Ultras Malaya muncul sekitar tahun 2007, semasa Malaysia bersama tiga buah negara ASEAN lain menjadi tuan rumah Piala Asia pada tahun itu. Kemunculan Ultras Malaya ini terpengaruh dengan kelab-kelab Itali yang terkenal dengan bakar flare dan buat tifo warna-warni serta datang penuh ke stadium dengan bermacam-macam banner dan sorakan.
Bagi seorang yang datang stadium pada usia kecil dan hanya sorak kompang dan ikut ayah makan burger sejuk overpriced dan air sirap paip bancuh mahal nak mampus, pengalaman pergi ke stadium merupakan satu kenangan yang indah sehingga saya rasa adalah merepek untuk membuang masa 90 minit melihat permainan bolasepak yang langsung takde corak oleh pemain-pemain negara.
Tapi sesetengah orang, apa yang penting bukanlah pemain yang bermain di padang - tetapi mereka sebagai pemain ke dua belas untuk memberi sokongan kepada pasukan masing-masing.
Sebagai pemerhati bebas, saya hanya nampak pemain ke dua belas yang nampaknya bermain bersungguh-sungguh. Sayangnya mereka tidak dibayar gaji tapi mereka yang terpaksa membayar.
Saya seorang stadium-goer sehingga Selangor pindah ke Stadium Shah Alam dimana saya rasa tidak berbaloi untuk saya, seorang penduduk Cheras-Kajang yang tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk menonton pasukan kegemaran saya, Selangor - kerana saya bergantung pada ayah saya. Ayah saya berhenti menonton di stadium, saya berhenti menonton di stadium.
Cuma kadang-kadang saya turun ke stadium dan bila saya turun ke stadium, sama ada Selangor kalah atau seri. Saya berhenti untuk ke stadium Shah Alam, kali terakhir pada 2011, di mana Selangor tewas 4-0 dengan Kelantan.
Tetapi kemuncak Ultras Malaya bermula pada tahun 2009. Pada masa ini orang mula mahu pergi ke stadium dan menonton bola sepak tempatan. Mereka mula merasakan menonton Liga Perdana Inggeris sebagai "mainstream" dan berinspirasikan kelab-kelab Itali, mereka mula memanggil istilah-istilah Itali seperti "curva", "ultra", "calcio" serta entah apa pepperoni lagi yang mereka nak panggil.
Kemuncak Ultras Malaya bermula selepas Malaysia berjaya memenangi pingat emas ibu segala pingat Sukan SEA - di Laos, yang berlangsung pada tahun 2009 selepas sekian lama tidak memenanginya. Tiba-tiba semua orang gila bola sepak tempatan.
Tahun berikutnya Malaysia muncul pemenang Piala AFF Suzuki. Sampai Najib bagi cuti. Punyalah gembira rakyat Malaysia macam menang World Cup.
Sehinggalah pertengahan dekad 2010an bila semua sudah tua dan barai dan dibelasah 10-0 oleh UAE dan 6-0 oleh Palestin, barulah kita sedar yang kebangangabadian kita dalam bolasepak sejak rasuah besar-besaran 90an masih belum tamat.
Lalu semua pun bernostalgia menonton Ola Bola. Tapi itu cerita dekad akan datang.
YOU ARE READING
2000s
Historical FictionMenceritakan tentang dekad yang baru lepas tidaklah secool cerita dekad yang 2-3 dekad lepas. Tapi oleh sebab belum ada orang buat, aku buat. Buku ini untuk mereka yang ingin sandarkan pada kenangan mereka ketika berhubung dengan makwe dengan handph...