Avril Lavigne

2K 62 15
                                    

Suatu petang, ketika sedang melepak penat di Kolej Perindu, saya membuka radio channel Hitz FM. Saya mendengar satu lagu yang agak pop, dan suara dari aweks-aweks yang hot. Eh, sedap juga lagu ini.

Ah, saya ni jenis setia orangnya. Saya setia pada yang satu. Saya setia pada Michelle Branch, yang saya minat sejak dari zaman Napster.

Selepas saya Yahoo lagu ini, barulah saya terjumpa penyanyinya bernama Avril binti Abdul Lavigne.

Avril Lavigne, (sebutan sebenar: la-vig, bukan la-ving macam Melayu selalu sebut) adalah pop star yang paling menyinar selain Eminem pada tahun 2002.

Kemunculan penyanyi-penyanyi type macam Michelle Branch, atau Vanessa Carlton ini sebenarnya dah muncul sejak zaman Alanis Morissette circa 1995 lagi.

Kebangkitan penyanyi wanita "so-called" alternatif ini adalah bermula sejak dahulu lagi, Janis Joplin pun macam tu, tapi ada satu era di mana penyanyi wanita dilihat cool jika memegang gitar.

Okay, Vanessa Carlton dia main piano.

Tapi, kemunculan penyanyi sebegini semenjak Alanis - telah muncul banyak sebenarnya. Bunyinya pop, tapi tak berapa nak pop macam Britney Spears atau Christina Aguilera.

Penyanyi seperti Sarah McLachlan, Fiona Apple, Sheryl Crow menjadi tarikan kepada lelaki yang memandang 'brain over beauty' walaupun mereka ini semua cantik-cantik belaka.

(in defence of myself: walaupun mereka ini cantik-cantik, tapi kami juga melihat faktor kebijakan dan nilai intelektual (atau yang acah-acah intelek).)

Tetapi Avril Lavigne ini mempunyai kombinasi yang lengkap untuk membina empayar pop pada masa ini. Imej skaters acah-acah punk ini memang kena pada waktu ini. Imej ini yang diminati lelaki yang kini mula kureng nak follow penyanyi-penyanyi dari Lilith Fair ini.

Jadi, Avril Lavigne adalah produk terbaru Kanada yang paling berpengaruh dalam industri muzik sejak zaman band Rush pada 1980an, sebelum ada seekor monyet yang aku akan cerita pada penghujung dekad kemudian.

Anyway, Avril Lavigne mempengaruhi cara pemakaian fesyen anak muda pada ketika itu. Pakai singlet atau sleeveless shirts tapi pakai necktie. Rambut panjang layer. Kasut Chuck Taylor atau Jack Purcell. Acah-acah punk walaupun hanya tahu Blink 182 atau Sum 41.

Tambahan pula pada ketika ini X-Games masih hot, dan selain hoppers, skaters juga adalah magnet kepada aweks-aweks cun pada ketika itu.

Sebab itu kawan baik saya Zulhelmi Malek ada pernah berkata pada saya yang dia pernah berdating dengan awek yang dressing macam Avril Lavigne.

Avril Lavigne adalah manifestasi acah-acah kepada masyarakat yang suka acah-acah pada ketika itu. Masyarakat yang masih terkejut dari serangan September 11, dan mencari-cari erti eksistensial diri selepas dua tahun melangkah ke alaf baru. Acah-acah punk, acah-acah main skate, acah-acah main gitar, acah-acah kaki kacau pak guard shopping mall - segalanya acah-acah.

Michelle Branch mungkin acah-acah minah surfer yang mak bapaknya dulu bekas hippie (sebelum dia jumpa bakal suaminya dan terus main muzik country), tapi dia memang boleh main gitar.

Mungkin itu satu faktor kenapa saya lebih setia dengan Michelle Branch berbanding untuk minat Avril Lavigne.

Dua lagu hits - Complicated dan Sk8er Boi sering diputarkan berkali-kali dalam radio, sering dimainkan di MTV, dan memberikan saingan kepada minah hoppers pada dekad 2000an ini.

Kerana selain hoppers, skaters juga adalah magnet kepada aweks-aweks hot zaman ini.

Cuma suatu hari, pada tahun 2028 nanti, apabila anak-anak kawan saya semua dah membesar menjadi remaja nanti, mesti akan ada satu fesyen pelik yang akan menjengkelkan ibu bapa generasi millennials nanti.

"Dewi Fathia, kenapalah kau pakai topi kat kepala lutut, kenapalah kau pakai seluar atas kepala? Pakailah elok-elok."

"Alah mak ni, ini trend mak. Mak dulu masa muda-muda pun pakai necktie masa pakai sleeveless, macam bangang je."

"Itu Avril, dia cool."

"Ah dia tu penyanyi tua kerepot!"

Fesyen. Ia adalah benda pelik tapi manusia ikut jugak.

Anyway, dalam dekad ini, kali terakhir aku dengar nama Avril kembali apabila dia dah bercerai dengan Chad Kruger penyanyi Nickleback, antara sampah terawal Kanada sebelum seekor lagi monyet yang nanti aku cerita di penghujung buku ini nanti.

2000sWhere stories live. Discover now