Polifonik

2K 75 8
                                    

8e2 4f1 16g3 32a2 2.f2

Pada satu masa dahulu, kami menghabiskan duit kami ke satu benda paling tak berfaedah yang pernah wujud dalam muka bumi ini. Kami menghabiskan duit belanja kami membeli majalah-majalah nadadering monofonik yang dijual di kedai runcit, yang berharga RM3 macam tu. Tiap-tiap kali keluar, kami membaca dan mengikut kod-kod seperti di atas untuk membuatkan nadadering telefon kami berbunyi lagu yang kami mahu.

Apabila masuk tahun 2002, level ini dipertingkatkan lagi dengan nadadering polifonik. Apabila nada monofonik, telefon anda berbunyi seperti projek Kemahiran Hidup yang anda pasang LED dan wayar dulu, nada polifonik adalah apabila telefon anda berbunyi macam projek Kemahiran Hidup yang anda pasang LED dan wayar yang canggih sikit sebab ada dua tiga bunyi yang harmoni untuk 'bentuk' bunyi itu.

Selepas itu, majalah-majalah sebegini mula berubah dengan membuat perniagaan menjual nadadering polifonik dan wallpaper Nokia 3310.

Dengan harga yang tidak munasabah, untuk satu ringtone polifonik harganya RM3, untuk satu wallpaper, atau header Nokia 3310 anda, harganya RM1.50 dengan SMS ke nombor 33800 atau apa lancau.

Dengan ini anda boleh nampak millennium dengan ringtone Linkin Park - In The End dengan wallpaper gambar Mike Shinoda titik-titik hitam di skrin Nokia anda.

Ini sampah konsumerisme dekad 2000an yang sampai sekarang aku tak faham apa lancau yang generasi kami pernah buat dulu.

Dalam satu hal, industri nadadering dan wallpaper Nokia ini pernah menjana ekonomi negara sejumlah RM700 juta dari tahun 2002 hingga 2004.

RM700 juta yang sia-sia sahaja wang itu terbang dari poket orang ramai.

Tetapi macam aku kata tadi, menjana ekonomi.

Industri yang sekejap-sekejap macam 90an talian 600, dan 2010an game apps - 2000an menjual nada dering polifonik.

Aku pernah ada kawan (aku sengaja guna perkataan pernah kerana sekarang dia bukan kawan aku) yang membazirkan duitnya membeli nada dering polifonik dan wallpaper Nokia hanya sebab dia nak eksyen yang dia ini ada ringtone dari lagu top 40 atau artis popular.

Ekonomi begini sebenarnya muncul dalam kerangka ekonomi kapitalis yang menggunakan prinsip "asal boleh jual, jual", menyebabkan orang ramai ini terus membeli kerana ini adalah trend. Semua orang beli maka kita pun kena beli.

Untuk boleh get along dengan masyarakat, untuk get along dengan sistem, untuk dilihat up to date walhal sebenarnya kau ni bangang juga buat benda-benda macam tu.

Cuma disebabkan aku baru habis SPM dan ada masa yang terluang, aku pernah juga design sendiri wallpaper atau header Nokia kemudian aku jual kat orang. Aku copyleft design yang ada dalam majalah yang macam tu, yang orang dah buang. Aku kemudiannya tunjuk kat member aku kemudian aku jual RM1.00, murah lima puluh sen dari kau beli kat SMS 33800 tu.

Cuma ringtone polifonik aku tak mampu buat, sebab tu memang hanya orang yang ada software je boleh buat.

Tetapi bila fikir balik, pada dekad 2000an ni orang habiskan duit beli benda tak berguna macam ringtone polifonik ni, dekad ni apa kurangnya. Kita mendownload benda bukan-bukan dengan data di negara ini yang paling mahal dan antara paling slow dalam dunia. Data itu adalah matawang kita bila kita guna internet dengan smartphone kita. Sama je dengan kita bazirkan duit beli polifonik dulu.

Satu hari nanti, bila smartphone kita sudah jadi taraf Nokia 3310 sekarang, mungkin pada dekad 2020an nanti aku perlu tulis topik yang macam ni lagi.

Sepuluh tahun dari sekarang kalau aku masih hidup dan masih menulis lagi, tolong ingatkan aku pasal ini bila aku nak tulis tentang dekad 2010an nanti.

2000sWhere stories live. Discover now