Lionel Messi v Cristiano Ronaldo

1.3K 36 1
                                    

Semalam, ketika tulisan ini ditulis, Anugerah FIFA Ballon D'Or - anugerah yang mengiktiraf pemain terbaik dunia. Lalu, selepas lama saya berfikir, saya baru sedar, kali terakhir anugerah ini dimenangi oleh bukan Messi atau Cristiano Ronaldo, ialah pada tahun 2007, apabila Kaka menang Champions League bersama AC Milan pada ketika itu.

Cristiano Ronaldo, pada tahun 2008 - adalah dikemuncak dunia. Pemain Manchester United berjersi nombor 7 ini pada lima tahun sebelum itu, selain fesyen rambut bersawangnya, tiada siapa yang yakin pemain ini bakal menggantikan David Beckham sebagai pemegang jersi nombor 7 di Old Trafford.

Selepas krisis bergaduh dengan Wayne Rooney pada World Cup 2006 (World Cup paling banyak drama), berlaku satu kebimbangan di kalangan penyokong Man United, bahawa skuad akan terbahagi kepada kem Ronaldo dan kem Rooney, kerana kedua-duanya adalah pemain yang berpengaruh di Man United.

Tatkala Chelsea pimpinan Jose Mourinho sangat sukar untuk ditumpaskan, Alex Ferguson dalam satu persimpangan dilema - haruskan dia meletakkan jawatan selepas menjawat jawatan pengurus Man United selama 20 tahun sejak 1986.

Alex Ferguson pada akhirnya berjaya menyelesaikan pergelutan ini, dan Ronaldo dan Rooney menjadi gandingan mantap pada tahun 2007, dan berjaya memenangi Liga Perdana Inggeris menewaskan Chelsea. Tetapi kekalahan teruk di San Siro pada separuh akhir menghalang Alex Ferguson dari perlawanan akhir impian - menentang Liverpool yang sudah layak ke final.

Pada akhirnya di Athens, AC Milan berjaya membalas dendam atas kekalahan mereka di Istanbul dua tahun lalu. Dan itulah kali terakhir Liverpool beraksi di final Champions League.

Bermula dari 2008, Ronaldo mula meningkat naik dan dia menjadi mesin gol. Dalam masa sama, di Barcelona pula - Ronaldinho meninggalkan Barcelona dan Lionel Messi mengambil alih takhta peneraju utama Blaugrana itu.

Pada tahun 2008, Cristiano Ronaldo bagi pihak Man United, memenangi Ballon D'Or.

Itulah kali terakhir liga selain liga Sepanyol memenangi anugerah itu, kerana sejak itu, apabila Ronaldo berpindah ke Real Madrid, berlakulah persaingan antara dua kelab seteru dalam El Clasico ini.

Messi memimpin Barcelona menjuarai treble pada tahun 2009, tetapi kemudian ada berlaku sesuatu yang pelik - Messi menang lagi Ballon D'Or pada tahun 2010 walhal Messi cuma menang La Liga sahaja pada tahun itu. Kenapa Sneijder yang menjuarai Champions League pada tahun itu tidak pula menang.

Lama kelamaan, Ballon D'Or ini cuma disaingi oleh dua orang - Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.

Macam dua orang ni saja yang main bola?

Dalam acara sukan, adalah sangat ganjil kalau seseorang memenangi sesuatu dalam berkali-kali dan berturut-turut. Macam Lance Armstrong pada dekad ini misalnya, dia menang Tour de France berturut-turut, last-last kantol dadah.

Tapi ada pemain sukan yang memang hebat, macam Roger Federer misalnya, dia menggunakan teknik stroke yang menyebabkan dia terus kekal bersaing walaupun dah lebih sedekad dia berada di arena tenis.

Mungkin Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo memang hebat, tapi, takkan lah tak ada orang lain yang boleh menang anugerah ini?

Pemain lagenda Belanda, Johan Cruijff ada berkata, Ballon D'Or ini cuma anugerah yang diberikan oleh para wartawan dan kawan-kawan pemain bola.

Jadi, seperti juga kata Jean Paul Sartre yang menolak anugerah Sastera Nobel, mungkin itu yang dimaksudkan Johan Cruijff.

Mungkin Ballon D'Or ini lebih kurang saja seperti Anugerah Meletop Era dalam bidang bolasepak.

Sebelum ini, ada pelbagai pemain yang memenangi anugerah ini, tapi kini ia macam dah eksklusif untuk dua orang ini saja.

Akhirnya ini cuma topik siapa paling popular, kerana dalam bola sepak sejak 2008 hingga tengah dekad berikutnya - cuma ada Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.

Berharaplah Ballon D'Or 2016 ini adalah yang terakhir buat mereka berdua ni. Bagi lah orang lain.

2000sWhere stories live. Discover now