Friendster

1.8K 82 12
                                    

Sebelum ini, ada dua cara untuk mengenali manusia dalam internet. Pertama, MiRC. Kedua, ada satu laman web yang diberi nama e-Kawan, sebuah laman web Melayu yang sebenarnya sebuah laman web mencari jodoh.

(Apasal tak letak nama e-Jodoh siaaa...)

Tapi aku sudah memiliki Friendster ketika tahun 2002, cuma Friendster ini meningkat naik pada tahun 2003. Kawan-kawan mula ada Friendster pada ketika ini. 

Friendster, bapak kepada semua sosial media yang ada hari ini. Friendster ialah bermulanya orang menghabiskan masa di hadapan internet, selfie depan cermin toilet atau cermin fitting room, atau ambil gambar dengan edit gambar pada Photoshoppe (yang entah apa-apa keluar).

Pada era John Mayer adalah lelaki paling hot dalam dunia ini, dan Maroon 5 masih lagi sebuah kumpulan band (sekarang nampak macam Adam Levine sorang je yang wujud) Friendster menjadikan manusia berpolarisasi kerana tag pada page Friendster. Umpamanya bila aku tulis dalam Friendster aku, dalam kolum "Favorite Artist" dan aku akan tulis band-band seperti Radiohead, Oasis, My Chemical Romance, Michelle Branch - maka berkemungkinan besar aku akan ada kawan-kawan yang akan mendengar muzik yang hampir sama dengan aku.

Dan Friendster membuatkan aku mengenali beberapa kawan aku yang sampai sekarang masih lepak bersama. Ada kawan aku dari Indonesia, yang aku jumpa dia, dan lepak balik, dan bertanya - kenapa ek kita boleh kenal? Aku menjawab "Michelle Branch" dan dia terus kata "don't tell my wife about this, shit!" 

Semasa pengalaman aku di Friendster, aku berkenalan dengan ramai orang yang satu pesen dengan aku, menyebabkan aku rasa apabila aku di zaman sekarang, aku jadi aneh sebab rupa-rupanya ada pelbagai jenis orang.

Salah satu selebriti yang naik dalam Friendster ini adalah Nora Danish, yang mempunyai sampai 8 akaun Friendster (sebab Friendster limitkan kawan kepada 3,000 friends (kau gila ke kau ada 3,000 kawan?).

Kebanyakan aweks-aweks cun ada lebih kurang 2-3 akaun, manakala lelaki akan cuba follow semua akaun Friendster yang aweks-aweks cun ni just in case kalau dia update gambar baru.

Lagi satu, Friendster hanya akan benarkan kau add orang jika kau adalah friends atau friends of friends kepada orang tu. Katakan kau nak jadikan Nora Danish friend kau, kau kena ada kawan yang juga friend pada Nora Danish. Selain tu, kau juga perlu tanya e-mail orang yang kau nak jadikan friends tu kalau dia buat private account.

Jadi, kebanyakan member-member aku di Friendster semuanya adalah kawan aku atau kawan kepada kawan yang aku kenal, dan jika aku ingin meluaskan jaringan kawan kau, kau kena cari di kalangan kawan-kawan kau. Jadi, kalau kau tengok member-member awek kau hot-hot belaka, agak susah juga sebab besar kemungkinan member-member awek kau akan beritahu awek kau yang kau cuba mengorat dia.

Tough luck, jangan kau coba.

Selain itu, testimonial dan bulletin adalah features yang ada dalam page Friendster ini. Testimonials adalah komen dari kawan-kawan kau, manakala bulletin adalah perkara yang nak dihebahkan kepada kawan-kawan. Contohnya kalau kau nak kahwin dan jemput member kau, kau post je di Bulletin Board, dan semua kawan-kawan kau yang buka Friendster boleh nampak apa yang kau post.

Anyway, kawan-kawan Friendster yang masih berhubung dengan aku sekarang aku boleh kira dengan sebelah jari, ada crush yang dulu aku selalu stalk tiga akaun Friendsternya - dia seorang yang sangat popular back then, dan nasib aku dengan dia somehow dia dengan aku macam garisan asymptotes kalau dalam matematik - pernah hampir ada peluang tapi gagal. 

Time aku single, dia ada boyfriend. Time aku dengan Mira, dia single. Time dah clash, seminggu lepas tu dia ada boyfriend, kemudian lepas tu dia single, aku dengan Bella si kaki mintak topup. Bila aku clash dengan Bella, dia single tapi aku mengejar Nana. Dan bila Nana meninggal, dia dengan boyfriend dia yang sekarang ni suami dia.

Aku harap aku dapat jumpa dia lagi, sebab sekurang-kurangnya aku tak perlu kira kawan-kawan Friendster sebelah tangan lagi.

Kenapa aku tak pernah tulis novel tentang dia ek?

2000sWhere stories live. Discover now