Pada tahun 1999, ada satu kegilaan tentang satu ketidakpastian kita terhadap teknologi. Dengar saja perkataan "millennium bug", atau nama yang lebih glamernya - Y2K, semua orang memikirkan apakah malapetaka yang akan berlaku kalau tarikh 1 Januari 2000 itu berlaku pada semua komputer pada masa itu.
Dikatakan bekalan elektrik akan terpadam, lampu isyarat tidak akan berfungsi dengan betul, empangan tidak mampu mengawal air yang diempang, peluru berpandu nuklear yang terlancar dengan sendiri, serta dikatakan akan berlaku kebangkitan Yakjuj dan Makjuj yang aku tak tahu macam mana golongan gila teori konspirasi pada masa itu boleh terfikir benda macam tu.
Jadi, kegilaan ini disebabkan ketidaktahuan masyarakat pada teknologi komputer. Selepas cerita-cerita apokalipstik macam Armaggedon atau Independence Day yang popular sekitar 90an, masyarakat pada masa itu berfikir, "mungkin begitulah agaknya kalau Y2K berlaku".
Oh, aku dah dapat balik macam mana idea Yakjuj dan Makjuj tu boleh golongan teori konspirasi pada masa tu boleh fikir. Menurut artikel yang aku ingat balik dari page Geocities, Y2K adalah agenda Dajjal kerana mereka memberi klu "Y2K" - Y bermaksud "Yakjuj" dan 2 bermaksud dua kaum (Yakjuj dan Makjuj) dan K adalah Kabballah - sejenis agama new wave yang dikatakan dicipta oleh orang Yahudi dan menggunakan ikon-ikon popular seperti Madonna untuk menyesatkan umat Islam.
Korang jangan ingat umat Islam zaman Facebook ni start dengan teori-teori ni semua. Dari zaman surat layang dulu pun dah macam ni.
Ketidaktahuan, atau mungkin sekadar ketidakfahaman terhadap Y2K ini disebabkan kita semua melihat komputer ini sebagai benda yang baru. Sebenarnya komputer ini bukan benda baru. Komputer ini kalau dari zaman moden, ia mula digunakan dalam ketenteraan sekitar zaman Perang Dunia Kedua lagi. Kalau tak, macam mana sekumpulan saintis England menggunakan penterjemah kod Enigma untuk memburu kapal selam U-boat Jerman di Lautan Atlantik dulu? Itulah dia komputer.
Sebenarnya ada penemuan teknologi komputer pada zaman Tamadun Greek (atau Mesir, siapa tahu) di dasar laut Mediterranean - cuma ia tidak berbentuk komputer seperti kita nampak, "komputer" itu berbentuk batu dan ia digunakan sebagai kalkulator untuk mengukur jarak bintang. Namun ia sudah tenggelam dalam Laut Mediterranean dan hanya orang yang hidup pada masa itu sahaja yang tahu apa menatang benda tu.
Cuma selepas Presiden Amerika Ronald bin Reagan membebaskan Internet pada dunia pada lewat 80an menyebabkan ia terus berpengaruh sehingga hari ini.
Jadi dipotongkan cerita, selepas berkali-kali kita mendengar tentang misteri Y2K dan kehancuran yang bakal berlaku, pada malam 1 Januari, 2000 - tidak apa-apa yang berlaku. Tidak ada blackout, tidak ada gempa bumi, tidak ada tiba-tiba peluru berpandu nuklear meletup. Normal, macam tahun-tahun biasa.
Tetapi selepas wafatnya teori kehancuran Y2K dan 'millennium bug' - wujudlah satu lagi trend baru alaf baru. Perkataan 'millennium' itu menjadi trend. Macam perkataan 'ranggi' sekitar 80an atau 'canggih' pada 90an. 'Swag' pada 2010an.
Contoh ayat: "Weh, smart siot baju Cantona 7 belakang ada logo Limp Bizkit kau?" "Biasalah, ini baru millennium!"
Pada awal 2000an, apa benda yang cool semuanya kau sebut millennium. Kalau propaganda Mahathir pada zaman tu semua benda-benda yang buat dia akan tambah dua perkataan: alaf baru.
Contoh ayat: "Kerajaan membina menara berkembar Petronas, bangunan tertinggi di dunia sebagai mercu tanda negara ini menuju kemajuan pada alaf baru."
Millennium untuk cool, alaf baru untuk benda skema.
Empat belas tahun kemudian apabila aku melalui sebuah jalan di sebuah pekan tua, aku ternampak signboard kedai "Millennium Lights - Syarikat Menjual Lampu". Aku dah tak ingat kat mana sebab tahun itu aku kuat berjalan roadtrip - aku nampak kedai lampu itu dalam keadaan sayup-sayup dan tak lagi bermaya. Signboard pun dah mulai berkarat.
Mungkin itulah perasaan aku terhadap perkataan millennium. Sudah lama ditinggalkan, sudah lama diabaikan.
Tunggulah lagi, ermm...985 tahun lagi untuk perkataan itu menjadi cool semula. Mungkin masyarakat pada tahun 3000 akan berkata, "weh, smart siot spacesuit kau ada logo purba Limp Bizkit?" "Biasalah, ini baru millennium!"
YOU ARE READING
2000s
Ficción históricaMenceritakan tentang dekad yang baru lepas tidaklah secool cerita dekad yang 2-3 dekad lepas. Tapi oleh sebab belum ada orang buat, aku buat. Buku ini untuk mereka yang ingin sandarkan pada kenangan mereka ketika berhubung dengan makwe dengan handph...