Paramore

1.6K 51 15
                                    

Kita sebenarnya boleh agak apa yang akan berlaku pada era dekad akan datang apabila kita mula memasuki tahun ketujuh atau kelapan dekad yang kita sedang lalui.

Misalnya, dekad 90an yang naik seperti scene grunge, sebenarnya dah bermula sejak 1987 melalui band-band di Seattle. Pengaruh kuat dari Sonic Youth dan Pixies pada dekad 80an, Nirvana misalnya, sebelum band tersebut popular nama mereka mula disebut-sebut selepas mereka dapat perform opening stage Mudhoney pada ketika itu.
Dekad 2000an yang penuh emo, sebenarnya sudah bermula seawal 90an lagi, dengan kumpulan Sunny Day Real Estate, sebelum diletuskan oleh My Chemical Romance (dan of course, Emily The Strange dan Johnny Depp - ada ditulis dalam artikel sebelum ini).

Paling mudah, iPhone pertama ialah pada tahun 2007 dan sejak itu handphone touch screen sudah dilihat sebagai ciri futuristik untuk dekad 2010an nanti.

Tetapi dengan membawa roh dan semangat dari dekad yang sekarang untuk menempuh dekad akan datang merupakan benda yang aku fikir, susah tapi kalau kau berjaya buat kau memang power.

Pink Floyd, misalnya, bermula pada tengah 60an dan berjaya menghasilkan mahakaryanya, Dark Side of the Moon pada tahun 1973.

Eminem pula meletus pada tahun 2000 melalui album The Real Slim Shady EP dan sehingga sekarang masih lagi relevan dan tidak ketinggalan zaman.

Jadi Paramore ini juga, bagi aku, begitu.

Kumpulan yang berasal dari Franklin, Tennessee (sekampung dengan Miley Cyrus, yang juga meningkat naik dari sekitar tahun 2006 melalui drama Hannah Montana) ini mula saya kenal apabila kawan saya di USM mendengar lagu "That's What You Get".

Ketika Michelle Branch mula menyanyi lagu country dan era baru sedang muncul, Hayley Williams mula memikat hati.

Tetapi album pertama Paramore, gambar kerusi merah, (jap, aku Google, sebab Wattpad ni gila babi, aku save nanti semua hilang - ini kali ketiga berlaku begini), aku tak kenal sebelum ini, sehingga aku tahu Paramore melalui album Riot! yang keluar pada tahun 2007.

Crush artis aku pun mengikut dekad juga, macam 80an aku minat Sheila Majid, dan 90an aku minat pembaca berita Azizah Ariffin, manakala 2000an Michelle Branch, sebelum Hayley Williams menjadi crush artis aku pada dekad 2010an.

Tapi aku memang minat kumpulan yang vokalisnya perempuan, dari Blondie, ke The Cranberries, Sixpence None The Richer, Mazzy Star, Veruca Salt, The Breeders, sehinggalah Candy dan Cokelat. Ini juga kerana pengaruh vokalis wanita Sonic Youth, Kim Gordon dan isteri Kurt Cobain, Courtney Love juga.

Jadi, kemunculan Paramore dan terutamanya Hayley Williams menambahkan keterujaan aku.

Paramore, yang ada unsur-unsur emo dalam muziknya, sangat dipengaruhi oleh muzik emo seperti Taking Back Sunday, Funeral For A Friend, Finch, atau The Used, sangat menarik perhatian aku.

Dan sementara dekad ini sudah mula sampai ke penghujung, dan dekad baru telah bermula, telah muncul banyak scene-scene baru yang cuba bersaing sesama sendiri untuk menuju ke dekad baru.

Scene numetal, yang berjaya menjuarai scene rock dalam persaingan untuk menjadi mainstream, sementara seperti punk rock revivalist atau industrial rock menjadi alternatif pada dekad 2000an, kini apabila emo masih lagi mendahului, scene-scene seperti elektronika dilihat semakin mendekati ke dekad 2010an.

Paramore, bagaimanapun, adalah serpihan dari emo dan album gambar rama-rama, Brand New Eyes, yang bagi aku album paling terbaik mereka - adalah seperti satu penutup pada dekad 2000an ini dengan muziknya dipersembahkan sebegitu.

Dan sampai sekarang, aku masih syahdu apabila mendengar lagu The Only Exception.


2000sWhere stories live. Discover now