Semasa kali pertama filem ini keluar, terdapat satu excitement dalam diri aku kerana aku memang peminat kartun Transformers, yang popular sekitar 80an semasa aku masih kanak-kanak. Keterujaan ini timbul kerana Transformers, yang sememangnya popular di kalangan kanak-kanak millennials, muncul dalam bentuk filem.
Jadi, pada suatu petang Jun 2007, aku pergi ke shopping mall dan berjaga malam untuk menjadi "antara yang pertama" menonton filem Transformers.
Dalam hidup aku, ada empat kategori filem. Kategori pertama ialah kategori yang aku rasa wajib untuk tonton filem itu pada malam premier. Antara filem-filem sebegini bagi quasi-geek macam aku ni ialah Star Wars. Selalunya Star Wars aku akan tonton di wayang tiga kali sebelum aku beli DVD atau aku torrent. Kategori kedua ialah tengok di pawagam juga - tapi tak perlulah malam premier. Filem-filem begini biasanya filem yang agak best dan kau kena tengok wayang sebab kau nak nikmati surround system audio melebihi jalan cerita itu sendiri. Contoh macam cerita Hellboy. Ketiga, filem yang kau tak perlu tengok wayang pun, cukuplah sekadar kau download torrent atau beli DVD. Filem ini biasanya cerita yang agak bagus tetapi tidak menggunakan efek bunyi yang canggih-canggih untuk kau enjoy filem ini. Tak semestinya aku tak tengok di wayang, filem itu tak bagus bagi aku, anyway.
Dan filem yang keempat adalah filem yang aku takkan bother langsung untuk tonton di wayang atau nak download torrent sebab aku tak berminat langsung cerita ini. Contoh macam Fantastic Four yang dah berapa kali disiarkan dalam dekad 2010an ni, naik menyampah aku.
Anyway, apabila aku menonton filem Transformers premiere ini, keterujaan kanak-kanak aku menjunam 200 peratus. Aku kecewa kerana selain hanya mengharapkan kehotan Megan Fox, aku tak rasa apa-apa manfaat pun dari cerita ini. Watak kegemaran aku, Starscream pun begitu lembik berbanding watak asal, watak ketua Decepticon - Megatron pun entah apa-apa rupanya. Hanya nak emphasisekan kepoweran Optimus Prime.
Sejak itu filem Transformers - siri yang berikutnya terus jatuh ke kategori empat. Dan apabila aku dengar pada dekad ni ada lagi siri Transformers yang nak dibuat Michael Bay, aku terus menggeleng kepala dan berkata, "sudah-sudahlah!"
Filem Transformers adalah salah satu sampah besar yang wujud pada dekad 2000an yang aku rasa malu nak cerita aku kejar tiket filem premiere untuk ini. Apa yang aku cintakan cuma Transformers versi kartun yang original dan tanpa sentuhan mengarut Michael Bay, dan liuk lentuk badan Megan Fox.
YOU ARE READING
2000s
Historical FictionMenceritakan tentang dekad yang baru lepas tidaklah secool cerita dekad yang 2-3 dekad lepas. Tapi oleh sebab belum ada orang buat, aku buat. Buku ini untuk mereka yang ingin sandarkan pada kenangan mereka ketika berhubung dengan makwe dengan handph...