Sebelum drama berkonsepkan "suamiku-suamiku" yang tengah nak up pada dekad ini, dekad yang lalu, pernah melalui satu zaman di mana drama TV Melayu tidaklah terlalu menyampah sangat. Sebelum drama TV Kami The Series (sabar la woi, sekarang baru nak cerita 2006), satu drama yang agak popular pada tahun ini ialah drama bersiri Dunia Baru.
Dunia Baru mengisahkan sekumpulan kawan di universiti, Opie (Elyana) dan Adif (Pierre Andre), di samping Anne Ngasri, Almy Nadia dan Baizura Kahar - cerita ini selalu ditayangkan di TV3 petang-petang, jadi selepas aku bersenam (dulu aku kuat bersenam tau?) lepas tu petang-petang, aku minum 100 Plus dan aku menonton drama bersiri ini.
Cerita tentang pelajar universiti di UNISEL, pelbagai suka duka, dan memfokuskan tentang hubungan antara Opie dan Adif, serta watak Anne Ngasri sebagai watak side-kick kepada Opie yang paling real dalam cerita budak-budak universiti (aku tak tahu, aku rasa dia watak paling real sebagai pelajar universiti tipikal Malaysia).
Dunia Baru adalah pemula kepada warna-warni dunia hiburan negara, orang sudah semakin bosan dengan mami jarum yang asyik nak mencucuk-cucuk, filem komedi rempit hantu yang entah apa-apa, atau apa-apa filem atau drama yang ada Fasha Sandha. Dunia Baru muncul dalam keadaan seni di negara kita sedang kering kontang, dan ia satu drama bersiri yang jujur dan kerana itu ramai yang suka drama bersiri ini.
Selepas munculnya Dunia Baru, banyak lagi drama bercirikan remaja dan berbau-bau indie (sabar jap, sabar jap), dan era 2006-2009 adalah era drama Melayu adalah era yang boleh tahan cemerlang, gemilang dan terbilang, sebelum bila masuk dekad baru, drama-drama misoginis seperti Nora Elena atau suamiku-suamiku atau Rindu Awak 200% mula masuk.
Walaupun ia tidak sekuat Kami The Series (sabar la jap), tapi Dunia Baru adalah respon pertama kepada semua sampah-sampah Razak Mohaideen.
Era gemilang akan tiba selepas ini.
YOU ARE READING
2000s
Historical FictionMenceritakan tentang dekad yang baru lepas tidaklah secool cerita dekad yang 2-3 dekad lepas. Tapi oleh sebab belum ada orang buat, aku buat. Buku ini untuk mereka yang ingin sandarkan pada kenangan mereka ketika berhubung dengan makwe dengan handph...