Malam ngilu mengasyikkan
Rongak gigi sendiri
Kini aku dibelengguMalu bertanya takut malu
Menconteng arang cakerawala
Kini aku dibelengguHidup mati muzik
Bangun tidur muzik
Cuba bernafas
Ralat itu normal
Maafkanlah hamba, hamba pun hamba wangItulah lirik lagu album Butterfingers yang aku learn by heart tanpa merujuk pada Google ketika aku menulis tulisan ini. Lagu Ngilu sebagai pembuka album ini, dan seterusnya ke lagu-lagu yang menukar lanskap muzik negara.
Aku tak tahu orang ramai rasa, tapi bagi aku album ini adalah album yang membentuk scene indie Melayu yang akan meletup selepas ini.
Album Selamat Tinggal Dunia adalah album Butterfingers yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama, dengan penulisan yang selamba dan tak bertapis, membentuk satu generasi baru Melayu yang mahukan pembaharuan dalam muzik tempatan.
Selepas kita mengharungi zaman kemurungan muzik negara pada penghujung 90an dan awal 2000an, kerana krisis ekonomi Asia serta tuduhan pada cetak rompak dan Internet, Butterfingers membawa ke dimensi baru muzik tempatan.
Dalam tahun 2005, mula muncul band-band so-called indie seperti Hujan, Meet Uncle Hussein, dan Estrella serta comeback dari Gerhana Skacinta, imej mendengar lagu Melayu yang dahulunya dianggap lagu tangkap leleh dan jiwang, kini sudah mula berwarna warni.
Tatkala Indonesia sudahpun bangkit dengan Indopop sejak filem Ada Apa Dengan Cinta?, lambakan lagu-lagu dari seberang memberikan motivasi kepada anak-anak muda di Malaysia untuk ambil semula gitar, drumstick dan menulis lagu sendiri - dan kembali ke studio jamming selepas scene underground lumpuh dikenakan oleh Mastika dan Harian Metro dalam fitnah terbesarnya dalam isu black metal empat tahun yang lepas.
Selepas berlakunya lambakan itu, ramai orang Melayu mulai fed up dan Selamat Tinggal Dunia adalah jawapan kepada semua ini.
Lagu kontroversi seperti Daulat Tuanku dan Merpati Sejoli membangkitkan semangat baru, dan lagu-lagu puitis tapi bukan jenis mendayu-dayu macam New Boyz, seperti lagu Cuai dan Taman Tasik Perdana, serta lagu rebel, yang menjadi unofficial anthem kepada tsunami politik tiga tahun selepas ini, Tentang Tentang - album Butterfingers yang ini memberi satu signifikan yang baru terhadap gaya muzik Melayu dekad 2000an.
Apabila lagu Kabus Ribut muncul di Hitz.TV, video lagu ini yang menunjukkan ahli kumpulan Butterfingers dengan kereta 80an dalam misi rahsia untuk mengebumikan sesuatu, adalah satu video muzik yang sangat ikonik.
Mengebumikan grunge, mungkin?
Dekad 2000an adalah satu dekad yang suram, dengan September 11 dan perang Iraq, tapi disebalik hujan dan ribut, serta mendung kelabu, muncul cendawan di celah-celah batu yang mengindahkan kehidupan.
Dan 2005 adalah satu tahun yang menggambarkan keindahan baru dalam kemurungan ini, dan kerana album ini, scene indie mula bertapak, dan kemudiannya selepas itu, scene buku alternatif yang berinspirasi dari album ini, mula muncul.
Selamat Tinggal Dunia adalah pengubah banyak scene dalam Malaysia tanpa ramai yang sedar, dari muzik, buku, filem, drama, hingga politik.
Kerana selepas ini, sesuatu yang indah, bakal berlaku (walaupun seketika).
YOU ARE READING
2000s
Historical FictionMenceritakan tentang dekad yang baru lepas tidaklah secool cerita dekad yang 2-3 dekad lepas. Tapi oleh sebab belum ada orang buat, aku buat. Buku ini untuk mereka yang ingin sandarkan pada kenangan mereka ketika berhubung dengan makwe dengan handph...