8TV

1.7K 71 6
                                    

Pada zaman saya kecik dulu, ada tiga channel TV sebagai pilihan kami nak tengok TV. TV1 untuk rancangan orang-orang tua, TV2 kalau pagi ada TV Pendidikan, dan semua orang tengok TV3. Tahun 1994 ada MetroVision, tapi kejap je. Kemudian di penghujung dekad 90an ada ntv7 yang memberi saingan baru pada TV3, walaupun pesaing sebenar adalah adalah channel berbayar, ASTRO. Mega TV dah lama pupus.

Kemunculan 8TV memberi alternatif baru kepada mereka yang tidak mampu memiliki ASTRO. Rancangan 8TV yang lebih muda dan lebih urban, bersiaran di Lembah Kelang.

Tatkala muzik emo mula mewarnai dekad ini, lagu-lagu seperti Vindicated dari Dashboard Confessional, Ohio Is For Lovers dari Hawthrone Heights, Ocean Avenue dan Only One dari Yellowcard, dan I'm Not Okay dan Helena dari My Chemical Romance bersiaran di 8TV selain Stacy Orrico, Kelly Clarkson, Jason Mraz turut disiarkan di 8TV.

Bagi mereka yang tidak memiliki ASTRO, dan tinggal di Lembah Kelang, 8TV menjadi pilihan anak muda.

Tetapi rancangan yang paling saya tunggu di 8TV sudah pasti Latte@8, sebuah talk show yang dikendalikan oleh penyanyi alternatif yang popular pada penghujung dekad 90an.

Rancangan TV ini juga menaikkan kumpulan alternatif seperti Seven Collar T-Shirt, Butterfingers, OAG, Disagree dan hiphop seperti Teh Tarik Crewz, Phlowtron dan Ruffedge.

Kebangkitan scene ini menyaksikan pertumbuhan dalam Friendster dan Myspace saya (akan saya ceritakan nanti) friends baru semakin meningkat.

8TV berjasa menambahkan kawan media sosial saya.

Dan semasa saya melepak di rumah girlfriend saya, rancangan TV seperti Arrested Development dan That's 70s Show adalah rancangan yang saya dan girlfriend saya selalu tonton bersama.

Semasa saya ke Sri Pentas menemani pelakon teater Awek Chuck Taylor 10 tahun kemudian, para pelakon telah ke set Quickie dan ditemuramah selama 5 minit di rancangan 8TV.

Ketika di belakang kamera, memori saya kembali ke 10 tahun yang lalu, ketika saya dan girlfriend saya sedang menunggu rancangan Quickie itu tamat sebelum drama TV di 8TV bermula.

Awek Chuck Taylor adalah cerita tentang saya dan dia, dan saya sebenarnya tak sangka, cerita tentang saya dan dia sedang diperkatakan di Quickie 8TV.

Saya bayangkan diri saya, dan dia, sedang menonton Quickie, ketika kamera sedang dirakam, dan ketika lampu kamera sudah merah dan sudah tamat rakaman, saya sedar, sepuluh tahun dah berlalu.

Terima kasih 8TV kerana memori yang cukup indah.

Tetapi, 8TV kini milik Media Prima, syarikat TV3 dan Berita Harian, sudah menelan semua syarikat penyiaran yang lain kecuali ASTRO yang berdiri sendiri dengan kabel berbayarnya.

Dan RTM masih lagi menayangkan drama-drama Melayu zaman 90an. Tak happening langsung!

2000sWhere stories live. Discover now