Macam pernah aku katakan dalam bab Lady Gaga, untuk kau tahu trend sesuatu dalam dekad tu, kau harus tengok pada scene muzik pop - kerana ramai orang mendengar muzik pop.
Pada awal dekad 2000an ini, scene muzik pop dikuasai oleh Britney Spears, Christina Aguilera, Nsync, Backstreet Boys, masuk pertengahan ia mula masuk scene hiphop seperti Black Eyed Peas atau penyanyi R&B seperti Alicia Keys atau Usher. Pada penghujung dekad pula, apabila synthesizer kembali bangkit seperti zombie selepas mati pada penghujungan 80an, muzik yang lebih kurang macam house atau dance music yang menjadi pop.
Tapi sebenarnya aku tak pasti apa yang membuatkan Justin Bieber naik, adakah kerana faktor suara sengaunya, atau wajahnya yang jambu, aku tak pasti. Ini kerana apabila pertama kali aku dengar lagu "Baby" di radio, aku rasa macam nak tumbuk radio. Aku tak tahu muka dia macam mana pada ketika itu, ia adalah naluri biasa.
Sementara Tomok pada penghujung dekad 2000an sudah sedar suara sengau yang dilakukannya pada awal dekad 2000an ini adalah satu perkara yang buat ramai orang menyampah, dan dia improve banyak sejak masuk pertandingan One In The Million (dan dia juara OITM pada tahun 2009), Justin Bieber muncul dan melakukan perkara yang sama seperti Tomok pada awal dekad ini.
Dan kemunculan Justin Bieber pada tahun 2009 membuatkan aku rasa dekad yang akan datang sudah pasti gelap dan kehancuran akan tiba. Ini kerana semasa tahun 1999 dulu ketika Nsync, Britney Spears dan Backstreet Boys meningkat naik, aku masih lagi boleh terima.
Mungkin Nsync, Backstreet Boys atau Britney Spears lebih kurang umur aku. Justin Timberlake lahir tahun 1981. Britney Spears, 1981. Christina Aguilera, 1980.
Tetapi Justin Bieber, 1994. Masa Justin Bieber lahir aku dah darjah empat.
Mungkin agak ageist di sini tapi aku tak nampak apa benda yang generasi bawah aku nampak pada Justin Bieber. Mungkin apa yang mereka nampak adalah sama seperti generasi aku nampak pada Justin Timberlake, Britney Spears atau Christina Aguilera.
Tetapi setiap yang pop, mesti ada alternatifnya. Pada dekad 70an semasa disko menguasai dunia, ada psycedelic rock. Pada dekad 80an ketika Michael Jackson dan Madonna menguasai dunia, ada The Smiths dan Sonic Youth. Pada awal dekad 90an ketika penyanyi R&B seperti Whitney Houston dan Mariah Carey meningkat naik ada band grunge. Pada lewat 90an dan awal 2000an ketika ada boyband seperti Backstreet Boys dan Nsync, ada juga rapcore dan nu metal.
Jadi pada penghujung dekad 2000an dan terus masuk ke dekad 2010an ini, muzik EDM mula jadi pop dan alternatifnya, orang panggil, muzik hipster. Serius, aku pun tak tahu diorang ni genre apa sebenarnya. Folk, mungkin?
Apapun kebangkitan scene hipster dan kemunculan lebih ramai mat berjambang, pakai topi anyam, naik basikal fixi dan minum kopi mahal bermula dari tahun 2007 dan meningkat naik pada sekitar 2009 ini.
Malangnya, ketika tulisan ini ditulis, benda ini tidak lagi hip - tapi sesetengah Melayu baru nak ikut trend ni. Dah lambat beb, dah lambat! Hipster is so passe, so mainstream now!
YOU ARE READING
2000s
Historische RomaneMenceritakan tentang dekad yang baru lepas tidaklah secool cerita dekad yang 2-3 dekad lepas. Tapi oleh sebab belum ada orang buat, aku buat. Buku ini untuk mereka yang ingin sandarkan pada kenangan mereka ketika berhubung dengan makwe dengan handph...