Dekad 2000an adalah dekad untuk tiga perdana menteri di Malaysia. Mahathir Mohamad, Abdullah Badawi, dan seorang lelaki berbibir pink dan berkepala botak. Lelaki berbibir pink ini menjadi Perdana Menteri, pada penghujung dekad 2000an, dan menjadi Perdana Menteri, dua hari selepas April Fool pada tahun 2009.
Najib Razak. Ibu saya yang dahulunya penyokong tegar Barisan Nasional, kini cukup mual apabila mendengar namanya. Ayah saya terus menukar channel TV bila lelaki berbibir pink ini masuk berita.
Ye lah, babyboomers seperti ibu bapa saya sudah biasa mendapat maklumat dari warta berita.
Tidak seperti Abdullah Badawi apabila menjadi Perdana Menteri, Najib Razak awal-awal lagi sudah orang menyampah tengok mukanya. Apabila Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri, terdapat satu nafas segar, dan slogan seperti "cemerlang, gemilang dan terbilang" pada mulanya disambut orang ramai. Islam Hadhari juga orang okay walaupun ada lah dua tiga ekor serbanistas yang sibuk nak betulkan bahasa Arab "Hadhariah Islamiyyah".
Tapi apabila lelaki berbibir pink ini masuk saja pejabat Perdana Menteri, dia terus keluarkan satu slogan: 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.
Apabila slogan ini terpacul dari bibirnya dan keluar di dada akhbar saya seraya berkata, "what the fuck is this shit?"
Oh, saya lupa nak cerita tentang debat Anwar Ibrahim dan Shabery Cheek setahun sebelum lelaki berbibir pink ini menjadi Perdana Menteri. Ia adalah detik yang cukup bersejarah (patutnya saya masukkan dalam snippet 2008 tapi tak apalah) dan debat itu seolah-olah melihat Stone Cold Steve Austin membelasah Osman Kering. Cukup tragik.
Entah Shabery Cheek ingat lagi dia cuba mempertahankan Abdullah Badawi sampai terpancut air liur? Mungkin dia tidak mahu ingat peristiwa itu.
Anyway, Najib Razak memiliki banyak kontroversi dan apabila dia menjadi Perdana Menteri pada tahun 2009, orang mula berkata tentang Altantuya, serta bininya yang sebenarnya suaminya dan defacto Perdana Menteri.
Dalam sejarah Malaysia moden, Najib Razak adalah Perdana Menteri paling tidak disukai oleh rakyat Malaysia. Mahathir mungkin bersifat diktator tapi rakyat rasa selesa dan sayang padanya, dia pun bernasib baik sebab menang pemilihan Umno tahun 1987 dan kemudian apabila Perang Dingin tamat atas kejatuhan Soviet Union, ekonomi dunia dalam kemakmuran pada dekad 90an sehinggalah Krisis Ekonomi Asia 1997.
Saya tidak merasa tiga perdana menteri sebelum Mahathir jadi saya enggan komen tentang mereka, tetapi menurut ibu bapa saya, mereka kata "ok lah" pada Hussein Onn atau bapak lelaki berbibir pink ini, walaupun kurang gemar Tunku kerana dikatakan suka berjudi.
Tetapi jika ditanya dari mana-mana generasi sekalipun, rata-rata semua orang tidak sukakan Najib Razak.
Saya enggan mengulas apa yang berlaku seterusnya pada dekad yang berikutnya kerana yang itu kita kenalah buat buku 2010an yang mungkin saya akan tulis pada dekad akan datang, atau orang lain (harapnyalah). Tetapi dipenghujung dekad ini, bermulalah suwei negara ini apabila diperintah oleh bini lelaki berbibir pink.
Saya masih ingat lagi petang 3 April 2009 itu. Saya berada di Pulau Pinang ketika itu. Saya nampak awan hitam menyelubungi, serta gagak-gagak hitam terbang bertempiaran. Saya ternampak roh jahat berambut gerbang menyelubungi seluruh negara.
Roh jahat itu masih lagi menyelubungi negara ini pada tulisan ini ditulis.
Sekali sekala apabila dia membrim rakyat, dapatlah saya makan KFC. Tapi sakit hati juga, bila nak pergi KFC, tambang bas naik, harga ayam naik, semua naik. Mungkin harga kangkung yang turun tapi itu kita tinggalkan untuk buku 2010an.
YOU ARE READING
2000s
Historical FictionMenceritakan tentang dekad yang baru lepas tidaklah secool cerita dekad yang 2-3 dekad lepas. Tapi oleh sebab belum ada orang buat, aku buat. Buku ini untuk mereka yang ingin sandarkan pada kenangan mereka ketika berhubung dengan makwe dengan handph...