Jose Mourinho

1.5K 42 1
                                    

Ketika mula-mula beliau datang ke sidang media pertamanya di Stamford Bridge, dia dengan angkuhnya berkata, "I'm the Special One". Sebagai pengurus yang membawa Porto menjadi juara Eropah, Jose Felix Mourinho hadir dengan satu nama baru yang besar.

Selepas separuh season Liga Perdana Inggeris, Chelsea dilihat sukar digugat dan bakal menjadi juara baru menggantikan The Untouchables Arsenal pimpinan Arsene Wenger pada musim baru.

Jose Mourinho adalah pemecah hegemoni antara Alex Ferguson dan Arsene Wenger. Kali terakhir sebelum Mourinho tiba di Stamford Bridge, selain dua pengurus yang disebut tadi, ialah Kenny Dalglish yang menjadi pengurus pasukan Blackburn Rovers pada 1995.

Secara peribadinya Chelsea bukan satu pasukan yang saya minati. Taktikal yang membosankan, membuatkan Chelsea tidak pernah membuatkan saya untuk meminatinya.

Tetapi karektor Jose Mourinho, saya suka perhatikan dia. Sentiasa yakin, sentiasa sarkastik, dan kebolehannya bermain psikologi dengan pihak lawan, membuatkan dia layak dengan nama The Special One.

Kalau saya seorang metroseksual dan kacak, sudah pasti saya berkeyakinan seperti Jose Mourinho. Tetapi disebabkan saya tidak ada itu semua, jadi Nami menjadi Nami yang ada sekarang ini.

Jose Mourinho memenangi dua kali Liga bersama Chelsea, 2005 dan 2006, sebelum dipecat pada 2008. Pada tahun 2009 dia ke Inter Milan, sebelum menjuarai juara Eropah pada 2010. Kemudian dia ke Real Madrid, memenangi La Liga, sebelum kembali semula ke Chelsea pada tahun 2013.

Pada hari ini ketika tulisan ini ditulis, Chelsea di tangga enam belas liga dengan Jose Mourinho menjadi pengurusnya. Apa yang berlaku hari ini bukan salah Mourinho sekarang, tetapi Mourinho yang dahulu, yang sama mula-mula dia sampai.

Jose Mourinho yang dahulu mengajar Chelsea agar jadi bongkak dan angkuh serta ego yang tinggi, menyebabkan Jose Mourinho yang sekarang tidak mampu untuk mengawal pasukannya yang DNAnya bongkak dan angkuh.

Dan kerana itu, Jose Mourinho bukan sekadar pengurus pasukan bolasepak, dia adalah sistem yang dibina di Chelsea.
Macam Mahathir lah, dia sekarang nak lawan sistem yang dia buat sendiri, macam mana bila semuanya dah berubah dan pencipta sistem itu sendiri tidak sedar sistem yang dibinanya sudah berevolusi?

2000sWhere stories live. Discover now