Selsema Babi

1.5K 44 2
                                    

Cerita wabak penyakit ni sebenarnya banyak dalam sejarah manusia. Pada awal alaf yang lepas, kira-kira tahun 1300, berlakunya wabak Black Plague yang mengakibatkan kematian sehingga 200 juta orang (penduduk dunia ketika itu berjumlah 450 juta orang), dan lebih separuh penduduk Eropah yang ketika itu di Zaman Kegelapan, mati.

Pada awal abad yang lepas, kira-kira selepas Perang Dunia Pertama, wabak Spanish flu melanda dan 100 juta orang mati.

Kerana itu, saintis berusaha siang dan malam untuk memastikan wabak ini tidak mengancam eksistensial manusia. Saintis mencari penawar dan paling penting, mencari vaksin bagi penyakit itu tidak berjangkit pada awal usia lagi.

Pada awal alaf pertama, setiap kali wabak, manusia cuma tuduh ini agenda Yahudi (kau ingat sekarang je ke Yahudi kena tuduh ada agenda) dan mereka ditangkap dan dibakar hidup-hidup.

Ya, jika kita berfikir tentang soal penindasan orang Arab di Palestin sejak perjanjian Sykes-Picot pada 100 tahun lepas (1916), Yahudi telah ditindas selama dua ribu tahun. Ya, dari kejayaan mereka 100 tahun (itu pun tahun 1930an kena tindas dengan Nazi), kejayaan mereka setakat ini cuma satu perduapuluh dari jumlah tahun seksaan mereka.

Ok, ini bukan nak cerita Yahudi, ini nak cerita penyakit selsema babi.

Di Malaysia, seingat aku wabak yang dihebahkan oleh warta berita ialah sekitar tahun 1999 apabila penyakit virus Nipah melanda negara di kandang babi di Port Dickson. Pada mulanya dituduh penyakit JE tetapi merupakan spesis baru dijumpai kerana tahi kelawar yang merata di kawasan kandang babi kawasan tersebut.

Kemudian pada awal 2000an virus selsema burung pula melanda dunia. Sudahlah September 11 menyekat pergerakan orang menaiki kapal terbang, wabak ini pulak datang. Industri penerbangan sangat teruk pada awal dekad ini.

Dan pada tahun 2009, satu lagi wabak yang muncul, selsema babi. Selsema babi atau nama lebih glamornya H1N1, mula melanda di kandang-kandang babi di Veracruz, Mexico dan kemudian merebak di serata dunia.

Dianggarkan 250,000 orang telah mati kerana terkena penyakit H1N1 ini. Pada ketika itu manusia berjumlah 6.8 billion orang. Tapi, walaupun peratusan orang yang mati berbanding jumlah penduduk dunia sangat sikit, tapi kita punya panik lebih panik dari manusia zaman Black Plague.

Tetapi ada satu teori konspirasi di sini. Ada orang kata, yang wabak ini sengaja dicipta untuk mengawal pergerakan manusia serta mengawal jumlah manusia.

Teori ini sebenarnya sukar untuk disangkal, kerana semasa tahun 1970an, Setiausaha Negara AS Henry Kissinger pernah mengeluarkan satu kertas kerja tentang kawalan populasi manusia.

Jika saintis pada lewat abad ke-19 dan awal abad ke-20 mencipta vaksin dan ubat untuk menyembuh dan menghalang manusia dari terkena penyakit, ada yang berkata saintis zaman sekarang ini mencipta penyakit untuk mengawal populasi manusia.

Dan juga untuk menjual ubat untuk keuntungan syarikat farmaseutikal.

Senang cerita, virus dicipta untuk menjual antivirus, jika pembaca ini pernah memiliki komputer pada dekad ini, kita tahulah komputer kita ada banyak virus (sekarang kita jarang bercerita tentang virus komputer).

Dan ada satu blog menulis tentang hal ini, tapi yang tak bestnya dia mengaitkan selsema H1N1 ini dengan agenda Yahudi untuk membalas dendam atas kejadian yang berlaku pada bangsa mereka pada zaman Black Plague.

Fikir balik, Henry Kissinger memang seorang Yahudi, tapi bukan motif dendam dia buat begitu. Motifnya cuma keuntungan.

Jadi, wabak ini telah berjaya membuat manusia takut untuk bergerak kerana takut terkena jangkitan, dan kesan dari itu, kita pun sekarang ini semakin ketat undang-undang di lapangan terbang.

Tapi, orang tetap naik kapal terbang, tapi sekarang diancam kapal terbang terhempas pula tapi itu kita cerita dekad 2010an nanti.

2000sWhere stories live. Discover now