Tahun 2008 adalah tahun tsunami politik. Tahun di mana satu ombak besar yang menghempas Barisan Nasional dan sejak itu, Barisan Nasional tidak lagi mendapat kepercayaan dari rakyat sepertimana dahulu.
Semua orang tahu tahun ini Malaysia akan bertukar Perdana Menteri. Dan malaon berbibir pink ini seperti yang saya tulis sebelum ini, memang dari awal tidak disukai orang ramai.
Jika tahun 2008 adalah tsunami politik, tahun 2009 sampah-sampah dan serpihan kayu dan batu dan segala isi yang hancur itu mula terburai.
Sampai aku terpaksa compresskan empat peristiwa yang aku rasa sama penting, dalam satu bab. Sebab ye lah, takkan aku nak tulis pasal politik je, aku nak juga tulis pasal Avatar atau benda lain yang berlaku pada tahun ni, kan? Macam kebangkitan Ultras Malaya selepas menang pingat emas Sukan SEA ke?
Yang tu nanti dulu.
Pertama, Teoh Beng Hock. Teoh Beng Hock ini ditemui mati di depan pejabat SPRM. Teoh Beng Hock ini adalah setiausaha politik seorang ahli parlimen DAP. Dia dipanggil oleh SPRM Selangor yang beribu pejabat di Plaza Masalam, Seksyen 9. Dia kemudiannya ditemui mati.
Macam mana dia boleh mati dalam pejabat SPRM? Tiada jawapan yang muncul. Ahli anggota parti pembangkang yang mendapat sokongan kuat sejak tsunami politik, mula menuduh ini konspirasi Barisan Nasional. Pada ketika ini, kalau tahi burung terjatuh di atas nasi lemak anda ketika sedang sarapan, anda akan menuduh ini burung Barisan Nasional.
Kematian Teoh Beng Hock jadi satu misteri, macam kematian Altantuya juga. Bahkan sejak malaon berbibir pink menjadi Perdana Menteri banyak juga berlaku kematian misteri yang ada kait mengait dengan politik. Atau sebelum ini pun ada juga cuma ye lah, sejak tsunami politik, menjadi pembangkang pada masa ini adalah cukup trendy, jadi apa saja benda, semua kaitkan saja dengan Barisan Nasional.
Kedua, Perkasa. Kewujudan Perkasa juga wujud pada tahun ini sebagai benteng terakhir mempertahankan Melayu katanya (mempertahankan Umno sebenarnya). Ia diketuai oleh Ibrahim Ali, seorang right-wing Melayu yang bergraduasi dari ITM. Kewujudan Perkasa ini sangat berpengaruh seperti nWo dalam WCW pada era wrestling 90an dulu. Ia bukan Umno, tapi kebanyakan ahlinya ialah ahli Umno.
Ini macam group abang sado di Selatan Selangor, mereka ini bukan Manchester United, tapi kebanyakan dari mereka ialah penyokong Man United. Gitu.
Jadi, kemunculan Perkasa ini memberi satu impak baru dalam politik baru pasca-tsunami politik, ia seperti satu tembok yang ampuh bagi mengembalikan sokongan Melayu kepada Barisan Nasional. Dalam satu hal, Perkasa melakukan ini selama empat tahun sebelum pada akhirnya di pertengahan 2010an, tugas itu diambil alih oleh PAS, ya, bekas ahli Pakatan Rakyat.
Ini macam tiba-tiba Bret Hart jadi jahat dan Stone Cold jadi baik, politik memang macam tu, terutamanya macam Malaysia. Politik macam gelanggang WWE.
Ketiga, stadium runtuh di Terengganu. Sepanjang dekad 2000an ini sudah mula timbul banyak keretakan di sana-sini. Macam nak menunjukkan je bahawa negara ini bakal hancur punah rantah. Bumbung Parlimen retak, misalnya. Atau keretakan tiang MRR2 di sebelah Kepong pada zaman Abdullah Badawi mula diserang.
Keruntuhan stadium baru Terengganu, yang dibina untuk SUKMA 2008, adalah satu perkara yang pelik memandangkan stadium ini baru je berusia setahun. Baru setahun dah runtuh, ini betul-betul teknik pakai buang, aku ingat lampin je ada pakai buang.
Dan keempat, the empire strikes back. Rampasan kuasa di Perak yang mencetuskan huru-hara di negeri Yeop itu sehinggakan mencetuskan krisis Perlembagaan di negeri tersebut. Asalnya, dua orang ahli DUN Perak BN mahu melompat ke Pakatan, tetapi lepas tu benda jadi terbalik, dua orang ahli PKR serta seorang ahli DAP menjadi ahli Bebas yang pro Barisan Nasional (lancau apa ni?) lalu membentuk sebuah kerajaan baru.
Sekali lagi, macam wrestling. Orang bertukar watak tiba-tiba saja lalu menukar jalan cerita.
Pada akhirnya, BN berjaya menjadi kerajaan di negeri Perak dan bekas Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin terus meroyan di media sosial dengan berkata dia adalah Menteri Besar yang sah.
Tahun 2009 jika ingin diingati, banyak peristiwa politik sampah yang menyemakkan kepala, yang efeknya sampai ke sekarang.
Nasib baik dekad ni Ahmad Maslan belum muncul lagi.
YOU ARE READING
2000s
Historical FictionMenceritakan tentang dekad yang baru lepas tidaklah secool cerita dekad yang 2-3 dekad lepas. Tapi oleh sebab belum ada orang buat, aku buat. Buku ini untuk mereka yang ingin sandarkan pada kenangan mereka ketika berhubung dengan makwe dengan handph...