Muzik pop, sama ada anda suka atau tidak, adalah penanda aras sesuatu dekad atau trend. Apa boleh buat, muzik pop adalah muzik yang paling ramai yang paling orang dengar.
Apa yang paling banyak dimainkan oleh radio, itulah yang akan menjadi trend pada dekad itu. Contohnya, muzik pop pada dekad 70an adalah disko seperti Bee Gees atau John Travolta walaupun ada je muzik psychedelic seperti Pink Floyd yang menjadi alternatif pada zaman itu.
Dekad 80an pula adalah elektro pop seperti Cyndi Lauper dan Madonna walaupun ada saja kumpulan seperti Sonic Youth atau The Smiths.
Dekad 90an pula R&B dan balada tangkap leleh seperti Richard Marx atau Michael Bolton atau Mariah Carey walaupun ada je muzik seperti Pearl Jam atau Smashing Pumpkins.
Penghujung 90an dan awal 2000an pula adalah musim boyband seperti Backstreet Boys atau Nsync walaupun ada je Radiohead atau Deftones.
Jadi, Lady Gaga membawa elektro sekali lagi, walaupun bunyinya seakan-akan 80an tetapi ia tidak sama sekali berbunyi 80an.
Lady Gaga adalah pembawa trend bagi dekad yang akan datang, dekad 2010an - dekad yang pada ketika ini tulisan ini ditulis.
Ketika Lady Gaga mula meletup pada tahun 2008 saya akui saya cukup menyampah dengan muziknya. Biasalah, saya terus terang saya memang menyampah apa sahaja muzik pop terkini, tetapi tidak pula kisah dengan muzik pop yang tidak lagi pop atas alasan nostalgia.
Sebagai contoh, pada penghujung 90an saya cukup menyampah dengan kumpulan Hanson, Nsync, Britney Spears (tapi saya ada soft spot dengan Christina Aguilera dan Alicia Keys) tetapi bila sekarang, saya tidak kisah pun mendengar lagu Mmmbop atau It's Gonna Be Me.
Jadi pada penghujung 2000an ini Lady Gaga adalah petanda aras penting bahawa evolusi muzik pop sudah berlalu. Justin Timberlake sudah mulai suam kuku, Britney Spears sudah beranak pinak, dan kumpulan Hanson sudah entah ke mana.
Tetapi di sebalik muzik elektro pop 2010an yang bakal tiba yang dibawa oleh Lady Gaga, dia membawa unsur feminisme yang akan datang meningkat naik untuk dekad 2010an.
Kebanyakan feminis yang muncul pada dekad 2010an ini muncul, sedikit sebanyak dari Lady Gaga, bukan penyanyi-penyanyi pop alternatif Lilith Fair seperti Alanis Morissette, Sarah McLachlan atau Fiona Apple yang muncul pada penghujung 90an. Oh, jangan dilupakan juga Natalie Imbruglia.
Dalam satu hal telinga saya kurang selesa mendengar muzik pop pada dekad 2010an ini, tetapi sebenarnya saya memuji semangat yang dibawa oleh penyanyi pop zaman ini.Mereka lebih berfikiran matang, kuat dan bersemangat, berbanding awal dekad 2000an seperti Britney Spears (I Am Slave For You, what the fuck?) atau Genie In The Bottle Christina Aguilera (tapi lagu Beautiful dia sangat feminis dan saya suka lagu itu).
Lady Gaga muncul dan kemudiannya Katy Perry yang lebih up dan lebih banyak mempengaruhi anak muda dekad ini selain Taylor Swift atau Nicki Minaj, dan Selena Gomez pada dekad 2010an ini.
Tapi satu soalan, bilalah agaknya Madonna nak bersara? Ternyata dialah maharani pop yang terus kekal relevan dari 80an hingga sekarang ni. Weh, Kylie Minogue pun reti duduk diam lah!
YOU ARE READING
2000s
Historical FictionMenceritakan tentang dekad yang baru lepas tidaklah secool cerita dekad yang 2-3 dekad lepas. Tapi oleh sebab belum ada orang buat, aku buat. Buku ini untuk mereka yang ingin sandarkan pada kenangan mereka ketika berhubung dengan makwe dengan handph...