Satu sosok yang bangkit dari realiti tv yang menjadi sebahagian dari lipatan sejarah negara, Asmawi Ani, seorang mamat dari Felda Taib Andak, Kulai, Johor - mencipta sejarah dengan menjadi artis paling popular yang datang dari rancangan Akademi Fantasia.
Dia dengan menyanyi lagu nasyid Intifada - pada mulanya tersangkut di peringkat saringan pada mulanya. Tetapi disebabkan bantahan besar pengundi yang majoriti datang dari Felda, satu peraturan diubah, demi pulus yang banyak melimpah ruah ke ASTRO.
Dengan membuat kelayakan untuk dua orang lagi, AFMASUK - Mawi dan seorang lagi peserta dari Sabah, yang berpewatakan manja, Marsha, Akademi Fantasia kini berubah demografinya, dari menumpukan kepada pasaran urban Melayu, kepada pasaran luar bandar.
Jika Vince dengan karektor Cina bandar dan Zahid yang belanja semua orang dengan roti canai selepas menang mewakili undi Melayu urban, kehadiran Mawi memberikan satu undi yang cukup solid dari penduduk luar bandar.
Imej warak serta sifat orang kampung menarik sokongan dari penduduk kampung terutamanya Felda. Mawi membuktikan kau tak perlu berbakat pun dalam nyanyian untuk menjadi juara nyanyian seperti Akademi Fantasia.
Dari awal dia masuk sampai akhir, dia mendapat undian 60% secara konsisten tanpa sebarang masalah walaupun dia lupa lirik, nyanyi sengau atau apa jua benda dia buat, dia tetap dapat undian tinggi.
Orang bandar rasa marah, bengang dan terasa undi mereka tidak membawa sebarang kesan lalu fed up dan pergi ke Malaysian Idol atau Mentor, tetapi inilah yang berlaku dalam politik sekarang.
Saya melihat Ahmad Maslan sama seperti saya melihat Asmawi Ani ini. Walau macam mana pun kebodohan yang kita dengar, dia akan tetap menang juga.
Kerana yang paling penting bukan bakat, akal atau skil, tetapi penampilan yang menarik hati orang kampung.
Di dalam politik negara ini, yang paling penting ialah luar bandar. Sebab itu kerajaan lebih berminat dengan undi luar bandar, terutamanya Melayu, kerana inilah core politik negara.
Dan Akademi Fantasia adalah politik - kerana politik itu tak semestinya kena ada parti politik. Perbuatan sampai menjual tanah dan lembu demi memenangkan Mawi itu kerja politik.
Untuk membuktikan bahawa undi orang Felda dan kampung-kampung lebih penting dari kepandaian, skil atau personaliti - kalau orang kampung tak suka kau, kau pandai macam mana pun - kau akan kalah.
Jadi, apa jadi kat orang kampung yang jual tanah dan lembu macam orang kampung aku tu? Biarlah terjual tanah ke lembu ke rumah ke, asalkan orang aku menang - itu yang mereka memang inginkan.
Sebab tu GST ke, minyak naik harga ke - peduli apa, asalkan orang kampung menang.
Orang macam Ahmad Maslan, dan orang macam Asmawi Ani.
YOU ARE READING
2000s
Fiction HistoriqueMenceritakan tentang dekad yang baru lepas tidaklah secool cerita dekad yang 2-3 dekad lepas. Tapi oleh sebab belum ada orang buat, aku buat. Buku ini untuk mereka yang ingin sandarkan pada kenangan mereka ketika berhubung dengan makwe dengan handph...