Semasa usia saya berusia kira-kira 8 tahun, saya telah berjaya membuat satu mixtape pertama saya sendiri. Dengan bermodalkan kaset kosong yang ibu beli sebab dia nak belajar Bahasa Perancis, saya telah berjaya merekodkan lagu kumpulan Exist serta kumpulan Nirvana dan Red Hot Chili Peppers.
Dan semenjak itu habit untuk membuat mixtape sudah melekat dalam jiwa. Pada sekitar pertengahan 90an saya selalu membeli kaset dakwah dan ceramah PAS yang harganya RM2 itu kemudiannya tampal sellotape pada bucu lubang kaset, dan setiap kali lagu best keluar radio, tekan record. Dan apabila penuh, kita mainkan semula lagu itu, dan benda yang paling kita nak elak ialah suara DJ yang terselit sebaik saja lepas lagu tamat.
Tapi selepas kewujudan Napster pada penghujung dekad 90an, dan kemudiannya mati pada 2001, millennials seperti saya perlukan channel radio sendiri.
Ada P2P seperti Limewire, atau di website-website mp3, tetapi Launchcast ialah channel radio sendiri. Ya, ada masanya kita nak upload saja lagu di MP3 player kita, tapi Launchcast adalah channel radio, dan ketika kita sedang sibuk bermain YM atau sedang mengedit Myspace, Launchcast la peneman utama.
Launchcast dibeli oleh Yahoo dan ia ada free, ada yang premium. Yang premium kena bayar, tak ada iklan, bunyi lebih best.Saya sebenarnya sudah mempunyai Launchcast pada tahun 2002 dengan lagu pertama yang saya masukkan dalam channel radio saya ialah lagu Radiohead, No Surprises, lagu yang saya mula minat dari zaman Reformasi.
Tapi sehinggalah saya mengenali girlfriend saya, barulah saya tahu yang saya ini cuma tahap newbie je dalam Launchcast ini.
Dalam Launchcast ini, ada beberapa level. Dah macam game pulak.
Level newbie ialah 100 ratings ke bawah, bermakna dalam radio kau cuma ada 100 lagu. Listener untuk 100-250 lagu, enthusiast untuk 250-500 lagu, trendsetter untuk 500-1,000 lagu, fanatic untuk 1,000-5,000 lagu, addict untuk 5,000-10,000 lagu dan Rating Master iaitu melebihi 10,000 lagu.
Semasa saya sudah masuk ke tahap trendsetter, girlfriend saya tegur saya dan berkata, "wow, dah trendsetter," dan kemudiannya saya sedar bahawa dia semakin menghampiri addict. Saya begitu kagum dengan semangat dia mengenali seberapa banyak muzik.
Saya adalah manusia yang sangat ortodoks. Apabila saya mendengar lagu, saya akan mendengar satu pesen lagu sahaja. Hal ini kerana bukan kerana saya enggan mencuba, tetapi untuk mencuba kita perlu sedikit adjustability demi keselesaan.
Dan girlfriend saya memang pakar dalam hal itu. Sejak saya kenal dia, saya mula membuka minda saya untuk mendengar seberapa banyak yang boleh, dan dia juga punca saya boleh selesa dengan muzik 2000an. Kerana sebelum ini list lagu saya penuh dengan lagu 90an.
Tetapi apabila dekad 2010an menjengah, adalah mencabar, dimana muzik semakin kompleks, dengan penggunaan elektro yang banyak, dan tanpa haluan dan tujuan saya merasakan ia amatlah sukar.
Dan sejak Launchcast tiada lagi, saya juga ada channel list Youtube dan Spotify Premium saya, tetapi dalam dekad 2010an ini, terlalu banyak lagu baru dan bunyi baru, tetapi saya masih rindukan yang lama.
Kerana lagu adalah nostalgia. Setiap lagu ada ceritanya sendiri. Kita suka lagu ini, atau lagu itu, kerana sesuatu. Pengalaman kita berbeza dari orang lain. Orang lain suka lagu ini kita mungkin tak suka. Kita suka lagu ini orang lain mungkin tak.
Kerana setiap lagu, adalah penceritaan tentang kehidupan. Dan mixtape adalah manifestasi dari kehidupan. Dan benda seperti Launchcast ini, adalah cerita yang kita cipta dalam ruang maya, dengan menggunakan muzik sebagai mediumnya.
Sekarang, kita pakai Youtube atau Spotify, dan satu hari nanti, bila semua hari-hari kita dah berlalu, kita akan merindui lagu lama, kerana lagu baru tidak lagi bermain kisah cerita kita.
YOU ARE READING
2000s
Historical FictionMenceritakan tentang dekad yang baru lepas tidaklah secool cerita dekad yang 2-3 dekad lepas. Tapi oleh sebab belum ada orang buat, aku buat. Buku ini untuk mereka yang ingin sandarkan pada kenangan mereka ketika berhubung dengan makwe dengan handph...