Johnny Depp

1.9K 66 9
                                    

Filem blockbuster paling hebat tahun 2003, Pirates of the Caribbean, merupakan filem kemuncak kepada karier pelakon paling versatil dan kreatif, Johnny Depp.

Dan disebabkan watak Jack Sparrow dalam filem ini, menyebabkan satu fenomena orang mula meminati filem lanun dan segalanya tentang lanun.

Filem ini meromantisasikan lanun dengan watak Jack Sparrow, seorang lanun yang lincah dan bijak melepaskan diri dari tentera laut British, yang mahu mendapatkan semula kapal The Pearl yang dirampas pembantunya dalam satu mutini.

Dalam pengembaraan Jack Sparrow untuk mendapatkan kembali kapalnya, pelbagai lagi perkara yang berlaku tapi aku malas nak cerita panjang cerita ini, sebab aku sendiri asyik fokus pada tetek Keira Knightley yang dibesarkan pakai CGI.

Tetapi ramai orang mula mengenali Johnny Depp ketika dia berlakon filem ini, perlu melihat kariernya dari awal. Saya mengenali Johnny Depp dari filem Edward Scissorhand, arahan Tim Burton yang merupakan antara pengarah filem yang saya minat.

Tim Burton juga pada tahun ini menghasilkan filem The Big Fish, filem yang merupakan filem kegemaran saya pada ketika itu.

Teori saya bahawa kebangkitan scene emo dan trend baju gothic ini datang dari Johnny Depp, selepas beliau naik dengan nama Jack Sparrow, golongan trendsetters (macam hipster sekarang) zaman ini mula menonton filem Edward Scissorhands yang kemudiannya menaikkan dressing gothic, seterusnya faktor kartun Emily The Strange, watak kartun Emily dan kucingnya menyebabkan pakaian hitam, pakai celak di mata terus meningkat naik.

Times Square yang baru dibuka pada tahun 2003 ini, mula dipenuhi dengan mamat-mamat dressing gothic dan emo, yang melepak tepi tangga shopping mall ini dan menjadikan ini sebagai fesyen baru masa kini.

My Chemical Romance juga mula meningkat naik pada penghujung tahun ini, dan dengan berpecahnya Limp Bizkit pada tahun ini, kumpulan MCR bakal memimpin satu kuasa baru dalam dekad ini, golongan rapcore sudah mulai lupus dan golongan baru muncul. Emo dan gothic, menjadi kuasa baru yang mempengaruhi anak muda.

2003 adalah penutup dalam segala hal, dan pemula dalam segala hal. Dekad ini akan berubah ke satu lagi era, dan lima tahun yang lepas, era itu sudah tamat.

Johnny Depp yang menjadikan semua ini berubah. Bukan sebab Jack Sparrow, tapi Edward Scissorhands yang telah dia lakonkan pada tahun 1990, mengubah fesyen pada pertengahan dekad ini.

Tapi tanpa Jack Sparrow, dan tanpa trendsetters, filem Edward Scissorhands mungkin hanya jadi tinggalan sejarah dan hanya sekelompok peminat Tim Burton sahaja yang akan ulang tonton.

Selamat tinggal Limp Bizkit, selamat tinggal seluar baggy, selamat tinggal Fred Durst. Album kumpulan ini pada tahun ini - Results May Vary - memang kena dengan tajuknya, percubaan kali ini untuk popular sudah berlalu.

Seperti trend-trend yang datang dan pergi, sesetengah akan datang kembali, dibawa oleh para trendsetters atau hipsters, sesetengah tidak akan datang kembali lagi seperti seluar bell bottom 70an, trend buku alternatif yang meningkat sejak awal dekad ini, pada fikiran saya, pasti akan berakhir.

Mungkin buku-buku seperti yang saya tulis dari awal dekad ini hingga tengah dekad ini, mungkin akan ditinggalkan pada dekad ini. Ia tidak akan mampu bertahan.

Bagaimana Johnny Depp boleh terus bertahan, bagaimana Foo Fighters masih bertahan, dan bagaimana Eminem masih bertahan hingga hari ini, ia memerlukan dedikasi untuk terus update dari semasa ke semasa.

Semua benda perlu update. Eminem, dia update. Johnny Depp, apabila dia mula-mula naik dia terus berubah mengikut relevan zaman.

Saya juga perlu berubah gaya tulisan saya, jika tidak, saya akan jadi macam Limp Bizkit, hanya pada awal dekad dan kemudian luput ditelan zaman.

Untuk saya terus bertahan dalam bidang penulisan ini, saya perlu update tulisan saya.

Trendsetters adalah golongan yang tidak suka kepada trend semasa lalu membuat satu revolusi (atau reformasi) terhadap budaya, muzik, fesyen, filem, komik, novel, dan sebagainya. Saya mula menulis novel kerana saya tidak suka dengan tulisan gaya lewat 90an dan awal 2000an.

Adakah saya seorang trendsetter? Mungkin. Tapi adakah satu hari nanti trend Melayu membaca buku indie juga akan mati?

Soalan itu saya letakkan pada pembaca sendiri. Seorang trendsetter tidak mungkin akan menjadi seorang trendsetter tanpa orang yang mengikut dan menjadikan itu sebagai trend.

Akan ada sentiasa ada tiga jenis trend: pop, alternative, underground. Dan apabila alternatif menjadi pop, mula keluar tv, radio, sampai orang kampung pun ikut, ramai akan lupa diri. Sedikit sahaja orang yang terus berjalan.

Dengan terus memerhatikan dua scene di sebalik pop itu, orang yang mahu terus bertahan akan terus memerhati what is the next big thing - barulah boleh terus bertahan.

Dan apa yang membezakan orang-orang macam Johnny Depp dan Eminem, dengan orang macam Limp Bizkit, ialah ada yang rajin mengupdatekan diri, ada yang lupa diri.

Populariti, adalah seperti lautan. Kau nak survive, kau renangi populariti itu. Kalau kau mula lupa diri, kau akan lemas dan kau akan jatuh ke dalam, tiada siapa ingat kau lagi.

2000sWhere stories live. Discover now