Shit, sebelum ni aku terlupa nak masukkan Gol dan Gincu dalam topik 2005, tapi tak apa - kerana aku boleh komen dari segi dramanya - yang popular pada sekitar 2007. Gol Dan Gincu - yang menaikkan nama Fazura, serta lelaki-lelaki popular sekitar 2000an - Pierre Andre, dan Ashraff Sinclair (sebelum dia berkahwin dengan Bunga Citra Lestari dan terus berkecimpung di industri filem dan drama di Indonesia), adalah filem yang meniru filem Bend It Like Beckham lakonan Keira Knightley. Cuma beza, Keira Knightley tak main futsal.
Anyway, ketika filem ini naik pada 2005, pada ketika ini ramailah makwe-makwe mula nak berkecimpung dalam bidang bermain futsal ketika lelaki sudah menjadikan futsal itu kegiatan riadah sejak sekian lama. Scene futsal ini naik pun pada awal 2000an ketika taman permainan perumahan sudah dirampas pemaju untuk membina dan terus membina yang tidak peduli di mana anak kecil mahu bermain. Tanah semakin mahal, dan ada tanah kosong, rembat!
Jadi, populariti filem dan kemudiannya drama Gol dan Gincu ini menyebabkan ada ramai di kalangan member-member lelaki nak mencari awek di gelanggang futsal. Ketika berada di dalam group forum Myspace My Man United, aku perhatikan ramai juga orang yang macam ni. Ada juga awek-awek yang scene scooter semakin dah menyurut, nak ke scene rempit rasa macam meludah ke langit jilat semula - jadi pergilah ke scene layan futsal.
Sebelum scene makwe proto yuppie atau kalau kita rujuk kepada blog "Aku Tak Peduli" - golongan Farah Ampang (sila google sendiri) ini layan fitness di gym-gym, pada sekitar tahun 2007 mereka layan futsal kerana drama ini. Semua orang mahu acah-acah jadi Fazura.
Anyway, aku tak berapa layan sangat filem atau drama Gol dan Gincu kerana aku tak minat Fazura (serius, aku tak kata dia tak lawa, tapi dia bukan type aku), disamping cerita yang hanya menyadurkan futsal sebagai tema (tapi sebenarnya cerita cinta juga) - ala, macam Kami The Series jugak (yang ni tunggu jap, sikit je lagi).
Cuma kalau aku terdengar lagu OAG - Generasiku, aku teringat lagu itu sebagai lagu tema Gol dan Gincu.
Segalanya dalam genggaman
Walau apa pun tak kan menjadi halangan
Hidup ini setia menanti
Generasiku bersinar bagai mentarioh oh oh oh oh oh oh oh oh oh oh oh oh oh oh oh oh oh oh
oh oh oh oh oh oh oh oh ohohoh
YOU ARE READING
2000s
Historische RomaneMenceritakan tentang dekad yang baru lepas tidaklah secool cerita dekad yang 2-3 dekad lepas. Tapi oleh sebab belum ada orang buat, aku buat. Buku ini untuk mereka yang ingin sandarkan pada kenangan mereka ketika berhubung dengan makwe dengan handph...