Tsunami Politik

1.2K 26 0
                                    

Tahun 2008 adalah tahun pilihan raya. Ada banyak pilihan raya berlangsung pada tahun ini.

Di Amerika Syarikat, Barack Obama dari Demokrat sedang bersaing menentang Republikan yang mencalonkan John McCain. Di Zimbabwe, Robert Mugabe sedang mempertahankan kerusi Presidennya walaupun dia sudah nak reput.

Dan di Malaysia pula, Abdullah Ahmad Badawi membubarkan Parlimen lebih awal kerana penasihat utamanya yang kini menjadi Menteri Selfie dan Abang Sado, Kay Jay terlalu yakin bahawa dia akan menjadi Perdana Menteri sebelum dia berusia 40 tahun dan yakin pak mentuanya menang besar macam empat tahun yang lepas.

Tapi Kay Jay lupa atau terlalu yakin sampai dia lupa, tahun lepas krisis ekonomi baru saja berlaku.

Tetapi setiap musibah ada yang akan mengambil keuntungannya. Contoh, bila ada orang mati, sudah tentulah peniaga keranda dan penggali kubur memperoleh keuntungan.

Bila musim panas, peniaga cendol dan peniaga ais kacanglah yang paling untung.

Bila musim banjir sudah tentulah penjual bot.

Jadi semasa krisis ekonomi, yang akan paling mendapat keuntungan serta bahan untuk menyerang kerajaan yang memerintah, sudah pastilah pembangkang.

Barack Obama dan Demokrat adalah pembangkang di Amerika ketika pilihan raya 2008. Dan faktor Obama menang besar bukanlah sebab dia berkulit hitam atau slogan "Yes We Can" tetapi krisis ekonomi sedang berlaku di Amerika Syarikat.

Jadi ketika Pak Lah sedang nyenyak tidur dan bakal Menteri Selfie dan Abang Sado ini bermaharajalela, harga minyak naik berkali-kali, harga barang naik berkali-kali sehinggakan menimbulkan kemarahan orang ramai.

Dan apabila berlaku demonstrasi Bersih pertama pada tahun 2007 kebanyakan yang turun bukanlah penyokong tegar reformasi dari tahun 1998 tetapi kebanyakannya first timer seperti saya.

(Jadah apa nak sembang aku turun demo zaman reformasi, aku form 2 masa tu, mana aku tau apa-apa)

Kemarahan rakyat terhadap kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi bukan sehari dua. Sejak menang besar pada tahun 2004, pentadbiran Pak Lah begitu angkuh dan bakal Menteri Selfie dan Abang Sado berlagak seolah-olah Malaysia ini dia yang punya.

Dia dan "budak-budak tingkat empat" memerintah Malaysia macam Rosmah pada zaman sekarang ini.

Jadi, kemarahan rakyat ini berlaku perlahan-lahan. Pada masa ini blog pun meningkat naik, orang sudah mula lari dari Myspace yang penuh dengan sarang mat dan minah cursor bling-bling kepada sesuatu yang lebih ringkas dan tidak semak otak seperti Facebook, dan video seperti Youtube.

Dan kebanyakan yang marah ini datang dari golongan penduduk bandar dan pinggir bandar, dan ramai di kalangan mereka sendiri berkata, "kita tak undi BN tahun ni bukan sebab nak bagi dorang kalah tapi kita ajar sikit, biar kurang undi supaya BN buat kerja macam zaman Mahathir."

Akibatnya, pada pagi 9 Mac 2008, pembangkang menang lima negeri. Dan sejak itu politik negara kita berubah.

Setiap musibah akan ada orang mengambil keuntungan. Dalam hal ini, pembangkang yang paling untung.

Dan jika BN mahu menang besar seperti dulu, mereka perlu berharap ekonomi negara akan makmur macam dekad 90an dulu.

Ekonomi adalah segalanya.

2000sWhere stories live. Discover now