Fitnah terbesar yang dilakukan oleh media massa ke atas rakyatnya dalam abad ini, setakat ini -- ialah satu artikel di Mastika pada sekitar awal 2001 tentang peminat black metal di negara ini mengamalkan pemujaan syaitan di gig-gig underground. Fitnah ini dilemparkan oleh pihak-pihak yang tertentu yang bertujuan untuk melemahkan gerakan Reformasi di negara ini.
Sejak 1998 hingga 2001, siri demonstrasi jalanan membantah keputusan hakim gula-gula Hacks bernama Augustine Paul terhadap kes perbicaraan Anwar Ibrahim. Dan kebanyakan budak yang turun demo ini juga merupakan kaki gig.
Sejak UMNO jadi parti yang banyak kalah dalam pilihanraya 1999, serta kekalahan calon BN di Lunas di tangan Saifuddin Nasution Ismail pada tahun 2000, menyebabkan kerajaan UMNO menjadi goyang dan diasak kuat.Jadi bagaimana untuk menumpaskan gerakan ini?
Sekitar tahun 2001, beberapa aktivis politik seperti Hishamuddin Rais telah ditahan ISA. Aku jumpa Isham ni pun masa aku pergi gig. Habis gig kitorang semua lepak mamak, dan orang tua itu melabon.
Dan pada 2001, selepas saja artikel majalah Mastika itu keluar, Harian Metro menambah ajinomoto dalam penceritaan laporan beritanya. Kisahnya dikatakan berlaku di Kedah, di mana ada peminat black metal membuat pemujaan syaitan dalam gig, dengan melakukan seks atas Quran dan meminum darah kambing untuk pemujaan syaitan.
What the fuck beb? Orang gila mana yang nak main seks atas Quran? Bukanlah sebab apa, mana selesa doh, kau nak main dengan di bontot kau ada Quran? Tak selesalah, bodoh!
Lagi satu, baghal mana la yang sembang dia minum darah kambing.
Tapi orang kampung percaya dengan cerita Mastika, yang diperkukuhkan oleh Harian Metro, dan diperkonkritkan lagi dengan berita di Buletin Utama.
Alasan orang tua ni: "Kalau tak betul cerita ni, takkan la keluar surat khabar? Takkan la keluar warta berita?"
Pemikiran orang tua yang percaya bulat-bulat apa yang keluar di surat khabar, berita ni semua dilaporkan benar sebenar benarnya.
Inilah fitnah terbesar yang dilakukan oleh media massa terhadap kita, rakyat.
Rakyat tidak boleh dengar muzik keras. Tak boleh nak dengar lagu sambil banging kepala. Tak boleh nak pogo. Tak boleh nak body slam.
Takkan nak suruh rakyat dengar Phyne Ballerz atau lagu-lagu Siti Nurhaliza dengan ciptaan Pak Ngah yang membosankan industri seni suara negara, serta Eddie Hamid yang ketuk dram sejam sekali?
Fitnah ini menyebabkan setiap kali kami pergi gig, polis akan rush gig kami, tangkap kami, urine test kami.
Tidak cukup dengan itu, memfitnah pula CD Incubus - Make Yourself dan Bon Jovi - It's My Life sebagai black metal.
Kau ni bodoh ke apa, Mastika? Harian Metro? Buletin Utama?
Disebabkan itu aku terus boikot tiga media ini dan sampai mati pun aku akan boikot dan tak percaya langsung sebab ramai kawan-kawan aku ditangkap dan dimalukan kerana dia peminat black metal.
Macam penyokong Liverpool FC yang memboikot The Sun kerana fitnah Hillsborough, aku juga merasakan ia perlu diboikot kerana sampai sekarang tidak ada permohonan maaf dari mereka.
Dan aku rasa ia patut diboikot kerana setiap hari menipu dan membodohkan orang Melayu dengan cerita bodoh mereka demi nak menjual akhbar dan majalah mereka. Mereka pemfitnah paling busuk hati!
YOU ARE READING
2000s
Ficción históricaMenceritakan tentang dekad yang baru lepas tidaklah secool cerita dekad yang 2-3 dekad lepas. Tapi oleh sebab belum ada orang buat, aku buat. Buku ini untuk mereka yang ingin sandarkan pada kenangan mereka ketika berhubung dengan makwe dengan handph...