Satu hari, aku tengah bergaduh dengan girlfriend aku tentang satu perkara yang sangat remeh dalam kereta ayahnya yang dia pinjam untuk kami berdating. Alah, gaduh benda macam apasal aku tertinggal kunci rumah ke macam mana entah, tapi bertegang leher juga. Aku kata bukan salah aku, dia terus tembak benda yang bukan salah aku.
Entah lama bertekak, tiba-tiba bunyi gitar dari kumpulan The Killers berkumandang dari radio. Lepas tu dua-dua senyap. Aku menyanyi tak keluar bunyi.
Coming out of my cage
And I've been doing just fine
Gotta gotta be down
Because I want it all
It started out with a kiss
How did it end up like this?
It was only a kiss
It was only a kissBila masuk bridge lagu, aku dengar suara dia nyanyi sikit.
Now I'm falling asleep
And she's calling a cab
While he's having a smoke
And she's taking a drag
Now they're going to bed
Now my stomach is sick
And it's all in my head
But she's touching his chest now
He takes off her dress, now
Let me go'Cause I just can't look
It's killing me
And taking controlSampai chorus, tiba-tiba dua-dua pun menyanyi serentak.
Jealousy
Turning saints into the sea
Turning through sick lullabies
Choking on your alibis
But it's just the price I pay
Destiny is calling me
Open up my eager eyes
Cause I'm Mr. BrightsideLepas tu kami gelak besar dan kembali tersenyum semula.
Sepuluh, sebelas tahun kemudian, bila aku terbaca di NME, lagu ni dah berusia begini, aku terus terpacul di mulut aku, "what the fuck? That long?"
Aku mula berjumpa menatang yang bernama sosial media ni masa tahun 1999, MiRC namanya. Masa tu, umur baru nak PMR, dan kawan-kawan semua kawasan area rumah. Kalau ada kawan luar dari kawasan, sama ada kawan tuisyen, atau apa yang diberi nama sebagai, "sahabat pena".
Kepada sahabat pena ku sipolan binti sipolan.
Apa lancau.
Pada zaman MiRC dulu, kami ada satu perjumpaan yang diberi nama gath, ringkas dari perkataan gathering atau jumpa. Masa tu la kau letak gel kat rambut sepacak yang boleh, dan dress up sekacak boleh. Tapi kau tak expect pun kawan kau macam mana rupanya. Kau kenal dia melalui nama nickname dia.
Lepas jumpa, kami berbual rapat dan rancak perbualan itu. Dan kemudian kami pun terus bertegur sapa in real life.
Aku ada Friendster masa tahun 2002, zaman Ada Apa Dengan Cinta, antara cult film yang sesetengah manusia masih tonton ulang walaupun dah beribu juta kali dah tonton. Ada MySpace pada tahun 2003, semasa itu zaman Yahoo ada Launchcast.
Walaupun ada media sosial, bila kami berjumpa kami akan berbual dengan bersungguh-sungguh sebab gila ke nak SMS kalau orang tu dah ada kat depan muka?
Aku ada Facebook tahun 2006 dan masa tu masih lagi jumpa kawan depan-depan dan berbual.
Hari ini, dekad ini, perkara itu tak ada lagi.
Dekad ini, disebabkan semua benda ada dalam telefon, maka kita berkawan dengan orang yang ada akaun Facebook atau Twitter. Kita cari makwe dengan Facebook dan Twitter. Dan somehow kita rasa benda tu tak real, macam phony gila.
Dan sebab tu, despite dekad lepas dah lepas sepuluh tahun tapi aku masih rasa lagi benda tu baru, sebab apa yang berlaku pada dekad ni, terlalu pantas sampai malas aku nak kejar.
Dan apabila kita terlalu bergantung pada media sosial untuk berkawan atau bercinta, kita sampai tak sempat nak kenal apa-apa sebab ia berlaku dengan pantas.
Dalam satu hal lain, tiada lagi human connection. Sebab tu sekarang ni leave group Whatsapp atau unfriend kawan kat Facebook boleh jadi isu besar. Gaduh dengan makwe kat Twitter pasal isu remeh temeh sampai boleh clash dan tak sempat nak chill out.
Kita sekarang ni dah hilang keupayaan untuk berhubung macam manusia. Kita tak suka kawan dengan dia, kita unfriend, kita block. Kita gaduh dengan makwe kita sebab status Facebook atau tweet dia. Apa ni?
Dekad ini terlalu gila sampai tak ada banyak benda yang aku ingat berlaku pada dekad ini dalam hidup aku. Ia tidak seperti zaman kawan-kawan yang kebanyakannya kita kenal dan kita tahu dia bercakap macam tu sebab kita berada di situ.
Bercinta sekarang pun rasa macam tak real sebab semuanya bergantung pada telefon ni. Kita berbual dalam Whatsapp, komen status, reply tweet, kita sexting, kita enjoy tengok gambar makwe kita dalam Instagram dan tidak menikmatinya sendiri dengan pandangan mata kita sendiri.
Entahlah, aku mungkin an old grumpy man, tapi aku rasa kita dah terlebih dah dalam penggunaan media sosial ini. Kita sudah sampai satu tahap computerized hubungan kita dengan manusia lain.
Dan setelah sekian lama aku perhatikan pattern kegagalan aku dalam perhubungan zaman sekarang ini, barulah aku tahu, kenapa.
Sebab perasaan aku terhadap seseorang itu bergantung pada mesin yang bernama smartphone ini.
Kau tahu, apa yang paling aku rindu dalam percintaan? Bila bertekak dan bergaduh dengan makwe dan diakhiri dengan sama-sama menggelakkan kebodohan masing-masing.
Selama ni, dalam dekad ni, aku gagal dalam bercinta sebab dekad ini semua orang bercinta dengan smartphone ini. Tak beri peluang langsung pada diri sendiri yang menyelami hati dan perasaan ini.
Aku rasa bosan kalau setiap kali aku rindu dan mahu berbual dengan kau, aku kena Whatsapp kau. Aku rasa bosan bila setiap kali aku mahu berjumpa dengan kau, kau hantar gambar. Aku mahu bercinta dengan kau, bukan dengan tulisan atau gambar kau.
Mungkin aku ini old-fashioned, tapi aku rasa itulah sebenarnya perhubungan manusia. Sebab tu aku dah tak ingat apa yang aku bualkan dengan kau, satu apa memori pun aku tak ada dengan kau, sebab satu apa pun yang aku ingat, kecuali bila aku bercakap dengan kau, kau, dan aku, masing-masing sedang mengadap telefon dan update status, tweet, atau post gambar kat Instagram.
Sekurang-kurangnya walaupun dekad lepas cuma ada MySpace dan SMS, bila berjumpa kami masih memandang muka masing-masing.
Ada satu peristiwa di twtup pada sekitar 2012, di mana aku sendiri menyaksikan dua orang berbual sesama sendiri, bersebelahan tapi pandang telefon. Ada kawan mengorat makwe yang berada di hadapannya dengan mention tweethandle awek tu di Twitter. Dan ada yang tak puas hati dengan aku, walaupun depan muka, tapi unmention aku.
Apahal ni semua.
Dah lima tahun dekad ni berlalu, tapi tak kukuh, tak diingati, dan tak dirasai. Kerana dekad ini dikuasai oleh menatang yang bernama smartphone.
Tapi jangan ingat aku marah. Tak, aku pun salahkan diri sendiri juga. Aku juga jadi begitu. Aku pun jadi orang yang macam orang yang aku sebut tadi.
Dan aku rasa sedih dengan diri aku sendiri sekarang.
Kerana bila aku bergaduh dengan makwe zaman sekarang, aku akan kena block, kena unfriend, dan aku tak berpeluang untuk nyanyi lagu Mr. Brightside dan kemudian sama-sama gelak.
YOU ARE READING
2000s
Historical FictionMenceritakan tentang dekad yang baru lepas tidaklah secool cerita dekad yang 2-3 dekad lepas. Tapi oleh sebab belum ada orang buat, aku buat. Buku ini untuk mereka yang ingin sandarkan pada kenangan mereka ketika berhubung dengan makwe dengan handph...