Ku lari ke hutan, kemudian menyanyiku
Ku lari ke pantai, kemudian teriakku
Sepi-sepi dan sendiri
Aku benci
Aku ingin bingar,
Aku mau di pasar
Bosan Aku dengan penat,
Dan enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga jika Ku sendiriPecahkan saja gelasnya biar ramai,
biar mengaduh sampai gaduh,
Ada malaikat menyulam jaring laba-laba belang di tembok keraton putih,
Kenapa tak goyangkan saja loncengnya, biar terdera
Atau aku harus lari ke hutan lalu belok ke pantai?Puisi ini adalah satu titik penting dalam hidup aku sebagai seorang aku. Satu hari yang aku tak tahu nak buat apa-apa, pada hari Valentine 2002, aku ke panggung wayang di Mid Valley, dengan tak tahu nak tonton cerita apa. Ada cerita Crossroads, lakonan Britney Spears. Oooh, definitely not for me beb. A Walk To Remember, Mandy Moore? Duh.
Ada satu filem Indonesia yang disiarkan juga. Aku jadi skeptik. Adakah cerita hantu seperti Kuntilanak yang aku rasa bodoh nak mampus bila aku temankan member aku tengok dulu, atau macam mana. Nampak macam cerita remaja, jadi aku rasa, apa kata aku try je tengok.
Cinta (Dian Sastrowardoyo) sebagai seorang pelajar SMA. Ia selalu menjadi juara lumba puisi di sekolahnya yang selalu diadakan setiap tahun. Cerita bermula dari Alya (Ladya Cheryl) yang tubuhnya bengkak kerana kerap dipukul oleh ayahnya. Alya adalah sahabat Cinta dengan kawan-kawannya yang lain, seperti Carmen (Adinia Wirasti), Maura (Titi Kamal) , Milly (Sissy Priscillia).
Di sekolah, juara lumba puisi tahun ini akan diumumkan. Seluruh pelajar yakin Cinta yang akan menjadi juara, namun pemenangnya ialah Rangga (Nicholas Saputra). Kerana Cinta dan kawan-kawannya ialah pengurus mading sekolah, ia akan mewawancara Rangga. Namun Rangga adalah seorang yang pendiam, penyendiri dan dingin. Ketika Cinta bercakap dengan Rangga, ia melihat buku yang dipegang Rangga buku (AKU karya Syumandjaya). Lalu Cinta memberikan surat dan membuat Rangga marah dan tanpa disengaja bukunya terjatuh. Cinta segera mengambilnya dan membawa pulang buku itu untuk dibaca.
Cinta mengembalikan buku tersebut ketika Rangga sedang bingung mencarinya. Rangga pun berterima kasih kepada Cinta. Semenjak itu mereka menjadi dekat. Rangga mengajak Cinta pergi ke Kwitang tempat ia membeli buku lama. Ketika di kwitang, Cinta teringat kepada janjinya untuk menonton konsert bersama kawan-kawannya. Ia pun meninggalkan Rangga untuk menonton konsert itu.Pada suatu malam Rangga dan Cinta keluar bersama pergi ke sebuah kafe. Namun sebelum Cinta pergi, Alya menelefon untuk memintanya ke rumah. Namun Cinta berbohong bahawa ia akan pergi ke hospital. Akhirnya Cinta pergi bersama Rangga. Disana Cinta menyanyikan lagu yang dibuat dari puisi Rangga. Ketika Cinta pulang, mama Cinta akan pergi menjenguk Alya ke hospital kerana mencuba bunuh diri. Cinta menjadi sangat menyesal.
Keesokan harinya di sekolah, Rangga menyapa Cinta. Namun Cinta berkata kepada Rangga supaya tidak mendekatinya lagi. Rangga pun bersepakat bahwa ia akan menjauhi dari Cinta. Ketika di hospital Cinta berterus-terang kepada Alya bahawa ia berbohong dan sebenarnya Alya sudah tahu bahawa Cinta akan keluar dengan Rangga. Cinta tidak tahu bahawa ketika ia bercakap jujur,kawan-kawannya yang lain ada dibelakangnya.Cinta pun meminta maaf kepada kawan-kawannya yang lain. Ketika Rangga yang ketika itu mahu berpindah ke New York , Amerika Syarikat mencuba menelefon Cinta untuk meminta izin pergi. Namun Cinta tetap menjauhkan diri dari Rangga. Carmen melihat Rangga meminta izin pergi dari Pak Wardiman (Mang Diman) seorang penjaga sekolah ketika ia bermain basket ball. ia pun segera memberitahu kepada kawan-kawannya.
Cinta yang menyedari Rangga adalah cinta sejatinya, segera menyusul ke bandara. Namun kereta Milly tersepit kereta yang lain. Mereka pun meminjam kereta Mamet (Dennis Adhiswara). Disana Cinta berjumpa dengan Rangga. Ia meminta Rangga supaya membatalkan niatnya untuk bersekolah diluar negeri. Namun Rangga tetap pergi meninggalkan Cintanya. Ia memberi buku kepada Cinta supaya Cinta membaca halaman yang terakhir buku itu yang terdapat puisi Rangga yang berjudul "Ada Apa Dengan Cinta". Rangga berjanji akan kembali ketika bulan purnama tiba di New York.
Pada mulanya aku nak edit sinopsis ni supaya ia tidak menjadi spoiler, tapi aku rasa malas, kerana aku percaya hampir semua orang sudahpun menonton filem ini. Tetapi cerita ini sehingga hari ini, masih ada orang yang menonton filem ini berulang-ulang kali, dan setiap kali scene-scene yang melibatkan Rangga dan Cinta, sampai dah hafal dialog tu pun masih rasa macam nak tonton lagi.
Filem ini mengubah persepsi aku terhadap Indonesia yang selama ini diburuk-burukkan oleh propaganda kononnya Indonesia ini mundur dan semua penduduknya rupa dia macam pekerja kontrak (ok yang ni selalu aku dengar juga dari mulut member-member). Tapi hakikatnya tak begitu. Mereka mempunyai kebudayaan yang lebih bebas dari kita, terutamanya selepas era Reformasi.
Ada Apa Dengan Cinta bertanggungjawab menaikkan scene puisi bukan sahaja di Indonesia, tapi aku percaya termasuk Malaysia juga. Kau tanya saja mana-mana pemuisi-pemuisi muda yang kau kenal hari ini, pasti mereka menyebut filem ini sebagai salah satu influence paling kuat dalam hidup mereka, kerana itu mereka menulis puisi.
Filem ini sangat kuat dan dekat dengan aku, kerana sejak aku menonton filem ini, aku juga terpengaruh nak tulis puisi. Dan puisi-puisi aku itu akhirnya dibaca oleh seseorang lagi dua tiga tahun kemudian. Seseorang yang aku cintai.
Anyway, aku rasa ada ramai juga peminat Alya yang mengatakan Alya lakonan Ladya Cheryl lebih baik dari Cinta lakonan Dian Sastrowardoyo, dan ada juga berkata filem ini bukanlah filem terbaik yang dilakonkan oleh Nicolas Saputra, sebaliknya filem Janji Joni (orang-orang ini adalah orang macam aku), tapi inilah filem yang dari masa ke semasa, antara filem yang ikonik pada dekad 2000an. Rangga dan Cinta adalah harapan ramai orang untuk bercinta seperti itu, pada masa itu. Ia adalah seperti Uda dan Dara, atau Romeo dan Juliet, atau Jack and Rose filem Titanic pada dekad 90an.
Cuma dekad 2010an sekarang ni, apa ya? Aku masih memikirin ni donk!
YOU ARE READING
2000s
Historical FictionMenceritakan tentang dekad yang baru lepas tidaklah secool cerita dekad yang 2-3 dekad lepas. Tapi oleh sebab belum ada orang buat, aku buat. Buku ini untuk mereka yang ingin sandarkan pada kenangan mereka ketika berhubung dengan makwe dengan handph...