"...and, here...we...go!"
Pada mulanya, aku masih ingat lagi satu laman web yang mula bersebaran di Internet pada awal tahun 2008, whysoserious.com - dan semua orang termasuk aku terpinga-pinga ini cerita tentang apa. Pada tahun itu, laman web itu menunjukkan satu badut sedang gelak "ha ha ha" dan aku jadi curious nak tahu. Selidik punya selidik, akhirnya aku dapat tahu ini adalah stunt untuk promosi filem terbaru Batman - The Dark Knight.Christopher Nolan, yang mula mengarah siri trilogi Batman - bermula dari Batman Begins pada tahun 2005, muncul kembali pada tahun ini, dengan Christian Bale terus menjadi Bruce Wayne dan Batman. Heath Ledger jadi watak jahat kali ini, Joker.
Tapi, tidak seperti Joker zaman Jack Nicholson yang bernostalgia dengan gangster Amerika 50an, Joker yang dilakonkan oleh Heath Ledger ialah sangat kontemporari dan kena pada masa itu - tahun 2008, ekonomi dunia jatuh menjunam, kepercayaan terhadap sistem kapitalis telah merudum, orang mula melihat pada satu lagi alternatif, anarkisme.
Aku sebenarnya tahu tentang anarki awalnya - setulen-tulennya, bukan dari band Sex Pistols, tapi dari filem ini. Watak Joker apabila dia berkata dengan Two Face, dia berkata "introduce to a little anarchy."
Beberapa bulan sebelum filem ini ditayangkan, Heath Ledger meninggal dunia kerana overdosed dadah. Dan kematiannya kerana untuk mendapatkan mood kemurungan seperti Joker, dia sanggup menyewa rumah sempit dan hidup seperti orang yang ditekan sistem walaupun dia adalah pelakon gred A.
Begitulah, demi lakonan terbaik.
Dan lakonannya dalam filem ini adalah yang paling terbaik sehingga menenggelamkan watak Batman itu sendiri. Buat pertama kalinya peminat siri Batman lebih meminati watak jahat dari watak Bruce Wayne (sebab Penguin entah apa-apa, The Riddler Jim Carrey tak best).
Sekaligus filem ini membuatkan filem Batman sebelum ini zaman 90an dulu aku tengok, macam kelakar gila.
Filem The Dark Knights sekaligus menjadi filem blockbuster paling berjaya pada tahun 2008, dengan hasil penjualan tiket wayang melebihi $1 billion pada tahun itu.
Kenapa Joker ini lebih baik dari sebelumnya? Sebab Joker yang ini sangat spontan, dan seolah-olah tidak merancang (dalam dialognya ada berkata "do I look like a man with a plan?")
Joker juga sebenarnya mengajar aku banyak benda tentang eksistensial - melebihi Jean Paul Sartre sendiri, jujurnya. Dan dengan Joker, aku percaya ramai millennials pada masa itu mula berfikir tentang sebenarnya menjadi superhero ini tak best dan poyo.
"Upset the establishment order, and it will be chaos."
RIP Heath Ledger. Why so serious, son?
YOU ARE READING
2000s
Historical FictionMenceritakan tentang dekad yang baru lepas tidaklah secool cerita dekad yang 2-3 dekad lepas. Tapi oleh sebab belum ada orang buat, aku buat. Buku ini untuk mereka yang ingin sandarkan pada kenangan mereka ketika berhubung dengan makwe dengan handph...