Tahun 2002 bukanlah tahun kegemaran saya pada dekad ini. Bagi saya, tahun ini penuh dengan kekecewaan, kesepian dan menghampiri kematian, tetapi ada beberapa perkara yang saya rindu, datang dari tahun ini.
Jika pada dekad 2010an adalah dekad buku alternatif (setakat ini), dekad 2000an, well, awal dekad, ialah kebangkitan industri komik negara.
Pada sekitar tahun 1999 apabila Dato MOY takeover majalah Ujang, ramai yang kecewa dan pada akhirnya mereka pergi ke alternatif yang baru. Ada yang minat Kreko, dan sudah pasti Gempak yang merupakan terbitan Art Square.
Pada awal 2000 pelukis komik yang merupakan idola saya, Aie - berhenti melukis Blues Untuk Aku, dan ramai dari orang ramai ini melihat kartunis ini tidak berpuas hati dengan pentadbiran baru MOY celaka ini.
Aie kemudiannya menerbitkan komik sendiri, Aku Dan Sesuatu dalam syarikat yang diberi nama Alternative Indie Entertainment atau initialnya adalah namanya sendiri.
Aie kemudiannya tidak menghabiskan komik Aku dan Sesuatu, sebelum aku buat versi aku sendiri dalam bentuk novel yang aku rasa dah lama dimakan lipas dan anai-anai.
Jika brother Aie membaca tulisan ini, minta maaf ya bro, saya sambung cerita bro tanpa kebenaran - anggaplah macam fan fiction.
Anyway, antara komik-komik yang muncul ketika ini, majalah Utopia yang juga dari Art Square, satu geng dengan majalah Gempak, untuk market golongan yang baru acah-acah nak minat komik (Gempak adalah untuk yang true minat komik), kerana Utopia, selain lukisan ala manga comel-comel hasil peningkatan minat terhadap J-Pop pada ketika itu.
Pada tahun 2000 ketika saya melukis komik untuk suka-suka disamping mencuba tulis novel (tetapi asyik direject), minat terhadap komik ini adalah eskapisme dari subjek architecture yang pada mulanya saya ingat saya boleh buat.
Jadi, setiap bulan saya menghabiskan beratus ringgit dari pelbagai jenis komik, Aku dan Sesuatu, Gempak, Utopia, Urban Comics (yang ni popular di Shah Alam), serta komik manga Jepun dan tempatan yang acah-acah manga.
Saya cuba melukis, dan hasil usaha saya, sejak 2000, mengumpul beberapa jenis berus, pen dan kertas untuk mendapatkan hasil kerja yang terbaik yang saya boleh lakukan. Saya juga rajin pergi ke pesta komik (ala macam sekarang pesta buku) dan minta autograf serta lukisan dari pelukis seperti Aie, Gayour, Zint, Ben, Adijin dari Urban Comics dan banyak lagi.
Tahun 2002, dari kekecewaan dari kisah cinta saya, dan cuba untuk move on, saya tumpukan perasaan sakit itu pada komik. Dan terutamanya dari komik Ben, Le Gardenie. Atau Zint Under 18, 2 Dudes dan Kisah Penjual Aiskrim, Adijin yang banyak menggunakan effects yang dari komputer (kerana pada masa itu teknologi editing gambar ke digital masih kuno, Adijin scan lukisannya sebelum dia touch up dengan teknologi yang rendah kalau nak dibandingkan dengan sekarang), Adijin ialah hipster kepada komik seperti Ridhwan Saidi pada novel.
Ada perasaan kagum saya terhadap orang macam Adijin atau Ridhwan Saidi kerana idea mereka super-bernas, something that I wished for.
Komik, seperti novel, mempunyai rohnya tersendiri. Dan komik adalah satu seni yang merakamkan imaginasi dengan pen dan kertas, dan seperti Adijin, Zint, Aie, Ben, Fujio F Fujiko, atau pelukis-pelukis komik Hong Kong seperti Alam Perwira atau Raja Rimba, adalah hero saya.
Saya berhenti melukis ketika saya masuk Form 6, kerana ada banyak isu saya sendiri, tapi saya tidak pernah berhenti meminati komik.
Kerana komik pernah menemani saya dikala saya berada dalam keadaan, menghampiri kematian, dan membuatkan saya terus tegak berdiri seperti hari ini.
YOU ARE READING
2000s
Ficțiune istoricăMenceritakan tentang dekad yang baru lepas tidaklah secool cerita dekad yang 2-3 dekad lepas. Tapi oleh sebab belum ada orang buat, aku buat. Buku ini untuk mereka yang ingin sandarkan pada kenangan mereka ketika berhubung dengan makwe dengan handph...