Petikan berita dari Utusan Malaysia, 9 Mei, 2000.
SHAH ALAM 8 Mei - Proton Waja, dilancarkan oleh Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad malam ini adalah inspirasi kepada kecemerlangan Perusahaan Otomobil Nasional Bhd., (Proton) untuk mengeluarkan kereta pertama yang direka bentuk sepenuhnya oleh rakyat tempatan.
Pengeluaran kereta itu melibatkan pelaburan sebanyak RM1 bilion merangkumi kos intelektual (bagi reka bentuk) dan kos kejuruteraan fizikal.
''Proton Waja dilahirkan hasil kerja selama 36 bulan, 1.7 juta jam dan 300 jurutera,'' kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tengku Datuk Mahaleel Tengku Ariff.
Kereta itu dilancarkan dalam majlis gilang gemilang di Stadium Malawati di sini.
Proton Waja didatangkan dengan dua model iaitu Proton Waja GX 1.6 liter yang menggunakan enjin Mitsubishi dan GX 1.8 liter dengan enjin Renault.
Selepas kegagalan Proton dalam kereta Proton Tiara, aku mulai skeptik dengan projek kesayangan Dr. Mahathir ni. Selepas 15 tahun Proton diasaskan, barulah sebuah kereta yang agak decent telah dibuat oleh syarikat ni.
Masa tahun 2000, bila Waja baru keluar, pada mulanya aku agak skeptik memandangkan pengalaman aku menumpang kereta mak kawan aku Tiara yang aircondnya hidup macam tak nak hidup. Apabila Waja keluar, aku rasa kehilangakalan sebelum ini mungkin dah berkurangan berbanding masa diorang design Proton Tiara.
Apabila Perodua keluar Kancil sekitar tengah 90an, Proton rasa tercabar dan rasa macam nak buat kereta saiz kecik macam Perodua juga. Jadi, apabila mereka yang selama ini design kereta saiz sedan tiba-tiba hilang akal nak design kereta kecik macam Tiara, kereta itu begitu teruk sekali salesnya sampai kalau dijual balik, mampus takde sape nak beli.
Tapi Waja adalah tanda-tanda Proton sudah mahu kembali ke pangkal jalan. Mungkin para engineer sudah distalait kepalanya oleh Mahathir disebabkan betapa bangangnya design Proton Tiara, jadi Proton Waja adalah sesuatu yang agak decent. Takdelah power, tapi ok lah.
Tetapi, merenteti cerita tentang kebangangan Proton dalam cuba mencabar market Perodua ketika itu, itu adalah sifat orang Melayu. Suka nak tiru orang lepas tu nak cantas lubang rezeki orang lain.
Contohnya dulu, kat taman aku ni, ada sepasang suami isteri, menjual nasi lemak dekat warung kedai makan. Sedaplah jugak, tapi lepas tu beberapa bulan kemudian, ada lah sekumpulan budak bujang Melayu menjual nasi ayam. Baguslah, pelanggan pun ada pilihan, nak makan nasi lemak ke, nasi ayam.
Dua hari lepas tu terus makcik tu jual nasi ayam. Haih, niat di hati baru nak makan nasi lemak sebab semalam dah makan nasi ayam.
"Dik, kau kalau nak beli nasi ayam, jangan beli dengan budak bujang tu. Dorang tu ada pakai bomoh Siam," kata makcik tu.
Lepas aku makan nasi ayam yang makcik tu buat, terus aku bertaubat nasuha untuk tak makan nasi ayamnya untuk selama-lamanya.
Nasi tak masak, ayam mentah dalam, sup tak ada garam. Hampeh. Apa salahnya kau buat je nasi lemak tu, janganlah dikacau business budak-budak bujang tu. Kang kalau dorang hisap dadah ke jadi kaki ragut, kau juga salahkan diorang jadi sampah masyarakat.
Sifat dengki mendengki ni sudah macam ada dalam DNA orang Melayu kebanyakan ni dari penjual makanan kat warung sampai syarikat perusahaan otomobil nasional berhad. Gila!
Tetapi pada tahun 2000, Proton mula sedar mereka tak patut kacau business kereta kecik Perodua kerana biarlah Proton buat saja kereta jenis sedan.
Kereta Waja sampai sekarang aku masih boleh nampak di jalan raya, membuktikan bahawa design kereta itu baik di kelasnya tersendiri (kelas kereta yang dibuat Proton lah).
Sementara kereta Proton Tiara dah pupus, dan aku rasa mak kawan aku tu menyesal tak sudah bila beli kereta tu.
Tahun seterusnya, Proton sekali lagi hilang akal apabila buat Proton Juara. Kau Google la sendiri dan kau akan confused sama ada ini kereta atau ini peti ais yang boleh bergerak.
Tapi walau apa pun, aku berani cakap yang 95% kereta yang bukak pintu kereta ketika nak bayar tol adalah kereta Proton.
YOU ARE READING
2000s
Historical FictionMenceritakan tentang dekad yang baru lepas tidaklah secool cerita dekad yang 2-3 dekad lepas. Tapi oleh sebab belum ada orang buat, aku buat. Buku ini untuk mereka yang ingin sandarkan pada kenangan mereka ketika berhubung dengan makwe dengan handph...