Pada September 2005, dunia gempar apabila sebuah akhbar dari Denmark, Jyllands-Posten, menyiarkan kartun Nabi Muhammad dalam keadaan yang amat menghinakan.
Dalam satu hal, ia adalah kesan Islamophobia selepas 11 September, dan selepas Perang Iraq berakhir, kejadian keganasan makin teruk berlaku.
Selepas serangan di stesen kereta api bawah tanah di London 2 bulan sebelum ini, Eropah merasakan kini mereka tidak lagi seaman dulu. Keamanan sejak Perang Dunia kedua (kecuali rantau Balkan dan negara bekas Soviet dan sekutu komunisnya), kini sudah goyang kerana sokongan mereka terhadap Perang Ke Atas Keganasan George W Bush.
Ketakutan Eropah ini berasaskan dari kebanjiran imigran dari Arab dan Afrika, yang bergolak hasil dari Perang Keganasan ini, telah menyebabkan puak sayap kanan di Eropah tidak lagi boleh duduk diam. Kebangkitan parti sayap kanan di Perancis Nationale-Front, pimpinan Jean Marie Le-Pen, telah menyebabkan fasisme yang selama ini dikuburkan oleh Pihak Bersekutu dalam Perang Dunia Kedua, kini bangun bagai zombie menyerang kota.
Dan apabila serangan ke atas London Underground sehari selepas bandaraya itu mendapat hak penganjuran Sukan Olimpik, Eropah kini merasakan bahang Perang Keganasan Bush ini menghampiri mereka.
Ketika Perancis dan Jerman tidak bersetuju ke atas Perang Kedua ini, United Kingdom pimpinan Tony Blair menjadi penyokong paling kuat George W Bush. Dan sejak serangan itu negara-negara Eropah tidak lagi merasa selamat, bahkan mereka takut mereka juga akan diheret dalam peperangan ini.
Dan, pasti akan ada sekor dua samdol yang cuba memanaskan keadaan.
Kartun Nabi Muhammad adalah satu isu sensitif bagi umat Islam kerana bagi mereka, adalah satu penghinaan jika orang berniat melukis wajah atau badannya. Apa lagi dalam keadaan yang menghinakan seperti yang disiarkan oleh akhbar Denmark itu.
Tetapi bagi perspektif saya, ia lebih dari itu. It takes two to tango, kata orang putih.
Memang benar dasar Amerika di Asia Barat, terutamanya di Tebing Barat menyakitkan hati ramai umat Islam. Tetapi di masjid-masjid, di surau-surau, para imam dan penceramah terus menghina agama lain untuk kononnya memperkuatkan agama sendiri.
Lalu pada ketika ini, beberapa NGO Islam berdemo dan mahu produk-produk Denmark diboikot kerana kerajaannya tidak menyekat akhbar tersebut.
Kau ingat ni Malaysia ke nak main sekat-sekat? Kerajaan sendiri kena kutuk pun dalam perlembagaan mereka pun kerajaan dilarang menyekat kebebasan media.
"Jadi, kau nak biarkan je orang kutuk Nabi kita?" tanya seorang roommate kawan USM.
"Biar je lah," jawab aku. "Sebab masa Nabi kena baling tahi dengan orang kafir dulu, ada dia balas balik?"
Umat Islam sejak kewujudan Israel adalah umat yang cepat butthurt. Orang provoke sikit kita dah melenting. Ini dah bercanggah dengan nilai Islam supaya kita bersabar dalam menghadapi dugaan.
Kenapa Islam mengajar kita untuk bersabar? Sebab semasa umat Islam cuma 40 orang dan bukan 1.5 billion macam sekarang, mereka diduga bermacam-macam termasuk bunuh.
Setakat lukisan komik tiada yang akan terbunuh kecuali cuma sakit hati.
Jadi pada akhirnya kesabaran dibelakangkan, dan emosi dan kemarahan didepankan. Maka berkelahilah antara di sana dan di sini.
Macam mana nak temui titik keamanan kalau dua-dua saling memprovokasi dan saling menghina antara satu sama lain?
Dalam satu hal, kebebasan media adalah satu budaya di Eropah. Mereka mula mencetak sejak zaman 1430an, sebelum tercetusnya Renaissance melalui mesin pencetak Gutenberg. Ini sudah sebati dengan budaya mereka.
Tetapi ada satu lagi point yang saya ingin tekankan.
Dalam lirik lagu Fortress Europe dari kumpulan Asian Dub Foundation ada mengatakan akan berlaku Perang Besar antara imigran dan penduduk asal Eropah. Dan ini nampaknya sudah mula berlaku bibit-bibitnya, sebelum ia menjadi parah sepuluh tahun kemudian - ketika tulisan ini ditulis, di mana Perang Kedua sudah merebak ke Syria dan Libya, lalu mereka lari ke Eropah mencari perlindungan.
Adakah ini perang Salib? Perang agama? Tak juga. Majoriti di Eropah sama ada atheis atau tidak berpegang kuat pada Kristian, kecuali ada sesetengah tempat. Tapi ini bukan perang agama.
Ini adalah perang bagi mereka yang jiwanya kekosongan akibat zaman pasca moden yang kosong dan semua orang mahu mengisi kekosongan itu, dengan kononnya agama dan kebebasan media.
Ini cuma permainan bagi golongan si kaya yang berada di atas piramid besar ini.
YOU ARE READING
2000s
Historical FictionMenceritakan tentang dekad yang baru lepas tidaklah secool cerita dekad yang 2-3 dekad lepas. Tapi oleh sebab belum ada orang buat, aku buat. Buku ini untuk mereka yang ingin sandarkan pada kenangan mereka ketika berhubung dengan makwe dengan handph...