Snippet: 2003

1.6K 52 3
                                    

Segmen Snippet - dimana setiap tahun ada berlaku suatu kejadian yang kecil, tapi sangat signifikan terhadap tahun tersebut, akan ditulis sebagai mengingati suatu kejadian yang pernah berlaku, atau satu perkara yang dikongsi oleh semua orang yang kini sudah dilupakan.

Berikut adalah snippet yang berlaku pada tahun 2003.

1. Times Square dan monorel telah dibuka kepada orang ramai pada tahun ini, seterusnya menjadi port kepada mat gothic bawak payung hitam.

2. Kumpulan Rage Against The Machine yang berpecah dengan Zach de la Rocha meninggalkan kumpulan itu, kemudiannya diganti oleh Chris Cornell yang dahulunya penyanyi kumpulan Soundgarden, menyertai mereka dan menubuhkan kumpulan Audioslave, yang terkenal dengan lagu Like A Stone.

3. 50 Cent, artis hiphop mula top dengan lagu In Da Club, P.I.M.P dan menguasai Top 100 Billboard tahun ini.

4. White Stripes popular dengan lagu Seven Nation Army juga popular ketika ini.

5. Hitz.tv mula bersiaran pada tahun ini, selain memberi alternatif kepada orang ramai yang mahu main chatSMS, selain di channel Akademi Fantasia.

6. Janet Jackson mencipta kontroversi dengan secara tidak sengaja menunjukkan puting teteknya pada persembahan Superbowl.

7. Terowong SMART dirasmikan oleh Perdana Menteri baru, Abdullah Ahmad Badawi.

8. Filem Laila Isabella lakonan Nasha Aziz dan Rosyam Nor adalah satu-satunya filem Melayu yang aku boleh tengok habis dalam filem-filem Melayu yang dihasilkan tahun ini. Yang lain, Jutawan Fakir, Anak Mami Junior, Mr Cinderella 2, semua aku tak mampu habis tengok. Kenot bren.

9. Album Radiohead, kumpulan kegemaran Nurul Izzah dan Khairy Jamaluddin yang namanya akan meningkat naik dekad ini, melancarkan album terbarunya, Hail to the Thief.

10. Program Angkasawan mula dibuka kepada orang ramai pada tahun ini. Ramai di kalangan kawan penulis juga mencuba nasib untuk menjadi angkasawan pertama negara, tetapi ramai yang sangkut di saringan pertama.

11. David Beckham yang menjadi mangsa amukan Alex Ferguson membaling kasut selepas Manchester United tewas dengan Arsenal di Old Trafford, berpindah ke Real Madrid, seorang lagi ahli Galacticos di dalam pasukan itu ditambah selain Zidane, Ronaldo Brazil, Raul, dan Roberto Carlos. Pemegang jersi nombor 7 Manchester United selepas ini adalah pemain muda Portugal yang tidak dikenali ramai, Cristiano Ronaldo.

2000sWhere stories live. Discover now