Masa aku kecik-kecik dulu, mak aku rajin beli encyclopedia. Kadang-kadang encyclopedia perubatan, aku tahu rupa perut, rupa jantung dan rupa ginjal sebab mak aku beli jurnal perubatan. Mak aku juga beli encyclopedia tentang planet-planet, Bumi, dinosaur, dan sejarah industri. Aku minat semua ini kerana mak aku. Aku bersyukur mak aku bukan jenis bagi aku baca majalah Mastika atau Mangga.
Apabila Wikipedia dilancarkan pada tahun 2001, aku gembira kerana encyclopedia juga kini berada di dalam Internet. Aku hanya perlu search perkataan apa yang aku nak tahu, kemudian aku baca.
Cuma masalahnya dalam bahasa Inggeris.
Aku bukan tak faham, tapi aku lemah grammar. Sekadar aku faham sikit-sikit, kemudian dari situ aku mula memahami dunia.
Tetapi Wikipedia makin membesar sehingga menjadi satu perkara yang penting. Orang merujuk Wikipedia atas segala-galanya seolah-olah macam Wikipedia ini tahu segala benda dalam dunia.
Wikipedia ini adalah satu projek dari Jimmy Wales yang bertujuan untuk mengumpulkan semua ilmu (jika boleh) dalam dunia 99 tahun dari sekarang (2100), walaupun aku rasa dalam tempoh itu pun manusia belum mampu untuk mengumpulkan semuanya.
Tetapi tak semestinya Wikipedia ini betul. Ia bergantung pada siapa yang tukang tokok-tambah point dalam Wikipedia tu. Kadang-kadang orang menipu. Kadang-kadang orang tak tahu acah-acah tahu. Kadang-kadang troll orang. Kalau kau baca site bahasa Melayu, ramai je yang macam diupdate pegawai kerajaan. Penuh dengan propaganda.
Tetapi pernah tak kau fikir berapa banyak ilmu yang sebenarnya dah telah hilang? Aku selalu merasakan sebenarnya kita lebih banyak ilmu yang dah hilang, sama ada kerana penemu ilmu itu mati dan tidak mewariskan ilmu, atau dihalang pihak berkuasa, atau dirahsiakan pihak berkuasa, atau bencana alam yang membunuh semua ilmu itu, atau perang sehingga terbakar gedung ilmu, atau dilupakan.
Macam mana pada zaman Leonardo da Vinci mereka sudah mula mencipta helikopter, tapi pernah ditemui dalam arkib Mesir, zaman Firaun pun boleh ada helikopter? Baru-baru ni aku terbaca tentang orang menjumpai 'komputer batu' yang tenggelam di dasar Laut Mediterranean?
Usaha murni Jimmy Wales dan team Wikipedia untuk mengumpul semua ilmu di dalam dunia dengan percuma untuk semua bangsa manusia nampak sukar, terutamanya bila ada masyarakat yang hanya cari di Internet video perempuan gaduh tarik-tarik rambut di sekolah, angkat sumpah couple seminggu dan video shuffle depan rumah.
Semoga Alam melanjutkan usia Wikipedia.
YOU ARE READING
2000s
Historical FictionMenceritakan tentang dekad yang baru lepas tidaklah secool cerita dekad yang 2-3 dekad lepas. Tapi oleh sebab belum ada orang buat, aku buat. Buku ini untuk mereka yang ingin sandarkan pada kenangan mereka ketika berhubung dengan makwe dengan handph...