sejak girlfriend saya meninggal. Terima kasih Tuhan, walaupun sementara.

Aku bercakap dengan mereka bahawa setiap kali mereka menyanyi lagu Hiba, fikiran aku akan terlintas ke arwah awek aku.

"Ye ke, bro. Kitorang tulis untuk arwah ibu kawan kitorang sebenarnya, tapi takpelah kalau nak anggap macam tu," kata Noh lagi.

Setibanya aku di depan Khaleel, pintu van putih dibuka. Noh Hujan nak makan nasi. Aku turun bersama kumpulan Hujan. Depan awek tu.

Besok, bila aku masuk kerja balik, awek tu ajak aku berborak. Dan esoknya lagi. Dan esoknya lagi.

Ah, aku turun dengan Noh Hujan baru kau nak sembang dengan aku?

Mungkin kumpulan Hujan tak ingat jasa mereka ini, ada yang kata mereka ini sell-out ke apa, tapi itu bukan aku nak judge. Tapi, jasa itu, aku tak lupa. Mungkin masa itu Hujan pun masih naik van buruk.

Sekarang Noh pun dah kahwin dengan anak tauke bank. Dah berubah dah nasib dia. Mungkin dia lupa dah peristiwa tu, kot.




2000sWhere stories live. Discover now