Pada ketika ini ada dua puak yang menguasai jalanraya. Satu puak dipanggil sebagai rempit, atau dahulunya dikenali sebagai mat mot, dan satu lagi kenali sebagai mat scooter.
Saya memilih untuk menjadi mat scooter kerana mat scooter lebih mudah untuk mencari awek dari menjadi mat rempit pada ketika ini.
Di Myspace selalu awek-awek cun ini akan tulis pada bio mereka, no rempit plz! dan sebab itulah saya memilih untuk menjadi scooterist.
Girlfriend saya pun lebih suka saya membawa scooter walaupun abangnya mat rempit sejati (katanya, tapi kawan rempitnya cuma dua orang dah tak pernah tengok lebih dari itu).
Jika aim utama mat rempit ialah kelajuan, aim utama mat scooter ialah secantik mana motor scooter anda untuk didesign.
Ada manusia yang saya kenal, menghabiskan hampir RM10,000 ke atas Gileranya yang berharga RM25,000. Saya cuma membawa Modenas Elit 150cc, yang berharga lebih kurang RM3,000 serta bodyset yang lebih kurang berharga RM700, sebelum accident teruk dan terpaksa pakai bodyset standard balik.
Ada beberapa jenis motor scooter. Paling king sudah pastilah motor scooter Gilera, yang dari Itali. Siapa bawak Gilera, aweknya mesti tahap supermodel. Kemudiannya Suzuki VS yang tidak kurang lincahnya juga. Moskito, scooter dari Taiwan, mempunyai design yang akan membuatkan awek yang menunggang motor itu berbody lentik kerana designnya begitu.
Tetapi Moskito cepat jahanam dan sparepart mahal nak mampus, jadi lebih baik kalau kau ada duit sikit, kau beli VS terus, atau kalau takde duit, kau masuk entry level motor scooter ini, Modenas Elit, macam aku.
Dan di kalangan geng scooter ini ada forum di Myspace. Ada banyak geng, seperti Sigma @ Crew, yang aku join, yang pernah aku lepak dua tiga orang yang aku ingat. Ahli yang paling popular sudah pastilah Miss Pinky, motor scooternya warna pink mengingatkan saya terhadap Shasha Pinky budak sekolah saya dulu.
Ada scootcomp, atau nama panjangnya scooter competition pada ketika ini. Ada banyak pertandingan, dan walaupun racing scooter ada, tapi yang tu bukanlah paling utama pun, sebab yang paling utama ialah bodyset airbrush paling cantik. Ini acara yang paling utama.
Aku tak pernah nak airbrush bodyset scooter aku sebab kosnya yang mahal nak mampus, walaupun kalau kau ada geng dengan geng scooter macam Sigma @ Crew yang kemudiannya bergabung dengan geng Avenue menjadi geng Sigma Avenue, kau boleh buat design apa yang kau nak dengan harga yang lebih murah dari bengkel Ah Beng Cheras yang suka design benda standard macam cover bodyset Spiderman atau X-Men.
Aku lebih berminat dengan sticker bodyset, macam aku buat, aku tembak kaler merah, dan buat design macam jersi Manchester United dan nombor 8 yang besar di belakang (Wayne Rooney ketika itu nombor 8).
Tapi syukur gambar scooter aku semua di Myspace, dan aku dah delete akaun lama Myspace aku, dan bodyset tu dah pecah masa aku accident dulu.
Mampus mana aku nak sorok muka kat geng-geng Liverpool yang sekarang ni aku lepak ni, beb. Mampus aku, mampus.
Tapi itu tetap sejarah aku, dan ya, aku mengaku dulu aku fan MU, tapi takde hal kan boleh ubah? Bukannya agama pun team bola ni, kan?Anyway, zaman scooter ini berakhir sekitar tahun 2007 kerana sparepart yang makin mahal dan filem rempit pula yang up.
Perang dua puak bermotor ini akhirnya dimenangi oleh mat rempit kerana pada zaman sekarang, takde lagi awek yang letak di bio Twitternya "no rempit plz".
Okay, Aril. Kau menang. Kau pernah kata "satu hari nanti geng scooter akan mati, dan rempit akan bangkit."
Kau menang, Aril. Kau menang.
YOU ARE READING
2000s
Historical FictionMenceritakan tentang dekad yang baru lepas tidaklah secool cerita dekad yang 2-3 dekad lepas. Tapi oleh sebab belum ada orang buat, aku buat. Buku ini untuk mereka yang ingin sandarkan pada kenangan mereka ketika berhubung dengan makwe dengan handph...