Dekad 2000an adalah dekad realiti tv - sejak Survivor, bermacam-macam jenis realiti tv yang muncul. Dari The Osborne, hingga Newly Wed Nick and Jessica Simpson, dari The Apperentice, sampai Simple Life With Paris Hilton and Nicole Ritchie, American Idol, Indonesian Idol, Malaysian Idol, Akademi Fantasia....
Terlalu banyak realiti tv sampai ada satu masa aku sendiri menyampah nak tengok tv. Tetapi pada masyarakat ketika ini, realiti tv adalah sangat happening dan mengikuti hidup orang sudah mula menjadi habit masyarakat.
Di Malaysia, realiti tv yang paling top sudah pastilah Akademi Fantasia, satu rancangan tv yang menampilkan so-called bakat-bakat baru, untuk menjadi seorang artis.
Tahun 2003 adalah pemula rancangan bersiri ini, disiarkan di ASTRO Ria, setiap hari, dengan rancangan Diari Akademi Fantasia, disiarkan pada jam 10 malam, sambil melihat peserta berlatih menyanyi lagu tugasan mereka minggu ini.
Setiap Sabtu pula ada konsert, dan akan ada orang tersingkir, dan kena tarik beg atas pentas. Orang yang tersingkir ini adalah orang yang mendapat undian terendah dari undian orang ramai melalui SMS.
Ka-ching!
Setiap satu undi berharga 50sen dan kau boleh undi secara pukal macam sekali undi RM10 sekaligus. Itu belum cerita chatSMS, itu belum cerita merchandise, itu belum cerita tiket konsert.
ASTRO kaya raya kerana realiti tv+Melayu=kekayaan yang melimpah ruah.
Cuba kau bayangkan kau seorang Ananda Krishnan. ASTRO kau punya, dan Akademi Fantasia adalah rancangan TV kau. Berjuta Melayu mengundi peserta kesayangan mereka, beli merchandise, pergi konsert, chatSMS.
Dan kau juga adalah tauke Maxis, syarikat telekomunikasi yang juga orang paling banyak guna. Dan kau beli TimeCell 017 dengan harga berbilion ringgit, dan kau pulang modal dengan Akademi Fantasia.
Jadi pada 2003 ada Vince, Khai, Rosma, Burn serta beberapa lagi orang yang entah siapa-siapa lagi yang masuk pertandingan menyanyi ini. Setiap hari kau tengok peserta kegemaran orang ramai di lokasi yang kononnya dirahsiakan (walhal kitorang semua tahu ia di The Mines) dan setiap minggu kau tengok orang tarik beg sambil acah-acah menangis.
Dan cuba kau bayangkan kau ialah Azariah Suaymi, atau dikenali sebagai Azza. Kau orang pertama yang disingkirkan dalam Akademi Fantasia pertama. Pada hari ini, tiada siapa mungkin akan ingat kau lagi, memandangkan juara AF tahun lepas pun orang dah tak ingat lagi.
Dan bermacam-macam lagi benda yang berlaku sejak kemunculan realiti tv ini - Zahid dari season 2, belanja roti canai selepas menang Suzuki Swift, orang jual tanah dan lembu kerana nak menangkan Mawi di season 3, Mila wassap wassap sebelum wujudnya Whatsapp, dan cuma Stacy klon Miley Cyrus menjadi juara pertama dari Sabah, Akademi Fantasia adalah manifestasi dari dekad realiti tv ini apabila berjumpa dengan Melayu.
Cuma season pertama ini dimenangi oleh seorang Cina dan ramai juga Melayu yang pissed off - even pertandingan yang patut dikuasai oleh Melayu, pengundi pun majoriti Melayu pun - Melayu kalah dengan Cina.
Kahkahkah.
YOU ARE READING
2000s
Historical FictionMenceritakan tentang dekad yang baru lepas tidaklah secool cerita dekad yang 2-3 dekad lepas. Tapi oleh sebab belum ada orang buat, aku buat. Buku ini untuk mereka yang ingin sandarkan pada kenangan mereka ketika berhubung dengan makwe dengan handph...