Entah apa gila, di suatu petang hari raya, aku tak tahu nak buat apa, sehingga tiba-tiba aku menonton filem Anak Mami.
Tiba-tiba aku rasa cerita ni purba gila dan berada somewhere in distant memories.
13 tahun dah cerita bodoh ni rupanya. Kalau beranak tahun cerita ni keluar, sekarang dah form One. Kalau tanam pokok durian dah berbuah berkali-kali agaknya.
Cerita tentang keluarga di Pulau Pinang dan kisah ibu paduk dengan anak kawan dia tapi anak dia dah ada kekasih, cerita macam tu lah. Aku tak bother nak tulis sinopsis.
Kemudian aku search filem-filem Melayu yang keluar pada ketika itu. Cinta 200 Ela lakonan Rashid Sidek, Idola lakonan Jeslina Hashim, Zack X-Factor, Gerak Khas The Movie, Mr Cinderella lakonan Yusri dan Erra, Mendam Berahi lakonan Rita Rudaini.
Serta cerita yang entah apa-apa lagi.
Tahun 2000an adalah dekad paling sampah dalam perfileman negara.
Entah mana silapnya.
Tatkala Ada Apa Dengan Cinta keluar di Indonesia, kita ada Mr Cinderella?
Tapi pasaran kata box-office, tiket laku, dan ramai beratur nak autograf Yusri.
Entahlah, selepas karier band acah-acah hiphop adik beradiknya mula bernyanyi lagu tangkap lentok dan rapnya pun dah entah apa, anggota yang paling jambu dan yang ramai peminat terus melompat ke arena lakonan.
Aku tak faham kenapa negara ni dari dulu nak suruh pelakon jadi penyanyi dan penyanyi jadi pelakon. Dan ahli sukan macam Rashid Sidek berlakon jadi pemain golf?
Itu serupa macam kau tengok Sehati Berdansa di mana kau tengok Azman Adnan menari. Atau kau tengok Rosmah Mansor menyanyi.
Taraf lagenda Rashid Sidek sebagai pemenang Piala Thomas terakhir negara terus dilupakan kerana filem bangang ini.
Tidakkah penerbit atau pengarah tahu bahawa lakonan adalah satu seni yang perlu dipelajari dalam masa yang lama?
Tidakkah mereka ini tahu yang pelakon yang ada ini tak pandai langsung berlakon?
Tau tak boleh berlakon, dah kenapa nak berlakon?
Penulis skrip tulis skrip copy paste, dari mungkin pelajar Prof Razak Mohaideen di UiTM, atau cara paling malas, ialah recycle balik cerita kemudian panggil penyanyi itu, penyanyi ini, ahli sukan, lepas tu buat filem yang macam ni.
Tapi ia masih berjaya. Orang masih beratur dan menonton wayang. "Sebab saya minat Yusri" "sebab saya suka kak Erra" "sebab Rashid Sidek memukul smash menewaskan Ardy Wiranata" dan macam-macam lagi.
Tapi kemarahan aku tidak sepatutnya ke arah Yusri, atau Erra, atau Rashid Sidek. Tidak juga ke Razak Mohaideen. Sebab mereka cuma bekerja. Tidak pula aku marah pada penerbit sebab mereka cukong, mereka peduli apa sebab yang penting mereka dapat pulus.
Aku juga tak patut marah orang yang menonton sebab tu hak mereka. Takkan la aku nak kena paksa diorang tengok cerita yang aku suka sedangkan diorang tak suka.
Nak salahkan siapa ni?
Kerajaan? Siapa yang pilih kerajaan ni kalau bukan kita semua?
Aku dah hampir berjaya lupakan cerita ini setelah hampir sekian lama, tiba-tiba bukak televisyen, kau tertonton cerita ni. Bukak sebelah, entah borak-borak mende.
Isteriku Luar Biasa pun kena pelakonnya kena menyanyi. Dulu penyanyi kena berlakon, sekarang terbalik pulak.
Dari dulu sampai sekarang buat filem format macam ni. At least bila P Ramlee buat tu tak apalah, dia tu almost polymath dalam seni ni. Main muzik dia reti, berlakon dia reti, mengarah dia reti.
Dulu aku pernah satu lif dengan seorang pelakon yang popular tahun 2000an masa aku jadi seorang pelajar dalam bidang teater."Selalu dapat skrip, pengarah bagi masa berapa bulan nak hafal?"
"Biasa seminggu je."
"Untuk siapkan satu filem ni berapa lama?"
"Tengoklah, seminggu. Kalau kena pergi oversea macam cerita Ahmad Idham, makanlah sebulan. Shooting tiga hari, lainnya jalan-jalan."
"Oh," pintu lif pun terbuka. Aku terus pergi meninggalkan pelakon itu yang kini dah 'has been' pun.
Barulah aku faham duit tu semua ke mana, dan kenapa cerita ni jadi palat? Kau fikir lah sendiri.
YOU ARE READING
2000s
Ficción históricaMenceritakan tentang dekad yang baru lepas tidaklah secool cerita dekad yang 2-3 dekad lepas. Tapi oleh sebab belum ada orang buat, aku buat. Buku ini untuk mereka yang ingin sandarkan pada kenangan mereka ketika berhubung dengan makwe dengan handph...