Terdapat satu kegilaan pada zaman ini. Zaman orang pakai seluar cerut dan terlondeh nampak boxer. Kalau korang semua ada mesin masa dan mengembara ke tahun 2000, kau jangan terkejut nampak orang jalan pakai seluar nampak sepender boxer. Itulah tujuannya.
Adapun, kegilaan ini menyebabkan harga boxer juga turut meningkat dan jenama Tommy Hilfiger adalah antara jenama boxer yang paling dikejar.
Pada waktu ini, Eminem dengan lagu The Real Slim Shady, yang memperkenalkan seluar baggy dan kemudiannya ramai kawan-kawan sekolah menempah seluar di Cantona 7 atau Jun Saito, turut memakai seluar sekolah baggy nampak sepender.
Pada zaman ini juga wujud satu trend yang memakai topi New York Yankees berwarna merah kerana Fred Durst penyanyi Limp Bizkit, yang terkenal dengan lagu Nookie, menyebabkan banyak trend topi dirampas oleh macai sekolah (pengawas) atau cikgu disiplin.
Kebangkitan muzik hiphop ini sebenarnya pada sekitar lewat 1980an, walaupun sebelum itu pun ada hiphop. The Golden Age of Hiphop, ini melahirkan artis-artis seperti N.W.A.,Run DMC, dan banyak lagi yang kau boleh Google sendiri, adalah datang dari kebangkitan kaum kulit hitam yang ditindas polis berkulit putih pada era Presiden Ronald Reagan dari parti Republikan.
Lagu Fuck The Police adalah lagu yang sangat top, tapi ini buku tentang dekad 2000an, bukan 80an. Malas nak cerita panjang.
Selepas Eazy-E, Tupac, Notorious BIG mati, hiphop pada masa ini tidak lagi berminat untuk bercerita tentang penindasan atau mesej politik, sebaliknya ia menjadi muzik yang menceritakan tentang tetek dan pepek perempuan, cerita barang kemas bling-bling serta kereta yang boleh henjut-henjut.
Hiphop tidak lagi mahu bercerita tentang kesusahan marhein, sebaliknya pada ketika ini, hiphop menjadi candu rakyat marhein.
Apabila Marshall Matters atau Eminem meletup dengan lagu The Real Slim Shady, mamat kulit putih ini mengejutkan dunia dengan kebolehannya untuk rap. Selama ini ingatkan rap ini hak milik eksklusif kaum kulit hitam sahaja. Ye lah, Vanilla Ice adalah seekor makhluk poyo, manakala Beastie Boys dah masuk scene alternatif.
Eminem adalah penyanyi kulit putih yang jambu dan muka agak nakal, yang menjadi kegilaan ramai gadis.
Sorrylah kalau kau takde muka nakal, muka jahat. Susah gila nak tackle awek.
Anyway, kewujudan mamat ini melakukan kontroversi dengan mengutuk Britney Spears atau Christina Aguilera ini melonjakkan namanya sehingga aku boleh katakan dia artis paling berjaya abad ke-21 setakat ini. Dan kerana mamat kulit putih ini, hiphop telah menjadi komersial dan akhirnya bercerita tentang tetek, kereta dan bling-bling.
Dan disebabkan itu ramai anak-anak orang kaya dan banyak duit ketika itu lebih minat hiphop dari muzik metal, atau grunge, atau muzik-muzik underground yang lain.
Gabungan antara hiphop dan metal mencetuskan muzik rapcore, seperti Rage Against The Machine, Limp Bizkit, atau Slipknot (though aku rasa Slipknot ni rap metal, jika ada).
Muzik rapcore juga menjadi kegemaran aku pada zaman tu. Kewujudan band seperti Projekt AK dan Lyme membuatkan aku, dengan seluar baggy askar aku, serta baju hooded KoRn - Follow The Leader, serta rantai yang diikat di wallet dengan seluar, serta kasut Adidas Superstar, turun ke Kuala Lumpur, untuk ke gig.
Kebanyakan yang layan muzik rapcore ni ialah lelaki yang dah kecewa dengan grunge lalu cuba memikat makwe Ampang atau Bangsar dengan acah-acah layan hiphop.
Macam aku.
Jadi jika tahun 70an ada bell bottom, di tahun 80an dressing macam rock kapak, tahun 2000, fesyen seluar baggy nampak boxer pada masa itu, trend.
Dan bila ada pertandingan X-Games, atau gig, atau hiphop party, kau akan nampak seluar baggy.
Semoga trend seluar ini tidak muncul lagi pada hayat yang akan datang. Benci doh, seluar kat bahagian bawah koyak-koyak asyik terpijak je. Banyak je orang terjatuh akibat terpijak seluar sendiri.
YOU ARE READING
2000s
HistoryczneMenceritakan tentang dekad yang baru lepas tidaklah secool cerita dekad yang 2-3 dekad lepas. Tapi oleh sebab belum ada orang buat, aku buat. Buku ini untuk mereka yang ingin sandarkan pada kenangan mereka ketika berhubung dengan makwe dengan handph...