Ronaldinho

1.5K 51 3
                                    

Kalau tanya sama saya, zaman bilakah bolasepak di kemuncak kegemilangannya? Bagi saya sudah pastilah dekad ini. Dekad dimana ada banyak bakat dan ada banyak pemain yang mempunyai bakat dan perlawanan cukup menarik, terutamanya melibatkan perlawanan malam Eropah atau pertandingan antarabangsa.

Dan pada dekad ini ada beberapa nama, seperti Zinedine Zidane (pemain kegemaran saya), Ronaldo, Roberto Carlos, Raul, Steven Gerrard, Frank Lampard, Kaka, tetapi yang paling istimewa, sudah pastilah Ronaldinho.

Lelaki Brazil ini menjadikan bolasepak sebagai satu pentas seni. Di dalam dekad dimana ramai betul bakat yang bagus dan kualiti bolasepak yang cukup menarik (bagi saya, peribadi), Ronaldinho berjaya menyinar dan menunjukkan keajaibannya dalam bermain bolasepak.

Saya mengenali mamat bergigi jongang ini semasa dia bermain di Paris St Germain, tetapi lebih nyata apabila dia menjaringkan gol cantik menewaskan David Seaman semasa Brazil menewaskan England 3-2 dalam perlawanan suku akhir Piala Dunia di Saitama, Jepun. Sejak itu namanya disebut-sebut sebagai bakal menjadi pemain terbaik dunia.

Bermula kariernya dari Gremio di Brazil, dia kemudiannya ke kelab Perancis itu tetapi namanya mula menyinar selepas aksi cemerlang Brazil yang muncul juara Piala Dunia pada tahun 2002.

Pada 2003, Joan Laporta dalam kempen untuk menjadi Presiden FC Barcelona mengatakan dalam manifestonya akan membawa David Beckham ke Nou Camp jika dia menang pemilihan kelab. Tetapi memandangkan David Beckham telah menuju ke Madrid, presiden kelab Catalan itu membawa Ronaldinho pula ke kelab itu.

Ini macam kena reject dengan awek, tapi tiba-tiba awek lagi hebat dari yang mereject tu pulak yang datang. Sudah pasti ini memberi kegembiraan yang tidak terhingga kepada penyokong kelab Barcelona ini.

Apapun, menonton permainan dari Ronaldinho memang sangat mempersonakan. Tatkala Galacticos di Madrid dipenuhi dengan orang-orang tua, FC Barcelona memiliki barisan muda yang cukup lincah dan pantas. Dan apabila El Clasico berlangsung pada dekad ini, sudah pastilah orang mahu melihat pertarungan antara Ronaldinho dan Zinedine Zidane, yang bagi saya kedua-dua pemain ini saya meletakkan penghormatan tertinggi dalam bolasepak atas bakat yang mereka ada.

Menjadi juara Eropah pada tahun 2006, Ronaldinho mula menjadi lebih perlahan dan tidak selincah dulu apabila dia terlibat dalam satu kecederaan. Dia kemudiannya berpindah ke AC Milan, sebelum kembali ke Brazil.

Tetapi apabila melihat dia bermain bolasepak, dia tidak pernah dilihat seperti marah, atau tertekan. Dia lelaki yang sentiasa tersenyum. Kerana itulah cintanya - bolasepak. Menang, seri atau kalah bukan ukuran. Bermain bolasepak, itulah kebahagiaan Ronaldinho.


2000sWhere stories live. Discover now