Perang Iraq

1.7K 51 1
                                    

Sembilan hari selepas 11 September 2001, War Against Terror bermula apabila George W. Bush, Presiden Amerika Syarikat telah melancarkan Perang Pertama dalam perang yang penuh ironi ini, dan pada November 2001, tentera NATO dan Amerika Syarikat bersama dengan Pakatan Utara, telah menakluki Kabul.

Pada tahun 2002 pula, George W. Bush mengisytiharkan tiga negara sebagai axis of evil dan selepas Perang Pertama dimenangi oleh Amerika, mereka mahu menuju ke Perang Kedua, perang menumbangkan presiden Saddam Hussein di Iraq.

Setiausaha Negara AS, Colin Powell berucap di Majlis Keselamatan PBB, dan mendakwa bahawa Iraq memiliki senjata pemusnah yang mampu memusnahkan dunia. Saddam Hussein wajib ditumbangkan ke arah dunia yang lebih aman.

Maka pada bulan Mac 2003, 100,000 orang tentera Amerika Syarikat yang berkampung di Arab Saudi, Kuwait, Bahrain, Qatar, Jordan dan Turki, mengepung Iraq, sebelum peluru berpandu Tomahawk mula terbang dan menuju ke kota Baghdad.

Strategi shock and awe - kejutan dan ketakutan adalah satu gambaran yang ditunjukkan pemimpin dari Texas ini, disiarkan secara langsung oleh CNN dan Fox News. Don't mess with America, mesej yang disampaikan oleh Bush dalam perang ini.

Shock and awe, axis of evil, whether you're with me or the enemy, George W. Bush memiliki agen propaganda yang paling puitis dan paling terbaik sejak zaman Perang Dunia Kedua yang Amerika pernah ada.

Ramai yang mengatakan George W Bush ini seorang yang bodoh dan IQ rendah, tapi dia dikelilingi oleh orang yang paling bijak yang kita tahu.

Dimasa dunia sedang berkhayal tentang filem CGI yang gempak, realiti TV menunjukkan Paris Hilton sedang memberi babi di ladang Amerika makan, George W Bush dan konco-konconya, terutamanya Naib Presiden, Dick Cheney, merancang satu penaklukan dunia.

Perang Kedua dalam Perang Keganasan ini berjaya dimenangi Bush melalui teknologi yang hebat dan tentera yang memiliki kelengkapan yang canggih, 60 hari selepas peluru berpandu pertama jatuh ke Baghdad, Amerika sudah berjaya menggulingkan Saddam.

Junior berjaya menyelesaikan misi ayahnya ke atas Perang Teluk pertama awal 90an dulu.

Pada 1 Mei, lengkap dengan pakaian tentera Amerika, Presiden George W Bush membuat pengumuman, Mission Accomplished - misi berjaya dicapai.

Tetapi selepas Saddam jatuh, kemudian ditangkap dari lubang di Tikrit, dibicarakan dan mati digantung, Iraq tidak lagi seperti dulu. Iraq bergolak dan setiap hari ada bom meletup di Baghdad.
Pengganas mula muncul di Iraq dan peperangan antara kumpulan pengganas dengan kerajaan di Iraq berterusan hingga ke dekad yang akan datang.

Perang Kedua masih belum tamat.

Tapi apakah akan ada Perang Ketiga, Keempat dan Kelima?

Eh, mestilah. Kalau tak, apa gunanya George W Bush menyebut nama-nama negara yang digelar axis of evil?

Perang Kedua akan selesai bila Iraq akan distabilkan, rejim Bashar al Assad di Syria ditumbangkan, dan selepas itu akan bermulanya Perang Ketiga, dengan Iran.

Dan selepas itu, barulah Amerika akan beralih ke Asia pula, untuk kestabilan rantau yang sedang meningkat naik abad ini.

Korea Utara? Pfft, Bush ni terkenal dengan kesilapan geografinya. Dia pernah kata "this is my first time in Brazil" semasa di Colombia, dan ini sebenarnya mungkin disengajakan.

Maksud sebenar Bush ialah China. Pfft, apa ada kat negara macam Korea Utara nak dia serang? Buang duit je serang negara macam Korea Utara.

2000sWhere stories live. Discover now