Sebelum lelaki ini menjadi idola kepada semua abang sado dan swag pada dekad 2010an ini, lelaki ini pernah menjadi sama level seperti Rosmah Mansor pada zaman ini - manusia paling banyak namanya disumpah seranah pada dekad ini. Lelaki ini menguasai tingkat empat Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya - di zaman pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi. Sebelum dia rebranding dirinya menjadi abang swag, Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau nama manjanya Kay Jay ini, dibenci orang ramai.
2006 adalah dimana segala-gala bau-bau indah 'cemerlang, gemilang, terbilang', 'kerja sama saya, bukan untuk saya' dan segala Hadhari semuanya sudah mula orang ramai memikirkan, apakah retorik ini hanya sekadar retorik atau ia benar-benar satu era baru selepas era Mahathir?
Dan pada tahun 2006 di mana Youtube mula menular di kalangan netizen, video kritikan Mahathir terhadap Abdullah Badawi, Malaysiakini mula meningkat naik walaupun diasaskan pada 1999, dan zaman blog mula naik.
Bermula dengan video Abdullah Badawi tidur di persidangan dan di mesyuarat, kemudian video Mahathir menyebut nama Khairy Jamaluddin "siapa dia Khairy ni, adakah dia ni Perdana Menteri", kepercayaan penduduk bandar terutamanya bukan Melayu terhadap Umno dan Barisan Nasional kian terhakis.
Tetapi lelaki yang menjadi menantu kepada Perdana Menteri ini adalah simbol kebencian ramai orang, terutamanya dengan kenaikan harga minyak dan harga barang, dan kerana Abdullah sering dilihat (atau diportretkan sebagai) suka tidur, maka Khairylah yang membuat semua ini.
Khairy Jamaluddin ialah anak kepada golongan echelon tertinggi kerajaan. Dia lahir di Kuwait, dia bersekolah di Singapura dan belajar universiti di United Kingdom. Seingat saya, Khairy Jamaluddin dan kawan baiknya Azalina Othman pernah jadi pengacara rancangan di televisyen (rancangan cakap-cakap) tetapi tiba-tiba dia menjadi menantu Perdana Menteri. Well, ia tidak berlaku secara tiba-tiba kerana Khairy Jamaluddin ini pun anak golongan echelon tertinggi kerajaan.
Tetapi dasar pembaharuan yang ingin dibawa oleh Khairy, tidak menggembirakan sesetengah pendukung totok Umno, tetapi video-video seperti VK Lingam, kes Altantuya, serta banyak kes-kes penyelewengan seperti keretakan MRR2, menyebabkan kemarahan penduduk bandar, selain dari kenaikan harga barang seperti petroleum dan bahan mentah yang lain.
Pada masa itu ada banyak cakap-cakap tentang mereka mula sudah penat dengan Umno. Mereka tidak percaya kepada pembangkang, terutamanya PAS dan DAP memang tak boleh nak sebulu, tetapi mereka tidak mahu BN menang besar dan akan jadi angkuh seperti mereka menang pada tahun 2004.
Riak tsunami politik akan bermula. Tetapi buat masa ini, si menantu sedang bermaharajalela. Ini mengingatkan saya terhadap seorang putera di zaman Perang Klang bernama Tengku Kudin. Seperti Khairy, Tengku Kudin juga memperkuatkan pengaruhnya semasa zaman perang saudara di Selangor dengan berkahwin dengan puteri raja Selangor.
Tengku Kudin berjaya membantu Sultan menewaskan pemberontak dalam Perang Klang itu, tetapi dia juga mempunyai agendanya sendiri.
Mungkin jika Tengku Kudin lahir pada zaman Instagram dan Twitter - dia juga akan jadi kaki selfie, jadi abang sado dan lepak di tempat-tempat swag seperti di Damansara. Mungkin.
YOU ARE READING
2000s
Ficción históricaMenceritakan tentang dekad yang baru lepas tidaklah secool cerita dekad yang 2-3 dekad lepas. Tapi oleh sebab belum ada orang buat, aku buat. Buku ini untuk mereka yang ingin sandarkan pada kenangan mereka ketika berhubung dengan makwe dengan handph...