Yusri Dan Erra

2K 72 8
                                    

Sebelum Erra yang kini single (setahu aku lah) dan Yusri kahwin dengan Lisa Surihani, pernah tercatat dalam sejarah yang tak berapa penting ini, pasangan Yusri dan Erra pernah jadi pasangan paling epik percintaannya. Di dalam scene selebriti tanah air yang mana semua artis kalau bercinta dengan artis, atau berkahwin dengan artis, mesti nak berduet dan berkepit dalam lagu atau filem, macam Nurul dan Ajai, yang aku rasa semak semua lagu diorang nak berduet dan berpasangan.

Mereka mula bercinta ketika mereka mula berlakon cerita Mr Cinderella tahun sebelumnya, jadi gosip panas dan wartawan Melodi mula mengejar Yusry dan Erra sambil bertanya soalan paling panas dalam Melodi, "bila lagi nak kahwin hehehe..."

Jadi, wedding of the year antara Yusry dan Erra berlangsung pada tahun 2003 - dimana hampir semua media kecuali Malaysiakini dan Harakah, sibuk melaporkan berita tersebut. Pada hari perkahwinan itu Melodi menyiarkan siaran secara langsung, Erra akhirnya diijabkabulkan dengan Yusry pada 15 Jun 2003 di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Majlis persandingan penuh gemilang itu diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 22 Jun 2003.

Tapi selepas itu, tiga tahun kemudian, Yusri dan Erra bercerai dan kegagalan ini sungguh epik macam mana masa mereka bercinta juga.

Orang semua berceritakan tentang kegagalan cinta mereka ini selain cerita Mawi hisap ganja (yang ni nanti dulu aku cerita), tetapi selepas Erra ini bercerai dengan Yusri, Erra berkahwin sekali lagi dengan Engku Emran yang pernah aku jumpa nak beli TV masa aku kerja di Bangsar.

Tapi kemudiannya, dengan Engku Emran pun Erra bercerai, dan apa lagi tak kena dengan Erra Fazira?

Kadang-kadang kan, kita selalu jumpa orang yang silap sampai kita rasa nak give up dengan apa yang kita nak percaya, terutamanya cinta. Kadang-kadang, kita jumpa dan bercinta dengan orang yang silap - lepas tu menggigit jari bila kita jumpa dengan orang yang kita sepatutnya bercinta, tapi disebabkan kita sudah ada hubungan dengan orang lain, kita tak mampu betulkan apa-apa apa yang kita lalui.

Dan apabila kita sering bertembung dengan orang yang silap, siapa yang salah? Kita? Atau sifat kita yang terlalu terburu-buru?

Habis tu kalau kita terus memilih dan terus memilih sampai bila pun kita takkan jumpa apa-apa.

Lalu ada kawan yang memberi cadangan untuk tidak mempunyai hubungan kerana cinta ini satu perkara yang menyerabutkan. Kalau nak have sex, just have it - no string attached (ni jujur cakap). Aku pernah buat, dan ia memeritkan. Dan aku menyedari aku ni spesis yang ortodoks. Aku tak boleh nak no string attached, dan aku rasa aku tak boleh hidup bujang sampai aku mati.

Mungkin perasaan itu telah ikut bersama orang yang telah mati.

Anyway, aku tak tahulah Erra Fazira ada rasa macam apa yang aku rasa, atau mungkin berbeza - tapi kalau satu hari, kalau ada peluang, aku nak berjumpa dan Erra dan berbual tentang isu hati dan perasaan ini.

Sebab aku rasa antara aku dengan dia, pernah mengalami perasaan yang sama.

Aku crush dengan Erra Fazira? Eh, tak lah. Aku crush dengan Sheila Majid!


2000sWhere stories live. Discover now