Cicak Man

1.9K 51 9
                                    

Di masa zaman muzik dan filem indie baru nak naik, kebodohan masih belum berakhir lagi. Antara kebodohan yang wujud pada tahun 2006 ialah filem superhero Melayu bertajuk Cicak Man.

Filem ini dilakonkan oleh Saiful Apek yang ketika zaman ini mula nak suram selepas berkali-kali berlakon cerita Senario dan anak mami yang berjarum-jarum, dan Fasha Sandha yang berlakon siri drama TV Natasha. Filem ini diarahkan oleh Yusri Abdul Halim, iaitu brader paling jambu dalam KRU.

Entah gaduh dengan Erra ke apa sampai jadi begini hasil arahannya.

Sekali tengok cerita, seorang loser yang bekerja sebagai pembantu makmal di kota Metrofulus, terminum kopi yang ada cicak yang mempunyai virus apa lancau, kemudian dia mempunyai kuasa luar biasa dari cicak itu.

Hmm, macam pernah dengar cerita macam ni lebih kurang, cerita macam cerita Peter Parker digigit labah-labah yang terkena dengan "chemical X".

Pale buto dia kreatif!

Anyway, kebodohan ini telah menjana ekonomi sebanyak RM7 juta, hasil dari sokongan #TeamYusry yang semasa itu sedang bercerai dengan #TeamErra. Dan bagi orang macam aku, filem ini adalah filem yang gagal untuk meniru dengan baik.

Sebab filem yang baik meniru dapat meninggalkan kesan yang mendalam, mungkin lebih baik dari filem yang asal. Filem yang baik meniru ialah seperti filem Ocean Eleven, yang meniru filem asalnya pada 1960.

Filem yang gagal meniru hanya jadi filem sampah sarap seperti Superman Turki atau Superman Bangladesh yang bersepah di YouTube, yang baru naik di negara ini sekitar tahun 2006.

Setiap karya dan penulisan, atau drama atau filem, setiap karya seni, adalah peniruan dalam peniruan dalam peniruan dalam peniruan.

Karya yang gagal melindungi proses peniruan ini akan dilihat gagal, dan tidak akan disebut selamanya dalam sejarah.

Karya yang terbaik ialah filem yang meniru, tetapi dilihat sebagai karya asli hasil campuran demi campuran semua yang ditiru, menghasilkan sesuatu yang lain dari apa yang asalnya ditiru.

Dan itu yang tidak ada atau somewhat tidak diambil faktor apabila kebanyakan orang Melayu menonton filem, atau membeli novel, atau mendengar muzik. Yang mereka ingin tahu ialah apakah penyanyi, pelakon atau penulis itu popular atau tak. Argumentum ad populum.

2000sWhere stories live. Discover now