Semasa Sultan Johor zaman Stamford Raffles menandatangani perjanjian dengan British, dia tidak memikirkan apakah di masa akan datang ia akan menyusahkan generasi akan datang?
Itu yang sering aku fikirkan apabila isu air Malaysia-Singapura menjadi isu besar apabila Dr Mahathir mahu membina jambatan bengkok ke Singapura menggantikan tambak Johor.
Perjanjian menjual air dari Johor ke Singapura sangat tidak logik kerana harga yang sebegini.
3 sen sebanyak 1000 liter. Kau boleh buat banyak benda dengan 1000 liter air.
Air adalah keperluan asas manusia. Dan sebagai sebuah negara pulau, Singapura memerlukan sumber air. Air adalah dasar luar utama dengan Malaysia dan menjadi dasar pertahanan negara Singapura.
Kerana itu, Singapura membina, dan terus membina armada perangnya jika bekalan airnya diganggu.
Jadi apabila Dr Mahathir cuba membina jambatan bengkok, Perdana Menteri Singapura Goh Chok Tong membantah dengan alasan ia akan mengganggu bekalan air negaranya.
Sebenarnya, tujuan Dr Mahathir nak runtuhkan Tambak Johor itu supaya kapal boleh lalu lalang dan sekaligus menghancurkan hegemoni pelabuhan Keppel di Asia Tenggara.
Perang mulut dan media terhadap dua negara ini pun bermula. Malaysia mahu meruntuhkan Tambak Johor, lalu menggunakan taktik berbagai-bagai jenis dugong yang tersangkut di jaring nelayan sebagai bukti penambakan di Selat Tebrau wajib dihentikan.
Risalah propaganda tentang isu air dijual di stesen minyak dengan harga 3 sen sebagai harga simbolik terhadap protes harga air yang dijanjikan zaman Sultan dulu-dulu.
Singapura pula memainkan isu Pulau Batu Puteh (Pedra Branca) serta ruang udara untuk ketenteraannya.
Lalu tiba-tiba muncul penganalisis perang profesional Melayu dengan ramainya di kedai kopi dan kedai mamak membuat andaian simulasi perang sekiranya Malaysia berperang dengan Singapura.
Sembang punya sembang, gebang punya gebang, Tambak pun tak diruntuhkan. Perang pun tak berlaku. Air dijual ke Singapura masih 3 sen 1000 liter. Dugong pun dah tak tersangkut di jala nelayan lagi.
Tapi apa kesudahannya dari isu ini? Isu tanah KTM, isu jambatan bengkok, dan macam-macam lagi isu yang menegangkan hubungan dua negara ni, tapi hakikatnya benda tetap sama je. Business as usual.
Dendam Dr Mahathir terhadap Singapura ni aku tak tahu lah, jaki betul dia dengan Singapura ni. Sampai ke sekarang dia terus mahu jambatan bengkok itu dibina selagi dia masih hidup.
YOU ARE READING
2000s
Historical FictionMenceritakan tentang dekad yang baru lepas tidaklah secool cerita dekad yang 2-3 dekad lepas. Tapi oleh sebab belum ada orang buat, aku buat. Buku ini untuk mereka yang ingin sandarkan pada kenangan mereka ketika berhubung dengan makwe dengan handph...