Snippet: 2008

1.3K 35 1
                                    

Segmen Snippet - dimana setiap tahun ada berlaku suatu kejadian yang kecil, tapi sangat signifikan terhadap tahun tersebut, akan ditulis sebagai mengingati suatu kejadian yang pernah berlaku, atau satu perkara yang dikongsi oleh semua orang yang kini sudah dilupakan.

Berikut adalah snippet yang berlaku pada tahun 2008.

1. Presiden Cuba, Fidel Castro yang memerintah negara pulau Carribean itu sejak 1950an, mengumumkan persaraan dan digantikan oleh adiknya, Raul.

2. Manchester United muncul juara Eropah kali ketiga di Moscow selepas menewaskan Chelsea pada perlawanan akhir yang menyaksikan John Terry tergelincir lalu menangis.

3. Taufan Nargis melanda Myanmar, 133,000 orang terkorban.

4. Gempa bumi berukuran 7.9 skala Richter melanda Sichuan, China. 80,000 orang terbunuh.

5. Sukan Olimpik Beijing berlangsung dengan China muncul juara keseluruhan menewaskan Amerika Syarikat dengan penganjuran yang cukup kontroversi. Bagaimanapun, perenang Amerika Syarikat, Michael Phelps menjadi wira Amerika di kolam renang dengan memenangi lapan pingat emas.

6. Singapura menang kes dalam perebutan Pulau Pedra Branca (Pulau Batu Putih) dengan Malaysia di Mahkamah Antarabangsa di The Hague, Belanda.

7. Presiden Rusia, Dmitry Medvedev mengarahkan tenteranya menyerang Georgia.

8. Barack Obama menang pilihanraya Presiden Amerika Syarikat menewaskan John McCain.

9. Puak berbaju kuning memprotes di kota Bangkok dan lapangan terbang antarabangsanya ditutup.

10. Harga minyak di Malaysia melambung dari RM1.92 kepada RM2.70.

11. Laguku Untukmu dari kumpulan Meet Uncle Hussain memenangi Anugerah Juara Lagu pada tahun ini.

2000sWhere stories live. Discover now