Segmen Snippet - dimana setiap tahun ada berlaku suatu kejadian yang kecil, tapi sangat signifikan terhadap tahun tersebut, akan ditulis sebagai mengingati suatu kejadian yang pernah berlaku, atau satu perkara yang dikongsi oleh semua orang yang kini sudah dilupakan.
Berikut adalah snippet yang berlaku pada tahun 2001.
1. Sukan Sea ke-21 - berlangsung di Kuala Lumpur dari 8-17 September, 2001. Ketika Malaysia masih belum hangover dari Sukan Komanwel tiga tahun sebelum itu, acara Sukan SEA itu diganggu oleh kejadian September 11 yang berlaku ketika itu. Malaysia muncul juara dengan memenangi 111 pingat emas, bagaimanapun tidak memenangi 'ibu segala pingat', bolasepak - apabila tewas dengan Thailand pada final.
2. Agong meninggal dunia - Pada 21 November 2001, Yang diPertuan Agong Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah meninggal dunia. Seluruh negara berkabung selama tujuh hari, surat khabar juga berwarna hitam putih, dan MTV dan Channel V dilarang bersiaran selama tujuh hari. Selama tujuh hari ditenggelami oleh surah Yasin di televisyen dan kebosanan, serta mengganggu jadual pelajar-pelajar yang menduduki SPM pada tahun tersebut. Ada yang patut habis exam SPM tapi tertangguh kerana berkabung tujuh hari.
Salah seorang pelajar yang sedang menduduki SPM ketika itu ialah penulis sendiri.
Selain itu, negeri Selangor juga berkabung selama 40 hari. Bagaimanapun, Sultan Selangor yang baru tidak memaksa penduduknya memakai songkok berlilit putih sebagai tanda berkabung, dan tidak meronda di sekeliling negeri memerhatikan rakyat, dan kalau tak pakai tanda berkabung, akan dilempang dan dipukul. Macam ada cerita di sebuah negeri itu.
3. Taliban meletupkan patung terbesar di dunia di Bamiyan, Afghanistan. Dan perkara ini ditiru oleh apa yang ISIS buat sekarang. Entahlah, mungkin mereka bosan di gurun itu dan suka meletupkan sesuatu.
4. Window XP dilancarkan oleh Windows - dan sejak itu Windows XP adalah Windows yang paling stabil sejak kewujudan Windows 98.
5. Napster ditutup kerana kes saman menyaman yang berlaku di mahkamah Amerika. Napster adalah sebuah peer-to-peer file sharing di Internet untuk kita mendownload lagu-lagu dan album-album. Sebelum wujudnya file sharing yang berleluasa seperti dekad sekarang ini, Napster adalah pencetusnya di mana mereka mengasaskannya pada Jun 1999.
Ramai yang kecewa apabila Napster ditutup. Penulis adalah salah seorang dari yang kecewa kerana tak dapat lagi download album baru. :(
6. Because I Got High dari Afroman adalah lagu one-hit wonder yang paling popular pada tahun ini. Lagu yang popular di kalangan stoners dan pencinta daun herba ini, walaupun lirik lagu ni sebenarnya menceritakan keburukan yang berlaku ketika stoned.
7. Listerine Pocketpacks muncul pada tahun ini dan ia sangat popular. Letak di mulut dalam bentuk kepingan dan ia terus cair. Rupanya yang macam dadah LSD sering digunakan oleh budak-budak yang acah-acah layan LSD.
8. Wrestlemania X-7 - perlawanan antara The Rock dan Stone Cold Steve Austin dicatat sebagai pertarungan main-event paling ramai ditonton sejak Wrestlemania 1996. Pertarungan itu menyaksikan Stone Cold Steve Austin menang perlawanan itu dan bertukar menjadi watak jahat sehingga WWF membeli WCW, dan berlaku pertarungan antara WWF menentang Alliance yang diketuai oleh Stone Cold.
9. Majalah TONE melangsungkan gig pertama mereka - TONEdef. Majalah yang menceritakan muzik alternatif ini popular di kalangan peminat muzik underground dan muzik alternatif, yang menjadi sumber ilmu pengetahuan penulis untuk mendownload Napster. Majalah yang mula-mula mengajar penulis apa itu sebenarnya Radiohead, telah melangsungkan konsert mereka. Antara yang perform pada ketika itu ialah Projekt AK, Butterfingers, Spunky Funggy dan lain-lain. Konsert tersebut berlangsung di Tower Records KL, yang kini dikenali sebagai Fahrenheit KL.
10. Album Butterfingers - Malayneum dilancarkan pada tahun ini, dengan gaya lain, dan tidak seperti bunyi grunge seperti album sebelum ini.
11. i-Pod dilancarkan oleh Steve Jobs pada tahun ini, dan melonjakkan nama Apple menjadi sebuah jenama yang paling berkuasa pada abad ke-21.
YOU ARE READING
2000s
Historical FictionMenceritakan tentang dekad yang baru lepas tidaklah secool cerita dekad yang 2-3 dekad lepas. Tapi oleh sebab belum ada orang buat, aku buat. Buku ini untuk mereka yang ingin sandarkan pada kenangan mereka ketika berhubung dengan makwe dengan handph...