Keruntuhan ekonomi sejak 2007 memperlahankan perkembangan industri dunia. Dan ketika seluruh dunia merasa bahang kejatuhan ini, ada satu kuasa dari Timur bangkit.
China mula melebarkan pengaruhnya untuk menjadi kuasa dunia yang baru.
Dikala ekonomi hampir seluruh dunia merasai kejatuhan, kadar keluaran kasar China meningkat dua digit, dan negara itu meluru maju dikala Amerika mengalami masalah ekonomi.
Sukan Olimpik Beijing pada tahun ini, menonjolkan kemewahan ekonomi negara Tembok Besar ini. Upacara pembukaan Sukan Olimpik yang gilang gemilang dengan belanja yang besar, pembinaan bangunan-bangunan pencakar langit, serta bandar-bandar baru menampakkan limpahan ekonomi negara ini sebagai kuasa baru yang mahu mencabar hegemoni Amerika.
Jadi, kira pada masa inilah pemaju-pemaju China membuat projek pelik-pelik, seperti bina bandar yang rumahnya mahal gila babi sampai tak ada siapa yang mampu beli. Akibatnya, bina bandar yang tak ada orang.
Dan China juga mengenepikan identiti Timurnya dan membina bangunan gaya barat, sampai ada tiru bulat-bulat Menara Eiffel, serta banyak projek sia-sia dari Negara Orang Kaya Baru (OKB) ini.
Jadi, bila dah bina projek bukan-bukan, serta censored Internet kerana tidak mahu pengaruh luar mempengaruhi rakyat dari melawan kerajaan Beijing, maka pada akhirnya negara ini hanya mampu jadi negara peniru sahaja.
Dan pada Jun 2015, ekonomi China runtuh. Dan hingga hari ini, keruntuhan itu menarik seluruh bahagian yang baru dikuasainya, termasuk negara kita.
Hukum ekonomi ini mudah. Bina banyak sangat benda yang orang tak mampu beli maka benda itu tidak akan ada orang beli dan akhirnya benda itu tak laku. Kalau nak buat benda yang tak mampu beli, pastikan benda itu bernilai sesuatu kerana ada nilai sesuatu yang buatnya mahal.
Bina bandar besar-besar tapi tak ada orang duduk dan jadi bandar hantu adalah bukti keangkuhan China.
Dekad 2000an adalah dekad yang gemilang untuk China. Dekad 2010an pula, adalah permulaan malap. Mampukah China bangkit kembali?
Tamadun ini sudah wujud ribuan tahun. Jatuh dan bangun negara China ini sudah berapa kali dalam sejarah manusia. Cuma, kalaulah China tidak sibuk mengejar keuntungan dengan membina bandar dan projek mega yang bukan-bukan, mungkin China boleh bangkit semula.
Mungkin ada yang menyifatkan kejatuhan ini sementara. Harapnya begitu. Kita perlu pesaing untuk Amerika yang bongkak ini. Sejak 1991, sejak kejatuhan Soviet, Amerika tidak ada pesaing kuasa global.
YOU ARE READING
2000s
Historical FictionMenceritakan tentang dekad yang baru lepas tidaklah secool cerita dekad yang 2-3 dekad lepas. Tapi oleh sebab belum ada orang buat, aku buat. Buku ini untuk mereka yang ingin sandarkan pada kenangan mereka ketika berhubung dengan makwe dengan handph...