Smallville

1.8K 51 11
                                    

Selepas perang dunia kedua tamat, Amerika mengambil alih tempat British sebagai kuasa dunia utama. Jadi, satu propaganda perlu dihasilkan bagi memberitahu dunia bahawa Amerika, ialah sebuah negara yang sangat kuat dan berkuasa.

Jadi, sebuah konsep cerita diadakan. Berdasarkan tulisan Friedrich Nietzsche Thus Spoke Zarathustra menceritakan tentang Ubermensch, orang yang mempunyai kekuatan luar biasa, dan apabila bercampur dengan konsep American exceptionalism, iaitu konsep bahawa Amerika tidak seperti negara yang lain, maka wujud satu konsep yang diberi nama superhero.

Antara komik atau filem pertama tentang superhero ialah Superman, mengisahkan tentang seorang alien yang bernama Clark Kent yang semasa bayinya planetnya diserang, lalu diletakkan ke bumi. Di mana? Mestilah Amerika. Kalau jatuh ke Kokdiang maka dia sudah jadi Kuat Bak Hang.

Propaganda melalui komik, filem, atau muzik ini mengukuhkan lagi penguasaan Amerika terhadap dunia, yang menguasai ketenteraan dan ekonomi.

Jadi, sejak cerita Superman ni wujud (setahu saya tahun 1938), ada banyak cerita tentang Superman yang menunjukkan dia kuat, power gila, dan suka tolong orang, macam Amerika.

Superman pada edisi 1942 melawan tentera Nazi, dan sekitar 1950an, lawan tentera Soviet.

Tetapi, sekarang sudah abad ke-21. Memanglah sekarang ini Amerika sedang bertarung dengan Al Qaeda, tapi tak best la buat cerita macam zaman 50an dulu.

Maka Smallville pun wujud, tentang Superman, sebelum dia tahu dia adalah seorang Superman.

Konsep drama bersiri sejak Dawson's Creek pada penghujung dekad lepas mula menjadi kegemaran ramai orang termasuk saya, terutamanya cerita seperti Gilmore Girls, drama bersiri Smallville ini wujud ketika tahun 2001, tetapi popular di kalangan orang ramai di sini sekitar 2004 (biasalah Malaysia mesti lambat sikit).

Dengan wujudnya torrent seperti Limewire, ramai kawan-kawan sanggup duduk di depan PC menunggu sambungan cerita Smallville.

Dalam satu hal, ada kawan yang sebenarnya bukannya minat pun Superman tapi hanya sebab nak tengok muka Lana Lane lakonan Kristin Kreuk.

Jadi dalam cerita Smallville ini Clark Kent tidak memakai baju ketat biru sepender merah, tetapi macam kita juga pakai baju kemeja petak-petak dan seluar jeans. Proses memanusiakan Superman pun berlaku dalam drama ini. Bercinta, crush dengan makwe, makan, minum, macam manusia.

Ini kerana pada masa itu, Amerika sedang bergelut mencari erti kewujudan mereka. Sebagai sebuah negara new world yang bermula dari imigran dan selepas September 11, Amerika baru menyedari, yang kerana dasar exceptionalism itu menyebabkan mereka terasa diri mereka terasing.

Jadi keterasingan bukanlah suatu benda yang best, sebenarnya. Walaupun kau kuat dan orang takut, tapi tak semestinya orang respek kau.

Inilah yang cuba disampaikan oleh Smallville, bahawa Amerika, seperti negara lain, juga punya hati dan perasaan.

Macam aku pernah cakap dalam tulisan sebelum ini, George W Bush mungkin seorang yang nampak macam bodoh, tapi propaganda pada zamannya adalah yang terbaik sejak Perang Dunia kedua.

Dan, err, Malaysia, kau nampak filem-filem seperti Razak Mohaideen tu nampak je bodoh, tapi berapa ramai Melayu pergi tengok?

Kerana propaganda bukan untuk orang yang pandai. Tetapi jika rakyat sudah pandai sikit, propaganda pun kenalah jadi pandai lagi.

Macam serangga dan racun perosak, from time to time kena update sebab serangga berevolusi menjadi lebih kuat daya tahannya. Manusia pula makin kuat daya tahan pemikirannya, jadi propaganda perlu lebih bijaksana.

Dan hanya Ubermensch yang mampu menahan diri dari propaganda, dan berdiri dengan sendirinya, percaya dengan diri sendiri tanpa diberitahu oleh dahlah dan penguasa.

2000sWhere stories live. Discover now