Pada dua tahun sebelum 2003, Nokia adalah raja kepada semua telefon di muka bumi ini. Jadi banyaklah orang jual ringtone polifonik, atau wallpaper Nokia, cover set Nokia, dan lampu kelip-kelip pada phone.
Tetapi selepas aku menonton drama Jepun Stop! In The Name of Love aku mula kepingin handphone flip macam watak utama dalam cerita tu pakai.
Aku mula memberontak dan rasa tak best dengan telefon Nokia 3315 (up sikit dari 3310) aku. Aku mahu pakai telefon flip.
Tapi bila aku dah kena buang dari universiti dan masuk Form 6, aku tak berkemampuan untuk membeli telefon baru. Kalau dapat collect syiling untuk beli rokok sebatang yang dah naik harga 50sen ketika ini pun dah bersyukur dah. Topup tak pernah nak fikir walaupun topup dah ada RM10 (dulu paling murah RM30 dan RM60).
Masa tu kawan aku pun eksyen beli telefon flip dan action dengan kawan dia termasuk aku. Dalam aku jealous dia ada telefon flip, aku rasa bengang pulak dia ni asyik nak menayang-nayang betapa coolnya bila angkat telefon dengan telefon terbukak bila dia bukak telefon dia dengan sebelah tangan.
Antara model yang aku ingat masa tu ialah Sony Ericsson Z600 berharga nak dekat RM1,000, dan aku berfikir macam mana aku nak beli telefon flip tu.
Sampai ke tahun depan bila aku dah habis STPM dan kerja McD, aku mampu beli telefon ni hasil menyimpan dan kumpul duit, tapi aku hanya dapat menggunakan telefon ini seminggu je, kerana lepas tu telefon aku masuk dalam lubang jamban cangkung.
Dan aku kembali semula ke Nokia apabila aku pakai je telefon Nokia butterfly mak aku, bila mak aku ada telefon baru.
Dan lama juga aku stick dengan Nokia butterfly mak aku sampai aku kembali menggunakan Sony Ericsson Walkman.
Hari ini, aku tak jumpa langsung telefon flip. Aku dah tak nampak lagi orang pakai telefon flip. Aku pernah juga pakai Motorola RAZR dan BlackBerry Pearl yang flip, tapi selalu ada masalah dengan telefon macam ni.
Ia tak stabil, cepat rosak, dan kalau nak repair, spare part selalu mahal.
Telefon flip ni sama macam kereta Delorean yang pintu kereta dia terbukak macam kepak burung tu. Design lawa tapi selalu rosak dan tak stabil. Dan benda macam ni yang aku suka, pelik dan (selalu) menyusahkan orang.
Mungkin sebab tu orang ramai suka praktikaliti berbanding estetika. Asal tak cepat rosak, asal berguna, bentuk petak bodoh pun takpe. Nak canggih-canggih design tapi cepat rosak.
Aku masih suka telefon flip dan kereta Delorean. Dan aku suka makwe yang unik - tapi tak praktikal kerana keunikan ini memerlukan kau untuk memahami dengan lebih detail lagi.
Praktikaliti vs estetika selalu menjadi kebingungan bagi aku kerana aku suka tengok design, tapi kalau lawa tapi cepat rosak, menyakitkan hati juga.
Pada zaman ini, smartphone kalau flip sudah pasti menyusahkan. Dan dengan telefon yang semakin memerlukan kekompleksan dari segi dalaman, mungkin designer telefon masa kini sudah tak ambik pot lagi tentang bentuk pelik-pelik ini sebaliknya semua petak sahaja. Asal laju, asal boleh layar internet, ok je.
Tetapi telefon Nokia 3310 paling terbaik dari segi bateri. Lima hari tak charge pun tak apa.
Aku selalu dambakan telefon yang speed dia macam iPhone 5s, tapi baterinya macam Nokia 3310, tapi telefon tu bentuk flip. Rasanya boleh ke ada macam tu?
Boleh tak kita nak semua kualiti yang terbaik yang kita inginkan?
YOU ARE READING
2000s
Historical FictionMenceritakan tentang dekad yang baru lepas tidaklah secool cerita dekad yang 2-3 dekad lepas. Tapi oleh sebab belum ada orang buat, aku buat. Buku ini untuk mereka yang ingin sandarkan pada kenangan mereka ketika berhubung dengan makwe dengan handph...